Kena Kacau Dengan Azim II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kena-kacau-dengan-azim/).

Hai semua, aku post confession pertama bersebab. Bukan saja² nak throwback memori cinta pertama ke apa, haha.

Sebelum aku tulis confession tu aku dah pun minta kebenaran suami aku. Dia izin kan jadi aku tulis lah.

Ni confession last, tak pandai nak tulis macam novel sebab aku bukan writer sebab tu aku baca komen ada yang cakap macam budak sekolah yang tulis, hahaha.

Okay sebelum aku sambung pasal Azim, aku nak clarify beberapa part yang aku tertinggal.

Masa Azim ganggu hidup aku dulu, aku selalu kena aim dengan senior terutama pengawas. Kami kena solat zuhur di sekolah sebelum balik. Masa datang bulan pelajar yang tak solat ni akan di spot check macam².

Pernah sekali diorang check rambut. Entah kenapa ada sorang pengawas ni tanya sama ada aku warna kan rambut atau tidak. Dah tentu lah tidak, nak kena hambat dengan ibu aku.

Tapi dia beriya cakap rambut aku warna perang. Dah kau pergi check dekat bawah matahari memang lah. Siap suruh aku mengaku.

Lepas tu ada pengawas lain masuk campur. Dia ni baik sikit, dia tengok betul2 dan dia kata ni natural je. Selain daripada tu ada lah lagi beberapa siri aku kena perli dengan senior, kena jeling kena senggol.

Mula² aku tak pasti punca aku di buli macam tu tapi aku perasan semua itu jadi selepas insiden Azim ganggu hidup aku.

Sebelum ni aku cuma lah tikus yang tidak dipandang pun. Bukan sahaja senior, kawan daripada kelas lain pun ada yang tengok aku macam musuh.

Aku sedih, aku pernah cerita pada ibu tapi ibh suruh aku abaikan. Aku keraskan hati datang sekolah setiap hari dengan muka tebal sedangkan aku tak bersalah.

Selepas Azim mendiamkan diri aku agak lega tapi sedikit kecewa. Iya aku mungkin dah jatuh cinta pada Azim masa tu tapi aku tak pandai nak bercinta.

Lagipun aku tak suka apa yang Azim buat, aku tak suka jadi perhatian. Aku nak hidup aman macam tikus. Hidup aku aman sehingga Azim taman belajar.

Azim dapat result cemerlang dalam spm. Not bad untuk pelajar sekolah agama di pinggiran bandar. Masa ambil keputusan cikgu minta beberapa orang pelajar untuk tolong jaga sekali termasuk lah aku.

Dan semestinya aku terserempak dengan Azim. Dia hai je aku masa terjumpa lepas tu senyum lebar nampak gigi dia macam selalu. Aku ucap tahniah. Azim angguk je lepas tu dia beredar.

Malam kejadian aku dapat call daripada no. yang tak dikenali. Azim yang call. Dia kata lama dia cari no aku. Entah siapa yang bocorkan tapi aku gembira. Agak lama aku sembang dengan Azim. Macam long lost friend.

Azim cerita plan dia nak sambung study dekat sekian² tempat dan dia minta maaf sebab kacau hidup aku. Aku berterima kasih dengan Azim sebab hormat permintaan aku. Azim cakap dia betul² ingat aku ni chinese convert sebab muka aku unik.

Perbualan kami berakhir di situ. Beberapa tahun aku lost contact dengan Azim. Aku cuma dengar daripada kawan² sekolah aku Azim sambung aliran agama di universiti tempatan. Kalau tengok betapa nakal nya Azim dulu orang tak akan sangka dia boleh jadi ustaz sekarang.

Aku dah lama move on dengan Azim masa aku sambung belajar di universiti tapi sesekali teringat kan dia aku tertanya juga khabar dia.

Aku pernah search facebook dia tapi tak jumpa. Masa tu zaman facebook baru nak up. Mungkin Azim bukan jenis yang bersosial jadi aku terus lupakan niat nak add dia sebagai kawan.

Aku dah lama terima hakikat Azim hanya sebahagian memori zaman sekolah aku. Tahun terakhir aku belajar aku terima pinangan daripada seorang senior di uni. Nama dia Akram. Seorang yang baik, kaki surau dan alim menurut kata orang.

Aku tak berapa kenal senior² di sini sebab aku tak pandai nak bersosial dan luaskan circle tapi entah kenapa tiba2 si Akram ni nak hantar pinangan.

Menurut kakak naqibah yang menjadi perantaraan kami, dia kata Akram selalu nampak aku pergi surau dan dia jatuh hati lah konom dengan aku.

Aku berbincang dengan parents dan mereka bersetuju. Rombongan meminang disambut dengan baik dan semua nya berjalan dengan lancar.

Ibu dan ayah berkenan betul dengan Akram. Mereka bagi syarat untuk kami dua² bekerja sebelum kami bernikah. Keluarga Akram bersetuju.

Akram dah habis belajar dan aku pun tinggal baki dua bulan sebelum tamat latihan industri. Sepanjang dalam tempoh perkenalan Akram kerap hubungi aku. Tanya khabar dan kerap bagi aku kata² semangat.

Aku rasa kekok tapi aku belajar untuk terima memandangkan aku dan Akram bakal menjadi suami dan isteri.

Seujurnya aku tak ada perasaan pun pada Akram tetapi aku menurut kata ayah dan ibu. Jika pada mereka Akram itu calon yang sesuai aku terima seadanya.

Iya aku memang old skool. Aku naif dan lurus. Aku sebenarnya tak ada lah naif sangat tapi aku malas nak bercinta sebab aku belum jumpa lelaki yang aku suka.

Bila kawan² pergi dating aku habiskan masa tengok movie dalam bilik. Orang rasa hidup aku hambar tapi aku bahagia je. Kawan aku pernah suruh aku keluar bersosial cari pakwe tapi aku lebih rela keluar cari makanan. Aku suka makan tapi aku tak lah terlalu gebu, haha.

Beberapa bulan berkenalan dengan Akram aku mula rasa terbuai sebab Akram jenis mulut manis. Setiap pagi good morning my love lah apa tapi aku balas dengan emote senyum je. Malu nak lebih². Aku ingatkan si Akram ni alim tapi boleh tahan juga mesej beliau.

Bila dah mula lain macam aku malas nak layan. Aku cakap aku nak tido je. Masa tu aku ragu² juga dengan Akram ni.

Satu hari ibu Akram call ibu aku dan menangis2 di hujung talian. Masa tu aku ada di depan ibu, aku bertanya pada ibu tapi ibu isyarat kan aku untuk diam dulu.

Lama ibu bercakap dengan ibu Akram. Sesekali ibu memujuk ibu Akram dan berulang kali ibu meminta ibu Akram bersabar.

Habis saja perbualan mereka ibu peluk aku. Ibu kata ibu bersyukur Allah selamat kan aku daripada Akram. Akram kena tangkap basah. Bukan dengan perempuan lain tapi dengan lelaki.

Aku terkejut dengar berita tersebut tetapi ibu minta aku tidak hubungi Akram lagi. Aku kecewa. Aku sedih tapi tidak lah terlalu sedih. Aku redha sahaja kerana Allah telah selamat kan aku daripada perkara buruk.

Beberapa bulan selepas kejadian aku meneruskan hidup seperti biasa. Aku ikut kawan aku bekerja dekat kedai roti dekat bandar.

Satu hari yang penuh barakah ada seorang pelanggan masuk ke kedai roti. Aku sambut di kaunter tapi belum sempat aku tanya apa² aku terkaku lihat Azim berdiri depan mata.

Azim tak jauh berubah. Masih sama macam Azim yang aku jumpa 7 tahun lalu cuma kalini nampak lebih matang. Azim pun terkejut mungkin nampak aku. Nabila??!!! Bukan main kuat lagi suara dia satu kedai dengar.

Aku mengangguk laju. Bunga dalam taman hati aku entah kenapa berkembang mekar. Tapi beberapa saat selepas tu aku perasan Azim ada berpimpin tangan dengan sorang budak perempuan dalam usia 2 ke 3 tahun.

Aku tunjuk pada budak tu, ‘itu anak kau ke?’. ‘Haah’. Sepatah jawapan Azim tu kembali buat bunga di taman hati aku layu bahkan mereput.

Aku terus rasa macam nak nangis. Rasa sedih. Azim dukung budak tu. ‘Ini anak buah aku. Aku belum kahwin’ Dia sambung sambil tersengih².

Geram aku dengar jawapan Azim. ‘Kau main² eh?’ sikit lagi aku nak baling roti dekat muka dia.

‘Kenapa Nabila, kau sedih ye kalau aku dah kahwin?’ Azim masih sama, bukan fizikal je tapi perangai pun tak berubah!

Selepas pertemuan bersejarah haritu, hampir setiap hari Azim akan datang kedai roti tempat aku kerja. Setiap hari mintak roti free. Aku redha je dengan perangai dia.

Allah panjang kan jodoh kami sehingga ke jinjang pelamin akhirnya. Iya, aku kahwin dengan Azim. Tak lama lepas jumpa dia balik tu dia terus ajak kahwin. Azim mengaku dia tak pernah lupakan aku tapi dia takut nak ganggu aku lagi.

Azim tak pernah bercinta, pernah nak disatukan dengan pilihan keluarga tapi tak jadi sebab sama kes macam kes aku dan Akram.

Confession pertama aku ditulis pada hari anniversary kami yang kelima. Okay lah terima kasih semua sudi baca, doakan perkahwinan kami berkekalan bahagia.

Kesian Azim, dia redha je anak² dia ikut keunikkan muka aku. Aku kata ni balasan sebab kacau aku dulu, hahaha..

– Nabila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *