Assalamualaikum semua, jadi aku nak cerita pengalaman kena scammer yang baru je jadi harini & semalam.
Aku baru je berhenti kerja sebab nak rehat sebulan dan dalam proses nak cari kerja baru. Tapi disebabkan aku bosan duduk rumah jadi aku banyak masa untuk main phone.
Dipendekkan cerita aku ada termasuk dalam group pelaburan MIDA KL TRUSTED tapi kadang dia tukar nama group lain pulak.
Dalam group tu ramai yang bagi feedback dapat keuntungan yang banyak. Dengan cuma melabur RM500 akan dapat pulangan RM7000. Dia ada pakej basic silver & gold tak silap.
Dekat sini aku tak percaya tapi bila baca feedback yang lain aku jadi percaya.
Ada yang tunjuk duit kepuk² ada yang beli emas tapi kebanyakkan video gambar tu semua kabur walhal aku tau telegram bila share gambar kurang kabur berbanding whatsapp.
Aku tak pernah bankin duit RM1000 untuk beli barang aku sendiri tapi entah kenapa semalam terdetik nak bankin duit sebanyak tu.
Mulanya dia open siapa nak join terhad untuk 25 orang sahaja. Jadi aku pun join la dengan transfer kat admin RM500 sebab baru nak mula.
Sepatutnya 6 jam iaitu pukul 9 bagi pulangan duit sepatutnya dah dapat tapi dia pm aku cakap duit tak cukup dan kena transfer lagi RM500 dalam masa 10-15 minit baru dapat RM16,000.
Pelik kan lepastu aku tunggu lagi tapi tak dapat. Dia pm lagi suruh transfer lagi RM3000 dan nanti akan dapat RM19,000 untuk bayar pada peniaga RM3000. Dan dia siap tunjuk bukti resit yang ada nilai dan nama aku sekali.
Aku cakap dekat dia aku takde duit sebanyak tu tapi dia keep ulang boleh pinjam dekat family/kawan.
Aku merayu dekat dia untuk pulangkan semula 1k aku dan kalau ada keuntungan yang aku dapat aku taknak sebab aku cuma nak 1k tu saja tapi dia tetap cakap tak boleh.
Lepastu aku try pm 2 orang ahli yang join group tu untuk pinjam 3k tapi diorang tak nak bagi & bagi alasan suruh pinjam family/kawan, nak buat rumah idaman, kita baru kenal.
Padahal dia cakap dia dapat keuntungan 55k dalam group tu so kalau pinjam 3k pun takde hal la kan dan aku akan bayar balik.
Tapi tulah Allah nak tunjuk RM1000 hilang sekelip mata je sebab salah sendiri jugak nak duit banyak tapi tak kerja.
So untuk semua yang baca elakkan masuk dalam pelaburan tak kisah la dia kata ini pelaburan patuh syariah ke apa.
Nak duit kena usaha kena kerja baru berkat hidup kita semua. Huwaaa sedihhhh hm..
– Polaris (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Yg kau percaya siapa yg suruh. Kn dh kena tipu. Dorg tu, ada ‘kaki’ yg tolong war-wark. Konon mlabur dgn dorg tu untung brganda2. Ckp boleh la, kenyataannya, x ada yg untung utk yg dg melabur duit x kira la btk mn pun kau letak. Yg untung, dorg yg scam duit kau tu. Sehari, klau congak2 bank in plg2 RM500 klau jerat masuk bodoh2 pun 10 org, sehari dorg punya income non halal tu RM5000 kot. Itu yg masuk sikit, yg tamak nk cepat kaya bkn xde, brsepah org yg rela bank in ratus ribu, juta pun ada. Hari2 kluar news maklumkn org ni discam byk ni, org tu byk jgk. Tp masyarakat, x ada kesedaran pun ttg scam ni. Sb ada yg bg alasan percaya kawan, adik beradik yg ajak join. Org dh dpt duit kita, x kn dipulangkan kt mangsa walau seposen. Sekian.
hurmmm, benda ni dah berkurun. kenapa masih ada yg kena scam hah. xpaham aku.