Kena Menangis Baru Dia Faham

Assalamualaikum. Harap sangat admin approve, sebab nak juga tolong kak ngah tu. Mungkin dia boleh cuba cara saya.

Sebagai pendahuluan, saya anak kedua dari tujuh beradik, 4 laki-laki, 3 perempuan. Kak Ngah jugee, hehe tapi adik-adik panggil kakak. Ibu ayah saya merupakan guru, dan mereka memang sentiasa sibuk. Seingat saya, masa saya berumur 5 tahun, abang 8 tahun, abang dah pandai buat nasi goreng letak garam dgn telur je untuk adik-adik. ;)

Seperti kak ngah, ibu saya juga bertungkus lumus bagi memastikan keperluan pembelajaran dan sewaktunya bagi kami adik-beradik sentiasa cukup. Namun, pada awal tahun lepas, ibu saya dikejarkan ke hospital dan disahkan menghidap sakit jantung. Pengsan sebab terlalu penat bekerja. Tahu-tahu lah kan, guru zaman sekarang, macam-macam kerja kena buat, yang tua macam ibu saya mana nak bertahan. Abah pun sama, selalu ulang-alik ke hospital sejak 2-3 tahun lalu.

Dari kecil, seingat saya, adik-beradik saya yg lelaki memang tak pernah disuruh untuk buat apa-apa. Sebab abah suka memasak, depa mungkin ikut abah. Lapar je masuk dapur, lapar je masuk dapur. Abang dengan yg no3. Tapi lepas masak, memang hampeh. Ditinggalkannya berselerak macam tu saja. Saya dengan adik-adik perempuan tahankan saja, kami bahagi-bahagikan tugas antara kami bertiga. Sebab saya suka air, jadi ambil tugas yang melibatkan air. Basuh pinggan, masak, sental tandas, mop lantai, basuh baju, basuh kereta pun sanggup. Yg lain, hah mpa la buat.

Tapi bila saya mula disibukkan dengan kelas tambahan semasa tingkatan 5, saya mula merungut dan meminta untuk adik-adik lelaki saya (no 3 & 6, bongsu kecik lg jadi saya biarkan saja) untuk turut sama membantu. Masa tu, abang dekat asrama, jadi perangai dia memang dah tak boleh nak baiki dah, nasib baik pandai basuh pinggan sendiri je, lepas masak pun dah reti berkemas. No 3 & 6 ni, masa ni pandai masak tapi tak reti kemas. Pinggan main tinggal je dalam sinki, cawan tu dia bawa depan tv, dia tinggal lepas tu kalau dahaga, depa ambil cawan lain, bawa pi depan tv, tinggal lagi. Pening kepala aih. Berleter juga, tapi pelan- pelan, MINTA TOLONG. Mula-mula , “Tolong la, dah besar panjang, basuh la pinggan yg hg pakai tu.” Kena selalu cakap, tapi jangan selalu sangat, tolong tu kena ada haha. Raja betul depa ni kan. Bila dah lekat basuh pinggan, minta tolong yg lain pula. Pernah saya bincang dengan mak, berpakat dengan mak sapa sentuh cawan mak siap la, tak payah basuh cawan-cawan semua tu, biar reti la depa ambil, nak guna basuh sendiri. Lepas tu saya minta depa yang tolong belikan barang-barang, yang kena beli dekat kedai runcit tu. Takdelah kita yang nak kena handle semuakan. Boleh slowtalk insyaAllah.

Masalah besar bagi saya, adik bongsu saya. Menyesal betul saya biarkan saja dia tak buat apa-apa dulu. Lagi2 bongsu, kena bebel sikit, dia panggil ibu, ibu pun bela. Tak pernah kena jentik pun, padahal kita masa kecil dulu, apa je yang tak singgah dekat bontot dengan betis ni haa, dengan wayar getahnya, hangernya huih. Benda ni berlaku 2 tahun lepas, dia tingkatan 3, saya berumur 24, masa ni belajar lagi, memang tak selalu balik lah. Bayangkan, perasaan bila balik rumah, bertimbun segala mak nenek cawan depan tv. Pinggan dekat sinkinya. Masa tu no5, 6, dgn 7 ada kat rumah. Bila saya tanya, terbuktilah yang bongsu ni memang tak buat kerja langsung. Yang no 5 & 6 minta tolong pun dibuat dek je. Masa tu cool lagi, takpe, kita buat dulu. Malam tu lepas makan, elok je saya cuci pinggan mangkuk, bila pusing belakang, tengok ada seketul pinggan seketul cawan atas meja kerja si bongsu. Lepas makan, terus naik masuk bilik main telefon. Saya cuba cakap elok-elok, minta dia basuh pinggan dan cawan yang dia pakai je. Tak jalan, instead dia melawan. Saya cakap elok-elok, dia tinggikan suara pd saya, (ni dah 2,3 kali jadi). Malam tu, ayat dia lebih kurang mcm ni

“Kenapa aku kena basuh?, tu kerja kau perempuan kan?

“Abah tak basuh pinggan pun, kenapa aku kena basuh?

“Biarlah, aku taknak.”

Dia cakap sambil perli2, kurang ajarnya, memang akan buat darah sapa2 pun mendidih. Masa tu, dah tak fikir pun pasal pinggan sebenarnya, lebih kepada perasan yg tersangat marah dan sedih bila adik yang kita manjakan biadap sampai macam tu sekali dengan kita. Mata saya mula berair masa tu, lagi-lagi dia ada lagi keluarkan kata2 ‘menganjing’, saya tergerak untuk tampar dia. Tapi malang tak berbau, saya tak terfikir yang tubuh dia lagi besar dari saya, semestinya lagi kuat dari saya, saya angkat tangan je, dengan mudah dia tepis. Bila jadi macam tu, memang amarah lgi menyetan agaknya, saya geram sangat, saya menjerit ( yes i screamed like a crazy woman, filled with anger), mungkin dia terkejut, so saya dapat peluang tarik rambut dia, tarik gila-gila punya, sambil nangis-nangis, sambil bebel-bebel kesian ibu abah blablabla. Ada la saya kena pukul (sakit oi), tapi saya sempat tampar sekali dua sambil cakap kau belajar dr mana kurang ajar macam ni, dia pun redha je saya tarik rambut dia balik. Masa tu ibu ada, meluru lah ibu ke bilik adik dengar saya menjerit macam tu. Yang lain pun sama. Masa ibu sampai, saya dah berhenti tarik rambut dia, saya menangis je (menangis macam budak tak dapat coklat gamaknya) hahaha. Seumur hidup saya, saya rasa itu kali pertama saya menangis macam tu :p. Lepas tu ikut ibu turun, explain, lepas tu minta maaf dengan ibu sebab buat ibu terkejut. Ibu gelak je, cakap saya ni macam budak. Ingat balik pun, saya gelak. Psiko kan?

Tapi apa yang saya dapat lepas tu is priceless. Dia dah mula basuh pinggan sendiri, cawan semua tu. First couple months je la. Tapi, walaupun dia mula buat perangai balik, kalau ada orang suruh, dia boleh buat dan dah tak menjawab dah. Dan yang penting, yang lain pun ikut sama ringankan tulang tolong buat kerja rumah alhamdulillah. Walaupun tahun lepas saya ada lah buat drama air mata (yg mild punya), bebel-bebel ibu ayah dah tua, kena la tolong, kalau kat rumah banyakkan tanya ibu abah nak kita tolong apa-apa ke. Sebab abah tu tua dah, selalu sakit-sakit, tapi jenis yang tak boleh duduk diam. Terlepas pandang sikit, tengok-tengok dah dekat luar, tebas2 rumput sorang2. Alhandulillah la sekarang dah makan saman.

Apa yang saya dapat dari drama psiko tu, lelaki ni memang kita kena tunjuk dengan dia yang kita serius, tak main-main. Dan lelaki, dia memang akan kalah dengan air mata perempuan hahaha. Mungkin kak ngah boleh buat drama sikit, panggil adik2 buat mesyuarat. Jangan masukkan sekali ipar-ipar. Tapi kalau dah tahap kena drama psiko macam saya tu, make sure bincang la dengan suami, biar dia ada dekat2 dengan kita, risau jugak jadi apa2, tapi still jangan masukkan dalam mesyuarat adik-beradik. Ini penting okay.

Maaf panjang, sebab macam kena cerita semua kalau nak bagi faham. Tak berniat nak dedahkan aib sekeluarga, moga yang lain boleh ambil iktibar.

And boys, please! Seriously you need to help with the housechores. One can get depression from doing it all time. You dont have to do all, just one or two will help a lot, and we’ll be really grateful for that.
Love from kakaks.

– Kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit