Kena Saman Sebab Ikut SOP

Saya pergi ke bank pada suatu hari ni. Nak keluarkan sikit duit. Tak adalah banyak, 2 angka saja.

Yelah, sejak Covid-19 ni macam-macam lah isunya, kerja tak dapat, duit pun kena jimat-jimat untuk keperluan sahaja, ekonomi jatuh dan banyak lagi.

Ok, sebelum saya teruskan, saya kena terangkan sikit aplikasi MySejahtera dekat handphone saya ni. Ada masalah sebenarnya saya punya aplikasi tu.

Isi maklumat saya dengan betul, dia tulis Tidak Diterima atas sebab maklumat saya salah. Buat sekali lagi dan betulkan balik, dia tulis Tidak diterima. Saya dah betulkan kata laluan, dia tulis Tidak diterima.

Banyak kali laaa saya cuba betulkan. Memang tak dapat-dapat. Saya siap suruh ahli keluarga saya tolong apa silapnya dekat sini. Sebab diorang punya tak ada masalah pun.

Lama juga uruskan benda alah ni. Kalau tunggu benda alah ni saja, sampai bila-bila urusan saya yang lain tak siap.

Jadi alternatif lain yang saya guna adalah melalui akaun Facebook saya, dekat bahagian ‘Search’ tu, hujung sikit ada Bar code. Boleh scan melalui situ.

Jadi saya guna yang itu jela supaya saya dapat scan bila pergi mana-mana tempat.

Style dekat Facebook tu pula, bila dah scan, dia akan bawa kita ke satu form ni untuk kita isi maklumat kita dulu. Adalah 3 – 4 bahagia detail kita kena isi. Jadi ambil masa sikit setiap kali scan tu,

Yela untuk isi form tu dalam 2 – 3 minit macam tu. Bergantung pada Internet kita. Internet saya biasa sajalah, bukanlah nak kata laju sangat tu. Kadang – kadang macam kura – kura. Kena tunggu & sabar juga lah.

Jadi, sambung balik dekat Bank tadi tu. Sebelum saya masuk ke dalam Bank tu, saya pergi ke Facebook saya, klik pada butang ‘Search’, dan saya klik pada bar code tu. Lepas tu saya pun scan.

Pastu dia bawa saya ke form yang saya cakap tadi tu, jadi saya isilah detail saya. Sambil saya isi, sambil saya berjalan masuk ke dalam Bank.

Saya ulang, saya scan dan saya tengah isi ni, ok. Tengah isi, bukan saya tak scan langsung. Orang pun tak mau duduk lama-lama dekat luar ni. Fikir nak cepat urusan dan balik. Itu saja dalam fikiran.

Tengah – tengah isi, tiba – tiba kena serbu dengan angkatan apa ntah yang pakai baju suit warna hijau terang tu. Polis ke warna hijau terang tu? Kalau tak silap saya polis warna biru gelap.

Jadi saya tengah isi, diorang suruh berhenti jangan buat apa-apa, melainkan diarahkan untuk bagi IC dekat diorang. Diorang kata saya tak scan, tak patuhi SOP.

Dia kata mana saya punya scan? Saya kata ni saya tengah isi ni. Ada orang lain juga dekat situ yang kena macam saya.

Jadi dengan cara tak mengendahkan kitorang, geng hijau terang ni semua terus saja minta IC kitorang dan kena saman seribu. Saya ingat apa diorang cakap,

“Haa mana scan??? Mana?? Mana?? Dahh! Tak de! Tak de! Jangan buat apa – apa!!! Bagi IC! Bagi IC! Suka hati masuk tak scan!”

Saya tertanya, Saya lepak ke kat sini? Ada majlis ke kat sini sampai kena saman macam ni? Saya tak scan ke? Saya tak pakai mask ke? Saya tak jaga jarak sosial ke?

Saya pakai mask, saya scan, saya jaga jarak sosial. Diorang yang tak jaga jarak, dengan tiba – tiba datang dekat serbu orang kat sini!

Niat saya kongis cerita tak lain tak bukan melainkan saya harap cerita ni sampai pada geng – geng hijau terang tu.

Kalau ye pun nak saman orang, tengok – tengoklah dulu orang tu, tanya dah scan ke, kenapa tak scan lagi, pergi scan kejap.

Kalau betul ada yang tak scan, buat first attempt dulu, Ntah2 orang tu fikir nak setel urusan membayar itu ini dalam keadaan duit tengah sempit sekarang,

Dalam fikiran takut tersalah buat transaksi ke, nak menyelamatkan keadaan keluarga, membayar bill, membayar hutang, ada yang dah terkena scammers.

Kita tak tahu apa kesusahan orang tu tengah hadapi. Bab duit ni jangan buat main. Bukan korang saja yang ada masalah duit, satu dunia masalah duit sekarang. Jadi janganlah tambahkan lagi masalah tu.

Korang dapat kerja, ada kena buang kerja, mana nak cari sumber duit?

Kehadiran korang geng – geng hijau terang ni dekat depan pintu masuk tu saja cukup dah orang tahu nak scan.

Itu saja pon cukup dah orang tahu dah jangan tak scan, nanti kena saman kalau tak scan. Jangan ingat cara korang serbu tu membantu kita.

Janganlah sebab korang terdesak sangat nak duit, nak tunjukkan yang korang jalankan kerja korang, sampai tak endahkan saman saja siapa yang korang nak.

Saya ni dah la pelajar, minta kerja part-time tak dapat. Dalam Bank ada RM35 saja, Itu pun nak keluarkan RM30 beli gas nak masak untuk keluarga dekat rumah.

Tiba – tiba kena saman seribu? Kau rasa?

Jadi hati – hatilah ye. Sama – sama kita beringat. Rasanya bukan takut dengan Coronavirus dah sekarang, takut dengan manusia.

#kitajagakita, bukan #kitahancurkita.

– Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *