“Kena Ingat Yang Dia Bukan Anak Kau.”

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Nama aku Wan (bukan nama sebenar). Confession yang cuba aku tulis ni bukan untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi lebih kepada pengongsian pengalaman aku.

Untuk pengetahuan pembaca, aku sudah berkahwin masuk tahun ke 7 november ni. Aku dan wife umur sebaya. Kami kenal semasa kerja part time lepas spm. Aku berkerja sebagai jururawat lelaki dan wife sebagai akautan.

Sepanjang berkawan aku bukanlah calon kegemaran mak mertua aku.

Maka segalanya bermula selepas sahaja aku berkahwin. Aku membawa wife hidup dibandar.

Setelah 2 tahun perkahwinan aku dapat tahu wife aku menghidap left endometriosis (cyst di saluran folopian) dan right fallopian blockage. Peluang untuk wife preggy amat rendah tetapi kadar penghasilan ovem baik.

Setelah setahun di dignosis. Wife telah menjalani pembedahan keatas cystnya. Ini disebabkan pertumbuhan cyst terlalu cepat dan menggangu rutin harian. Menurun doc, pembedahan yang dijalankan tidak menggangu kesuburan wife.

Setelah itu wife masih belum berhasil untuk preggy. Maka aku dan wife bersetuju untuk mengambil anak angkat. Pada bulan 7 tahun tersebut aku bertemu jodoh dengan anak kesayangan aku ni.

Ada seorang ibu muda memberi anaknya kepada aku disebabkan status luar nikah dan tidak berkemampuan. Aku ambil dari umur 3 hari.

Orang tua aku amat lah gembira setelah menerima cucu yang ke 2 (adik aku beranak pada awal tahun). Reaksi mertua aku pula nampak gembira. Anak aku telah disusukan oleh adik dan adik ipar aku. Disebabkan wife aku tidak berjaya mendapat susu sendiri.

Pada 2020 aku dan keluarga mertua telah ke sabah. Setibanya di kundasang, anak aku mengalami demam panas. Disebabkan suhu badan anak telah mencapai 39°c.

Aku dah wife bergegas ke hospital ranau pada jam 12am. Alagkah terkejutnya mak mertua tidak mahu temankan kami dan hanya berpesan supaya berhati-hati.

Setelah pulang dari sabah, demam anak aku masih on+off. Setelah seminggu, anak aku telah dimasukkan ke hospital disebabkan deman mencecah 41°c. Sepanjang di hospital mak mertua aku hanya datang melawat sekali sahaja, itu pun tidak sampai 30 minit.

Kejadian seterusnya berlaku pada hujung tahun lepas. Wife perlu menjalani pembedahan lagi sekali. Hanya orang tua aku yang bersungguh-sungguh untuk menjaga anak aku sepanjang proses berpantang. Mak mertua aku hanya datang melawat wife setelah lebih seminggu berpantang.

Alangkah terkejutnya mak mertua aku perli dengan ayat ‘untung la’ disebabkan wife aku ceritakan yang aku menjaga sepenuhnya sepanjang proses berpantang.

Sudah la pembedahan kali pertama cuma datang tengok dekat hospital je. Kali ni pun datang cuma 3/4 jam je. Siap oder food panda lagi. Sedangkan aku dah siapkan masak untuk tetamu.

Perkara lebih menyayat hati telah berlaku pada awal tahun ini. Dimana wife membawa keluarganya untuk makan steamboat. Sewaktu makan, anak aku telah dimarah oleh aku. Disebabkan sepupunya yang tmengajak bermain sehingga tidak mahu makan.

Sudah la masih musim covid, sepupunya pula asik main tong gas dapur setamboat. Maknya pula buat tak hirau je anak. Maka terjadi la sedikit pertelingkahan kecil.

Sebelum pulang dari makan, aku sempat meminta maaf pada mak mertua aku, walhal aku merasakan yang aku tidak bersalah.

Tetapi suatu ayat yang betul-betul buat aku terasa dan marah sehingga kini telah keluar dari mulutnya ‘kau kena ingat dia bukan anak betul kau’. Alangkah hancurnya hati aku mak mertua aku sanggup bercakap macam tu.

Selang beberapa hari adik ipar aku text wife aku dengan caci maki. Tapi wife aku tidak membalas. Setelah 3 bulan wife aku mendiamkan diri, adik ipar aku text lagi dengan caci maki dekat wife aku sebab tidak pulang ke kampung.

Siap tuduh yang aku ni kaki pukul, mandul, kurang hajar dan bermacam-macam lagi. Hanya dengan 1 perlian yang aku post dekat status fb terus gegar gempita keluarga mertua aku dekat kampung. Dah alang-alang dituduh kurang hajar.

Biar aku tunjukan kurang hajar aku ni. Dari sini la aku bertekat lagi tidak mahu pulang tengok muka mak mertua dan ipar duai aku. Adik ipar lelaki aku siap mempertikaikan keturunan dan status anak aku.

Selepas raya tahun ini, aku dan wife bertekat untuk melakukan ivf. Tapi malangnya tidak berjaya disebabkan ovem wife terlalu lemah setelah 2 kali bedah.

Maka hangus la 30k yang aku simpan tanpa hasil yang aku bayangkan. Tapi aku tidak menyesal sebab pernah mencuba untuk mendapatkan zuriat sendiri.

Tapi keluarga wife aku tidak ambil kisah pun sepanjang proses ivf berlangsung. Atas sedikit rezeki yang dikurniakan, aku telah membeli sebiji kereta yang sedikit mewah.

Tapi wife aku diperli sekali lagi sebab tukar kereta. Senang cerita setiap kali aku tukar kereta ke beli hp ke beli rumah ke, mesti akan diperli oleh mak mertua aku. Sehingga aku sendiri tak faham kenapa?

Pernah sekali ayah aku berbunyi sebab keluarga mertua aku selalu mempertikaikan cucu kesayangannya.

‘Sepatutnya aku yang bising sebab anak dia tak bagi cucu dekat aku sampai sekarang’ ni lah sekali je ayat yang keluar dari mulut ayah aku disebabkan tidak tahan mendengar cucunya dicemuh. Ayah aku cukup sayangkan wife.

Setiap kali nak masuk bilik bedah ayah mesti akan peluk wife dan menitik air mata jantannya. Mak aku tak payah cakap la. Apa- apa hal wife aku dulu dicarinya. Adik-adik aku pun selalu menjadikan wife sebagai rujukan.

Apa-apa pun aku tetap bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang diberi. Walaupun wife masih belum kurniakan aku zuriat, tetapi wife cukup baik dan sabar.

Aku tak pernah berniat nak tinggalkan wife. Pada aku ini lah wife misali yang diamanahkan untuk aku jaga selagi hayat.

Aku sentiasa berpesan pada wife. Apa yang berlaku antara aku dan mak mertua, tu hal aku dan dia. Wife aku sebagai anak wajib balik ziarah mak, walaupun tanpa aku.

Bawa la sekali anak tu, walaupun diacah-acah sayang, die tetap nenek pada anak aku. Dan anak aku tetap perlu ziarah ibu susuannya iaitu adik ipar aku.

Sebagai pengakhiran aku berharap semua pembaca mendapat sedikit hikmah dan pengajaran dari confession aku ni.

Sekian, wassalam…

– Wan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *