Assalamualaikum.
Terpanggil untuk confess lepas baca beberapa confession pasal girls yang takut bila berhadapan dengan harassment.
My confession agak menyeluruh sikit. Bukan setakat harassment kat tempat kerja, tetapi termasuk juga cara rakan dan majikan melayan kita.
Aku perempuan. Nama tak penting dalam pengkisahan ni.
Kerja first aku minah kilang, jadi operator.
Masa ni muda lagi baru habis SPM.
Harassment pertama bila technician lelaki kacau masa buat kerja. Kadang-kadang kerja mengadap mesin. Technician tersebut datang perlahan dari belakang dan mengusik/menggeletek siku.
Waktu tu memang rasa nak tampar nak siku. Tapi macam tak mampu nak buat sebab dalam tu ramai orang dan mungkin benda tu macam biasa, tak melampau pada mereka. (Sebab bertepuk tampar tu normal pada mereka) Mampu elak je la masa tu. Dia nak sentuh, aku larikan tangan.
Setahun lebih kat situ aku berhenti, sambung belajar..bla bla bla kerja kahwin… Kira umur pun meningkat la kan. Hehehe
Bertambah la sikit matangnya.
Then aku naik Genting Highland. Kerja dengan company yang ada banyak rangkaian hotel dan berpuluh ribu pekerja sebagai Housekeeping Assistant. Kemas bilik cuci jamban. Tempat sejuk memang best, yang tak best environment kerja.
Supervisor and pekerja bertepuk tampar tanpa segan silu. Dengan aku pun nak ajak gurau, dia letak tangan kat dada. Aku melenting. Rasa macam nak bunuh dia je time tu.
Lagi lah aku ni melawan cakap supv, kami tengok tv dia marah tapi dia tengok tv masa check bilik boleh?
Start dari tu hampir semua supv jadi tak suka dengan aku. Siapa je suka aku? Macam tak de je.. Hahaha
Well.ada aku kisah?
Then boss housekeeping buat hal. Tak nak confirmkan. Dia panggil, dia brainwash otak aku. Bagi aku pilihan. Resign sendiri atau dia tamatkan kerja aku (waktu tu masih dalam tempoh probation).
Dia kata resign jalan terbaik, rekod tak buruk. Aku pun percaya.
Tapi balik kerja tu beritahu suami.
Esok suami bawa jumpa IRO (Industrial Relation Officer). Sebab bos tak de point pun nak berhentikan aku.
Pegawai tu cakap, boss tak sepatutnya buat macam apa yang dia buat pada aku. Dan itu bukan pertama kali boss tersebut buat begitu. Dia yakinkan aku yang aku tak perlu risau dan kerja macam biasa. Esoknya aku lerja macam biasa la lepas officer tu call boss housekeeping.
Memang anti la dia dengan aku. Termasuk supv. Kaki lawan kononnya aku ni. Lantak la kan. Yang penting aku tak kerja kipas korang. Dan aku bukan sejenis macam korang, kaki bodek kipas aircond segala.
Kisah lain, masa aku dah berhenti kerja Genting dan balik kampung. Kerja sebagai cashier kat rangkaian pasaraya terkemuka dari Jepun.
Kerja ni memang best. Kawan-kawan best.
Yang tak best bila boss baru cashier buat rule baru iaitu schedule baru. Macamana tu?
Kerja 7 hari berderet then baru cuti sehari selepas 56 jam bekerja tidak termasuk overtime. Katanya masa dia kerja Singapore, normal schedule macam tu.
Aku pelik. Tak pandai pun aku, aku taulah juga Akta Buruh ni sikit-sikit.
Aku tak buat apa-apa sehingga jadual baru keluar. Jadual keluar je baru aku berani ambil tindakan. Minta tolong kawan lelaki untuk taip dan print surat yang aku perlu. Kemudian, pergi jumpa cashier yang lain dan minta mereka menurunkan tandatangan jika setuju dengan bantahan kerja 56jam tanpa cuti. Ala ala petition gitu.
Aku tak paksa. Setuju, sign. Tak setuju, tak perlu. Aku tak bawak pisau pun masa jumpa kawan-kawan tu.
Gigih tak jumpa sorang-sorang semata-mata nak dapatkan tandatangan.. Hahaha kelakar kalau ingat.
Habis kumpul signature, aku bawak surat tu jumpa Assistant Manager. Manager orang Jepun masa tu. Takut dia tak faham pulak kan.
Dang! Tau apa? Dia berharap aku tak leretkan perkara ni sampai ke Pejabat Buruh. Takut ler tu..
Serta merta jadual kami bertukar kembali kepada asal esoknya. Macamana mereka (Assistant Manager dan boss cashier) settlekan masalah tu aku kurang pasti and tak ambil tau.
Yang pastinya dari kejadian tu, aku kena boikot dengan trainer cashier. Tak pasti atas arahan siapa. Well..tak kisahlah. Diorang pun ikut arahan superior kan.
Pada cashier yang kata aku paksa mereka tandatangan tanpa persetujuan, aku belum maafkan mereka sebab mereka pun tak pernah mohon maaf dengan aku.
Seronok kan tikam orang yang cuba menjaga hak kau ?
Aku berhenti sebelum sempat aku ‘layan’ boikot mereka. ;-)
Keja aku seterusnya dalam office pula. Politik pejabat. Aku bekerja dengan sejenis pekerja kaki ampu. Dia level executive, aku level kuli la kan. Berdua je masa tu kat office client. (aku bekerja dengan company outsourcing, tempat kerja je berbeza, kami kena bekerja di office client untuk buat payroll-adakalanya kena juga pergi office sendiri bila ada meeting atau gathering).
Mula-mula ok la…budak baru, banyak kena belajar benda baru, buat kerja lebih pun tak pe.. Fikir macam tu je masa tu. Lama-lama baru perasan dia suka pergunakan aku. Kerja dia, dia akan suruh aku buat.
Aku hilang sabar. Satu hari semasa dia berada di office, dan aku di office client, dia call seperti biasa dengan suara annoying dia dalam cubaan buat baik agar aku buat kerja dia, aku marah dia, tinggikan suara.
“Kerja you, you buat sendiri!”
Terkejut dia.
Sejak hari tu kami buat kerja masing-masing. Tak lama lepas tu, dia minta ditukarkan ke office terus, tak perlu datang ke office client. Jawatan pun bertukar (office tak de jawatan yang sama untuk dia seperti di office client). Taulah aku yang dia tak selesa Kerja dengan aku.
Aku salah? Ntah. Boss pun tak de panggil tanya pasal tu. Aku kerja macam biasa je la.
Jangan buat silap.
Boss sejenis yang kalau buat silap memang dia hentam.
Kerja perfect, report siap awal pun dia tak puji. Tapi memang susah nak tengok boss marah aku.
Berhenti kerja tu sebab tawar hati dah. Racist ya juga. Bangsa lain, macam-macam elaun boleh claim. Aku boleh claim tol je, itu pun selepas aku pertikaikan kenapa executive kaki ampu tu boleh claim sedangkan aku yang naik jadi executive tak dapat claim. Sampai elaun service kereta pun dia dapat.
Semua staff non muslim dia bawak travel oversea. Yang Muslim ni di anaktirikan.
Sungguh tak adil.
Kebetulan juga dalam masa resign tu anak meninggal. Dipujuk pun tetap nak berhenti. Mood bekerja hilang terus.
So banyak contoh kan, sexual harassment, office bully, boss ntah apa-apa…
Yang penting kena berhadapan, bersuara, bukan diam membatu.
Jeling-jeling marah, sindir menyindir rasanya belum cukup buat orang stop sexual harassment.
Akta Buruh tu kalau banyak sangat masa, bacalah..
Kalau tak de masa, then jadi sesuatu kat work place, selak-selak akta buruh tu, paling mudah google. Setiap pekerja perlu tau hak mereka. Kalau suka ditindas tak kisahlah. Go on..tapi janganlah mengadu mengeluh bagai lepas tu. Hadam je.
And lastly nasihat untuk majikan melayu yang ada small company, kalau boleh biz tu janganlah sampai tindas hak pekerja. Even kau baru start dengan sorang pekerja, benda-benda basic kau dah start kena praktis.
Selalu sangat nampak macam ni.
Kerja lebih dari 8 jam tanpa overtime.
Selalu butik-butik baru buat macam ni. Gaji rendah dari yang sepatutnya.
Kalau mampu, hire la pekerja elok-elok, kalau belum mampu, handle biz sorang-sorang sampai kau mampu. Bukan asal boleh. Aniaya orang yang terdesak nak kerja.
Public holiday semua tak layak kecuali perayaan muslim.
Asal boleh je kan korang. Sebab tu sebagai pekerja, Akta Buruh memang kita kena ambil tau.
Aku bukan kaki marah, kaki bantah, kaki ngadu, aku cuma tau betul @ salah.
Aku tak suka ditindas.
Aku benci pembuli, penindas.
Kalau benar jangan takut.
Kalau berpendirian jangan takut suarakan.
Selalu je aku tegur mamat-mamat yang hisap rokok (kat tempat larangan). Badan besar pun aku tak takut. Terang-terang kau ‘bebal’. Dah Non Smoking Area lagi nak hisap rokok. Lepas kena tegur memang tersipu-sipu tenuk diorang.
And lagi bab makan halal haram. Keluar makan dengan kawan pun kalau tempat tu aku boikot aku ajak tempat lain.
No pork no lard pun aku elak.
Annoying gak kot diorang dengan aku, hahaha tapi diorang dah tau aku macamana, lagi senang kot..
Daripada pendam dalam hati.
Ok dah.
Sorry kalau aku guna bahasa pasar. Chau!
– Aku Perempuan Gerago
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit