Kena Kacau Dengan Azim

Hai semua nama aku Nabila (bukan nama sebenar). Aku ada darah mix dan features muka aku ikut sebiji macam ibu aku. Mata sepet, hidung pesek kata orang. Dari kecil kena ejek sebab mata sepet tu dah biasa.

Masa kecil aku macam tak berapa faham jadi aku gelak je tapi bila dah besar pun ada yang tanya ‘mata mana mata’ aku rasa malas dah nak layan. Penat kena face shaming haha.

Disebab kan muka aku yang lain ni lah aku selalu kena kacau dengan Azim (bukan nama sebenar). Azim ni anak sulong ustaz ustazah. Hensem teruk dan masa dia pindah sekolah aku ramai la gegadis yang berbisik bisik bila beliau lalu.

Azim ni senior setahun tua. Dia pindah sekolah menengah agama tempat aku belajar ni masa dia tingkatan 5 dan aku tingkatan 4. Punya kuat aura Azim ni, sampai kan cikgu² pun suka kan beliau.

Beberapa bulan lepas dia masuk sekolah ni dia dilantik jadi pengawas. Setiap pagi minggu kedua setiap bulan terpacak la dia depan pagar ambil nama budak yang lambat datang sekolah.

Ada hari tu entah kenapa Ayah hantar aku lambat sedikit dari hari biasa. Masa aku sampai depan pagar ada dua pengawas jaga. Satu tengah ambil nama budak lain yang lambat dan satu lagi Azim dari jauh tengok aku.

Dari pandangan mata dia aku tahu dia aim nametag aku tapi malang nya nametag pun aku tak pakai masatu. Aku datang dekat dia dan sebut nama aku dan kelas. Dia tak tulis apa² pun tapi masih pandang aku dengan muka berkerut².

Kau ni cina eh? Terkejut aku dengar soalan dia. Berani ye dia tanya soalan direct macam tu. Selalu orang berlapik sikit tanya kau ni ada keturunan cina ke. Aku dengan panas hatinya jawab balik, haah, aku baru convert semalam.

Lepas tu aku jeling dia dan jalan terus ke perhimpunan. Punya panas hati aku dengan Azim masatu aku sengaja berdiri dekat barisan depan dan tenung dia tajam² masa perhimpunan.

Dia perasan aku marah mungkin, serba tak kena dia tarik bendera. Lagu sekolah tak habis lagi dah berdesup bendera terpacak kat hujung tiang.

Beberapa hari selepas hari kejadian aku pun dah terlupa kewujudan beliau tapi tidak bagi Azim. Lepas rehat aku suka melepak dekat tangki air belakang blok 3 dengan kawan² aku.

Masatu Azim and the gang lalu. Kami bagi laluan pada senior lelaki yang acah terpaling cool dekat dunia.

Tiba² Azim berhenti dan berdiri depan aku. Terkedu seketika semua orang dekat situ. Kawan² beliau dan kawan² aku semua terkaku tunggu apa yang akan terjadi.

Berdebar² jantung aku masatu Tuhan aje yang tahu. Bukan sebab aku suka dia ye tapi sebab aku takut dia mengamuk dekat aku sebab peristiwa perhimpunan tu.

Tapi tiba² Azim tersengih lebar nampak semua gigi. Nama kau Nabila kan? Apa nama asal kau? Aku jadi bingung dengan pertanyaan dia.

Aku pandang kawan² aku mintak tolong tapi masing² macam tikus. Entah kenapa mulut gatal aku tersebut nama Mei². Nama tu je yang terlintas sebab aku teringat watak Mei² cerita upin ipin tu.

Lepas tu aku terus cepat² lari ke kelas. Mei² jalan elok², sempat Azim jerit dari jauh. Hurmm.

Sejak dari hari kejadian hidup aku tak pernah sunyi. Asal terserempak je mula lah beliau sengih² dekat aku. Mei² kau dah hafal surah al fatihah belum?

Mei² kau makan apa tadi? Mei² lari laju² sikit (sebelum merentas desa). Mei² awal kau datang harini. Mei² itu Mei² ini. Suara beliau mengekori setiap langkah kaki aku dekat sekolah tu dengan senyuman kambing beliau.

Aku pernah tengok cerita korea cheese in the trap terus aku teringat dekat Azim. Apa yang jadi dekat heroin tu sama lah dengan apa yang jadi masa aku sekolah menengah dulu.

Azim tak pernah putus asa kacau aku macam tom kejar jerry sampai kan macam² gosip pasal aku mula tular dekat sekolah tu.

Gosip paling hina aku dengar, ada kakak senior kata aku gatal sangat pergi tinggal kan no. hp dekat raga motor Azim.

Aku mula benci dekat Azim. Setiap kali nak pergi mana² dekat sekolah tu aku akan cuba intai² untuk mengelak dari terserempak dengan beliau.

Pernah sekali masa sukan sekolah Azim tanya soalan bodoh dekat aku depan cikgu² perempuan tapi cikgu² tu semua boleh gelak kan je. Cikgu Marliana kata, Azim kau jangan seronok sangat usik dia. Nanti kau kahwin dengan dia karang. Cis!

Azim tak pernah serik. Lepas aku warning macam² dia insaf sekejap. Bila ternampak dari jauh dia cuma sengih² je tapi lepas beberapa hari dia naik sheikh balik. Lagi disaster nya hidup aku bila ada camp bahasa dekat sekolah dan aku dapat satu kumpulan dengan beliau.

Azim asyik petik nama aku je suruh present. Masa aktiviti outdoor kitorang semua kena angkut barang masak macam tin sardin garam beras apa semua dan jalan sejauh beberapa km ke pantai terdekat.

Azim jalan sebelah aku dan tanya macam² soalan yang tak berapa nak cerdik. Masatu aku merayu pada Azim untuk berhenti ganggu hidup aku. Dia boleh tanya kenapa. Aku cakap aku malu dekat orang.

Orang pandang aku lain macam sebab apa yang dia buat dekat aku. Azim diam je lepas tu. Sampai lah habis camp bahasa. Selepas tu hidup aku mula aman. Azim betul² buat aku macam tak wujud. Bila terserempak depan² pun dia tak pandang aku.

Waktu aku jual air masa hari terbuka sekolah Azim ada datang beli air dekat gerai aku tapi dia order dekat kawan aku. Aku yang terpacak depan dia macam halimunan dibuatnya. Sedih tapi mungkin itu yang terbaik, aku cuba pujuk diri sendiri.

Pernah beberapa kali Azim tertangkap pandang aku daripada jauh tapi bila bertentang mata cepat² dia kalih dan buat macam aku tak wujud semula.

Mula² aku betul rasa bahagia dan tenang tapi lepas sebulan dua aku jadi sunyi dan jauh dekat sudut hati aku sedih. Rasa macam kehilangan.

Kawan² aku dan orang sekeliling mula perasan dan tanya kenapa Azim dah biar kan aku hidup dengan aman semula. Aku cuma cakap dia dah insaf lah tu tapi lepas tu aku senyap² kesat air mata. Jahat ye kau Azim.

Okay lah, cerita pasal Azim ni tak habis lagi tapi aku penat dah nak taip. Anak aku pun dah mula resah je tu kejap lagi mesti terjaga nak menyusu. Ada masa aku sambung.

– Nabila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *