Kena Gaslighting Dengan Suami

Short and sharp. Aku sekadar nak meluahkan apa yang terbuku di hati… aku rasa aku kena gaslighting dengan laki aku..

1. Kami sampai kampung aku lebih kurang antara kul 1 – 2 pagi. Sampai2 tu kena tidur ruang tamu sebab adik aku dah tidur dalam bilik. Aku tak kesah tapi aku dah nampak muka dia lain.

2. Subuh nak sahur dalam kul 5.15 macam tu aku kejut laki aku suh bangun sahur, dia tak mau bangun walaupun aku dah kejut berkali-kali. Last aku kejut untuk solat subuh ja dia bangun, lepas tu aku pun dah tidur, semua tidur balik

3. Dalam kul 9 lebih kami semua dah bangun. Laki aku masih tidur lagi tapi tak da sapa bising pun. Lepas tu dia bangun memang muka dia masih ok lagi.. Lama kelamaan aku dah perasan muka dia lain. Aku suruh dia pergi mandi, dia timbulkan isu tak tau nak salin baju dekat mana.

Aku bagitahu dekat adik aku, suh dia keluar bilik sat, laki aku nak salin baju. Adik aku tanpa banyak soalan terus pergi duduk depan tv. Laki aku pula tak mau masuk bilik. Last2 dia salin baju depan ruang tamu tu jugak pergi mandi.

4. Pukul 11.45 macam tu, dia dah keluar rumah. Aku tanya nak pergi mana? Dia jawab nak pergi solat jumaat. Padahal lewat lagi nak gerak. Aku biar ja.

5. Aku tunggu sampai 2.30, orang dah habis solat jumaat dia tak naik2 lagi. Sebab dia dah janji dengan anak2 nak bawak pergi cari baju raya lepas solat jumaat. Aku call dia tanya kat mana, dia kata duduk dalam kereta. Aku tanya kenapa duduk dalam kereta?

Dia kata saja nak rehat tapi aku tahu dan aku kenal dia kenapa dia buat macam tu. Aku turun bawah dengan anak2 dan adik aku untuk pergi cari baju raya. Adik aku naik kereta dia, aku naik kereta dengan laki aku la kan.

6. Masuk dalam kereta, aku bebel kat dia..Kenapa tak rehat kat rumah? Dia kata tak selesa. Aku dah tahu niat dia, sebenarnya dia tak puas hati pasal tak boleh duduk dalam bilik. Aku cakap mak ayah aku terasa dengan dia. Setiap tahun nak balik kampung aku mesti dia buat perangai.

Muka dia pun 1 hal…. Masam memanjang.. Tak bertegur dengan orang pun 1 hal. Duduk terperap dalam bilik dari pagi sampai petang. Cuma keluar untuk makan ja. Pasal mak ayah tidur rumah aku time adik aku nak convo pun terasa hati, dia langsung tak mai jenguk mak ayah aku.

Yang ayah aku ni duk tanya la mana menantu dia, tak mau join makan ka apa suma..mSampai ke saat mak ayah aku nak balik pun, dia tak datang jumpa mak ayah aku. Pastu terkeluar perkataan dari mulut dia “selama ni boleh ja kita duduk dalam bilik sekali, kenapa kali ni tak boleh pula? Tak boleh cari tempat lain ka?”.

So, aku pn bebel lagi kat dia, sepanjang kami kawin 8 tahun, boleh kira dengan jari, 2x ja kami kena tidoq dekat ruang tamu. Yang lain, adik2 aku kena mengalah keluar dari bilik tu. Adik ipar aku laki yang lain tak bising pun kena tidur dekat ruang tamu. Dia ja nak special duk dalam bilik.

Aku cakap tak boleh ka sabar sat, nak duduk rumah mak ayah aku sekejap ja tak sampai 2 hari pun… aku cakap aku pun ada terasa dan tak selesa duduk rumah mak dia, tapi aku tak pernah cakap pun kat sapa2 perasaan aku tu. Sebab aku nak jaga hati semua orang termasuk laki aku. Dia diam…

7. Masa nak cari baju raya anak2, dia masih buat muka. Aku tanya kenapa? Dia cakap dia lapar. Ok tak pa.. Baju raya anak aku tak cari setempat ja sebab aku tak berkenan.

Bila nak pi tempat kedua dan ketiga, aku suruh dia duk dalam kereta ja, sebab muka dia gitu, pastu dia buat lembik sebab alasan tak sahur dan dia lapar.

Aku ja keluar masuk usung anak2 aku pergi cari baju raya. Aku tak kesah sebab aku dah berjanji dengan anak2 dan aku nak anak2 aku happy macam aku rasa happy nak sambut raya masa kecik2 dulu.

Muka dia masih sama, dia buat muka masam dan buat lembik. Aku cakap aku rimas tgk muka dia macam tu, spoil habis mood aku. Aku cakap, kalau tak selesa sangat kita balik lawin malam ni. Dia kata tak pa, duduk ja rumah mak aku.

8. Dah balik rumah mak aku, seingat aku, aku taka da cakap apa2 pun dekat dia. Masa tengah tunggu nak buka puasa tu, aku sembang dengan mak dan adik2 aku.

Dia sampai dekat meja makan, dia tarik kerusi menjauhkan kedudukan dia dari aku. Mak aku perasan benda ni. Macam biasa, dia dengan muka dia dan bertegur sapa dengan orang.

9. Malam tu aku teman adik aku nak pergi ambil kuih raya dekat kawan dia, so laki aku dengan anak aku no 3 duduk dekat rumah. Aku tak kacau dia pun. Aku mintak dia tolong mandikan anak no 3 ja sebab anak no 3 baru bangun tidur dan aku dah nak keluar. Masa aku cakap dengan dia tu pun, dia jawab nak tak nak ja.

10. Aku dah balik, still muka dia macam tu lagi.. Siang kata sebab lapar, malam sebab apa pula? Dah dapat makan pun muka macam tu lagi. Aku suruh dia tidur dalam bilik, aku dengan anak2 dan adik2 aku tidur luar tak pa.. Dia kata tak mau.

Aku cakap, “kalau esok muka dia masih macam ni lagi, aku tak nak ikut dia balik kampung dia, aku balik selangor (rumah kami) ja”.

Time aku cakap tu aku sangat pasti mak ayah, adik2 aku suma tak dak dekat ruang tamu. Dan aku tak cakap kuat2 bagi 1 rumah dengar pun. Aku sangat pasti yang ni. Anak aku yang sulung pun tanya, “ibu, kenapa dengan ayah tu?”.. Aku jawab tak tau ja.

11. Pastu masa aku dah hampar tilam dekat ruang tamu pn, dia masih lagi buat muka. Mak aku perasan dia tak tolong aku, jaga anak atau buat kerja. Pastu aku suruh dia pergi masuk bilik, aku dah sakit hati tengok muka dia macam tu. Aku stress.

Aku ulang lagi ayat “kalau dia buat lagi muka macam ni esok, aku balik selangor dan dia balik kampung dia sorang2” dan aku cakap “ka nak balik kampung dia malam ni jugak?”.

12. Dia bangun, pergi ambil beg baju dia dan nak keluar rumah. Aku cuma cakap “ha buatla perangai macam tu” itu ja.. Dia pun keluar rumah tak tau pergi mana. Rasa masa tu dalam kul 10 lebih dah. Aku pun tak tanya atau call atau mesej dia dekat mana. Aku malas nak sakit hati, setiap tahun dia perangai. Apa dia nak aku pun tak tau.

13. Subuh tu 4.45 macam tu aku terjaga, dan mak aku dah menunggu dekat kerusi. Dia tanya aku mana laki aku?So, aku nak jawab apa pagi2 buta laki aku dah tak dak rumah?Aku cakap ja la dia tak puas hati kena tidur dekat ruang tamu. Mak aku pun start la bebel2.

14. Sampai ke pukul 12 lebih dia masih tak balik rumah dan duduk dalam kereta. Dalam kul 12 lebih tu la baru dia call aku. Dia suruh aku dengan anak2 turun bawah. Aku mesej dia lagi, kalau dia masih buat perangai dan muka macam tu, aku nak balik selangor. Dia tak reply.

Aku dah tengah kemas2 barang baju suma, dia call aku lagi. Aku cakap, tengah kemas barang, mai la naik atas tolong aku mengemas jumpa mak ayah aku dulu sebelum gerak. Dia kata tak mau, sebab aku dah halau dia semalam. Aku cakap bila masa aku halau dia? Dia kata malam tu aku cakap “nak balik kampung dia sangat balikla”.

Seingat aku, aku memang tak cakap macam ni. Dan dia kata, aku malukan dia depan mak ayah aku..Aku marah2 dia depan mak ayah aku. Aku cakap masa aku cakap tu tak dak sapa pun kat situ. Dia kata mak aku elok terpacak duk dekat kerusi tu. So aku nak kepastian, aku tnya mak aku.. Ada dengar ka aku marah2 laki aku?

Mak aku cakap tak dak dengar apa pun. Mak aku tak tau pun kami gaduh. Mak perasan muka dia masam dari mula sampai tu ja. Pastu dia tuduh aku sengaja buat perangai, sebab tahun ni giliran raya dekat kampung dia.

Aku confuse, yeke aku buat perangai? Seingat aku, dia yang selalu buat perangai bila nak balik kampung aku. Macam2 dia buat sampai aku sound dia kata “jangan buat aku macam tak dak mak ayah”.

Dia kata tahun lepas dia dah berkorban raya dekat kampung aku, aku cakapla, “berkorban apanya, mmg dah giliran kami beraya dekat rumah aku kan”

15. Pastu mak aku ni dah lama geram dengan perangai dia, tapi demi menjaga hubungan kami suami isteri, mak ayah aku tak dak kata apa2 la. Bila dah jadi kes macam ni, mak aku membuak2la panas dia tu. Tak tau bila masa mak aku turun bawah, pergi sound dia dekat kereta. Aku pun tak tau apa yang mak aku cakap kat dia.

Tak lama lepas tu, dia mesej aku cakap “ok, dia menang”. Masa tu aku dah siap kemas barang, tinggal nk turun bawah ja. Adik2 aku la tolong bawak turun barang2 tu semua.. Dia masih tunggu kat kereta tak naik2 jumpa mak ayah aku pun. Untuk maklumat, rumah aku rumah flat tak ada lif.

16. So, aku ingat kami akan balik ke kampung dia la..Aku abaikan rasa sakit hati aku pada dia semata2 nak jaga mood anak2 aku…..Aku tidur dalam kereta. Bila aku jaga, simpang nak ke kampung dia tu dah terlepas. Aku tanya nak pi mana? Dia kata nak balik selangor la..

Aku marah la dia tak habis2 lagi ka? Dah janji dengan anak2 nak balik kampung dia. Masa ni aku ingat sebab dia nak bawak kami semua beraya dekat selangor. Tak tau pula dia ada plan lain yang dia tak cerita kat aku.

17. So dia dah patah balik menuju ke kampung dia. Sampai2 ja kampung dia, dah buka puasa, aku tanya dia tak makan ka?Dia kata nanti dia makan tapi dia masih lagi dengan muka dia macam tu. Duk buat lembik, muka masam. Dah masa boleh makan tapi dia yang tak nak makan.

Aku tanya apa masalah dia lagi ni? Dia cakap malam ni dia akan hantar aku balik selangor . Aku terkejut la..Aku cakapla tak habis2 lagi ka dia ni? Dia kata nak tenangkan diri dekat kampung dengan anak2 ja. Nanti dia hantar aku balik kampung.

Aku malas nak cerita drama apa yang jadi, so dia cakap, dia penat sangat hari ni dan dia rasa terhina sebab mak aku sound dia. Dia kata aku jaja aib dia dekat mak aku. Dia masih ulang aku yang halau dia, aku defend diri aku yang aku tak cakap macam tu pun. Dia kata aku bila marah aku lupa apa yang aku cakap, dia yang kena ni dia ingat.

18. Mulanya aku berat hati nak balik selangor, sebab anak2 aku dekat kampung dia, tinggal sehari lagi kita nak sambut raya. Tak aku nak beraya tanpa anak2 yang dah macam nyawa aku ni. Tapi bila fikir2 balik, laki aku tak nak aku duduk sini. Aku pun orang luar kat rumah mak dia ni. Aku mengalah, aku korbankan kepentingan aku..

Aku buat keputusan, biarla aku tarik diri kali ni. Biar anak2 beraya dengan mak mertua aku dekat sni sebab tahun nim mg giliran beraya dekat rumah mak mertua aku. Memandangkan suami aku pun tak selesa dan stress aku ada dekat sini, tak pa, aku tarik diri.

Aku mesej laki aku cakap tak pa esok aku balik, aku akan cakap dekat anak2 dan mak mertua aku yang aku kena kerja masa raya pertama.

Aku terpaksa bohong sebab kalau cakap benda betul, anak2 akan nangis nak ikut aku dan aku tak nak pasal krisis kami, nanti mood orang lain nak beraya pun spoil macam mn spoilnya mood aku bila laki aku buat perangai.

Laki aku diam tak reply, tapi aku tak kesah sebab aku dah redha. Aku cakap malam ni bagi aku siapkan barang2 anak2 dulu.

19. Persoalannya di sini.. Aku yakin dia gas lighting aku. Selama ni pun banyak kali aku rasa dia gaslighting aku, tapi aku masih in denial. So, kali ni memang aku yakin dia gaslighting aku. Aku dah terfikir untuk bercerai kali ni.

Tahun lepas aku turun ego dan berusaha untuk perbaiki hubungan kami. Hampir setahun dah lama kami tak gaduh sejak aku dalam tempoh berusaha perbaiki hubungan kami. Kali ni jadi bergaduh teruk dan perangai dia masih tak berubah. Masih tak mengaku salah dan suka letak kesalahan tu atas aku.

– Wanita Malang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Cuba dptkan segera sesi kaunseling di pejabat agama. Di sini, sangat jelas suami awak ada byk benda yg dia x puas hati dgn awak. Sedangkan awak layan dia ok je, x ada yg kurang. Awak dh jalankan tgjawab sebaik yg awak manpu. Awak pun pandai kawal perasaan, samada perasaan nk marah ke, rasa sedih ke penat ke kecewa ke, awak ttp boleh cover, tp dlm masa yg sama suami awak terus buat perangai mcm org tak matang. Sungguh! Suami awak perlu dptkan kaunseling untuk urus perasaan dia sendiri. Dia yg kena ubah mnjadi lebih rasional & boleh terima give & take yg perlu ada dlm sesuatu hubungan. Cepat dptkn kaunseling. Jgn fikir akan perceraian, fikir & baiki hubungan komunikasi awak berdua. Semoga berjaya kekalkan hubungan & bahagia bersama satu keluarga.

  2. zalim jer buat camtu, kesian kat anak2 dgn isteri… mcm perangai budak2 jeles tk tentu hala

  3. Hah, ramai ja spesis mcm ni. Ko x keseorangan. Sama na nasib kiter. Sabar 19 tahun dah ni. Pikir gini ja, Allah ada

  4. Pertama kali dengar lelaki yang dah jadi suami/ayah beriya sangat nak duduk dalam bilik..
    Selalunya lelaki ni boleh je mengalah bab bilik, sebab dorang tak perlu nak jaga aurat sangat. Kalau nak tido pun boleh tido kat mana2 ruang tamu ke, beranda ke, atas lantai ke (lagi sejuk) …

    Saya baca kalau jumpa orang silent treatment ni, jangan dilayan sangat. Biar je takyah tanya2. Kita buat je tanggungjawab kita, dia nak moody2 lantak dia lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *