Aku bukan baik seperti malaikat, tak cukup jahat macam syaitan (rasanya lah kot!). Ibadah aku tak gempak macam ahli sufi tapi yang ibadah yang wajib tetap aku jaga. Walaupun ada waktu aku tidur sampai terbabas solat seolah-olah yakin benar aku masih diberi nyawa selepas tidurku itu. Walaupun ada waktu aku tunda-tunda solat ke akhir waktu supaya solat yang seterusnya di awal waktu. Jahat dalam kebaikan.
Kini, aku sedang dalam fasa diuji. Apa sahaja yang aku kata tentang sahabat-sahabat atau orang yang terdekat dengan aku, kata-kata itu akan melompat toing,toing,toing patah balik pada aku.
Kawan aku selalu mengadu susah nak solat terutamanya subuh, asar dan isyak. Aku nasihatkan dia cuba untuk istiqamah. Aku bukanlah ustazah yang betul sangat nak bagi nasihat. Aku bagi setakat ilmu yang aku tahu dengan harapan dalam hati, ajaran aku itu bukanlah ajaran sesat.
Seminggu selepas aku memberi nasihat, aku diuji dengan dugaan solat yang sangat teruk. 10 alarm clock tak mampu bangkitkan aku untuk solat Subuh. Aku pernah tertidur lepas solat Maghrib sampai ke Subuh. Aku rasa macam nak gila waktu tu. Tiba-tiba aku rasa malas sangat nak solat. Sampaikan ada waktu lepas solat, aku menangis-nangis membayangkan kejahilan diri sendiri.
Aku syak, aku jadi begitu kerana jauh di sudut hati aku memperlekehkan kawan aku!
Bila nak dekat waktu exam, kawan aku selalu mengadu bahawa yang dia selalu tak cukup masa nak belajar semua silibus sampai habis. Aku bebel-bebel kat kawan aku ni supaya usaha lebih sikit. Walaupun aku sendiri bukanlah pelajar contoh yang layak dipandang tinggi. Aku geram sebab dia boleh je menonton movie korea, anime setiap hari tapi nak belajar liat.
Dan sekali lagi aku diuji. Aku jadi malas sangat nak belajar. Tak pernah-pernah aku layan drama korea, habis semua drama korea aku tengok. Siap boleh hafal setiap drama tu keluar hari apa. Cekerama melayu pon aku layan dari zaman lama-lama punya sampai yang terkini punya.
Aku syak, aku jadi begitu sebab aku mengutuk perangai malas kawan aku!
Satu hari, aku cerita dekat kawan sekelas aku tentang perangai kawan aku yang selalu ‘masuk angin’. Selalu sendawa sampai aku yang perut kosong ini pon nak tersendawa sekali. Ada satu hari, kawan aku punya masuk angin tu teruk gila sampai banyak kali dia kentut sepanjang malam. Emosi betul aku waktu tu. Esok, aku bebel-bebel cerita kat kawan sekelas aku.
Kali ni, balasan aku dapat laju betul. Malam tu aku yang terkentut tak berhenti-henti. Mak aku kata kentut berbunyi tak berbau! Hehehe…
Mula-mula, aku rasa macam stress gila. Kenapa aku mesti diuji dengan setiap apa yang aku kata pada orang? Lama-lama, aku mula faham yang Allah sedang cuba menjaga mulut aku yang lantang ni. Sekarang, setiap kali aku nak mengata pasal orang, aku mesti fikir berkali-kali.
Hakikatnya, kesukaran orang, masalah yang orang hadapi, mungkin kita rasa kecil bagi kita. Kita pandang kecil pada usaha mereka dalam menghadapinya sedangkan bila mana kita yang diuji, tak tahu lah mampu atau tidak untuk menghadapinya. Macam aku, awal-awal tersungkur teruk betul sampai rasa macam nak putus aa.
Makanya, jangan memperlekehkan kesukaran orang lain. Setiap orang diuji sesuai dengan kemampuannya. Tuhan tak kata pon orang yang hadapi ujian besar je masuk syurga tapi Tuhan menghargai setiap usaha hambanya dalam menghadapi kesukarannya sama ada besar atau kecil.
– hamba jahil
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit