Assalamualaikum semua. Tengah buat apa tu? hehe, ok la. Seperti tajuk, aku nak ajak semua untuk buka minda berkenaan kenaikan gaji pekerja swasta seperti yang terkandung dalam manifesto 100 hari pakatan harapan. Ni bukan nak memihak kepada mana-mana parti ye. Cuma nak mengajak semua untuk sama-sama buka minda.
Sebelum ni, gaji pekerja swasta sangat lah rendah terutamanya di kawasan dan daerah kecil di sabah. Ada yang menerima gaji RM 350 sebulan untuk pekerjaan seperti tukang jual, pembantu restoran dan sebagainya. Namun bermula pada tahun 2014, gaji minima mula di kuatkuasakan iaitu sebanyak RM900 di semenanjung dan RM800 di sabah sarawak. Seterusnya pada tahun 2016 pula dinaikkan lagi kepada RM 1000 di semenanjung dan RM920 di sabah sarawak. Sebelum kita masuk topik pro dan con, aku nak bercerita tentang Akta Majlis Perundingan Gaji Negara sikit.
Siapa yang tetapkan gaji minima?
Menteri Sumber Manusia akan membuat Perintah Gaji Minimum berdasarkan syor kadar gaji minimum yang disediakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN). Majlis ini mencadangkan dasar gaji minimum selepas menjalankan penyelidikan dan akan diluluskan oleh Menteri Sumber Manusia. MPGN ditubuhkan untuk mencadangkan gaji minimum. Majlis yang telah diperkenalkan di bawah Akta 732 pada tahun 2011 adalah majlis tiga pihak yang terdiri daripada wakil-wakil pekerja , majikan, kerajaan dan pakar-pakar bebas yang lain.
Okay, so aku ringkaskan. gaji minima ni sebenarnya akan dikemaskini setiap 2 tahun. dengan kata lain, mpgn akan mengkaji, dan jika dirasakan perlu dan relevan, barulah gaji pekerja swasta akan dinaikkan kepada amount tertentu. ni bukan suka-suka ya nak naikkan. dalam tempoh 2 tahun tu, pelbagai kajian akan dilakukan. bukannya “dulu kerajaan bn bagus naikkan gaji swasta sekian-sekian, kerajaan sekarang ni puih tak naikkan pun”. sekali lagi, bukan begitu situasi nya. lagi ada pula yang kata, “dulu kerajaan bn, company yang tak naikkan gaji akan kena saman, tak boleh tak naikkan gaji” Cik kak. percaya la. kami masih buka kertas siasatan untuk pendakwaan gaji minima hingga kini.
Jadi, apa aku nak highlight kan kt sini ialah pro and con bila naik gaji ni. sepanjang observation aku, sebagai seorang yang sangat dekat dengan hal ehwal pekerja dan majikan, sejak gaji minimum di naikkan ke RM920 ss/RM1000 sm, banyak sangat syarikat yang mengalami kegawatan ekonomi. secara khususnya, banyak syarikat yang telah menghantar permohonan untuk menamatkan perkhidmatan syarikat mereka. dan tidak kurang juga kes pembuangan pekerja. Tak terkira lagi majikan yang mengadu susah nak meneruskan perniagaan kerana kos menggaji pekerja yang tinggi. Kebanyakan yang terjejas ialah peniaga kecil-kecilan hingga sederhana la. yang da stabil tu, alhamdulillah patuh pada perintah gaji minima dan tiada pembuangan pekerja.
Aku pernah terbaca artikel yang ditulis oleh tun M yang ringkasan nya seperti ini. naik gaji tapi produktiviti tak meningkat, macam mana nak tanggung kos kenaikan gaji? logik kan? contoh, semasa gaji pekerja RM400, produktiviti sebulan RM10 000. setelah gaji dinaikkan kepada RM1000, produktiviti masih RM 10 000 sebulan. Anda rasa, syarikat rugi ke untung? dapat tak dia tanggung kenaikan kos gaji pekerja? sebab tu tun m kata, dia nak baiki dulu kualiti sara hidup di malaysia sebelum naikkan gaji. maksudnya, lepas ni kau bawak RM 50 ke tesco, kau akan dapat beli barang satu troli penuh. which is i dont know sama ada benda ni boleh terlaksana lagi ke tidak.
Pointnya, naik gaji memang sesuatu yang menggembirakan pekerja swasta. tapi kalau impaknya membawa kepada pemberhentian pekerja beramai-ramai, penutupan syarikat dan sebagainya, adakah ia bagus atau tidak pada kelangsungan hidup kita? ada baiknya ia dilaksanakan perlahan-lahan dengan kajian terperinci seperti menarik rambut dalam tepung.
Jadi kepada semua pekerja swasta, bersabarlah. PM kata, pelaksanaan kenaikan gaji minima sehingga RM 1500 sebulan itu akan dilaksanakan secara berperingkat selama 5 tahun ni. bukannya tak ada langsung. ada baiknya seperti aku cakap tadi, kita tarik rambut dalam tepung, kerja kita selamat, gaji kita naik walaupun ambil masa. lagipun dia kata dalam manifesto tu, menyamaratakan gaji antara semenanjung dan sabah sarawak seterusnya barulah dinaikkan gaji.
Ingat tu, kenaikan gaji swasta akan di kaji setiap dua tahun. tahun 2016 kali terakhir gaji minimum di naikkan. masih ada harapan tahun 2018 ni gaji minimum itu dinaikkan tetapi yang pasti tidak lah sampai RM 1500. kita tunggu dan lihat dan berdoa.
Pesanan akhir aku, kerja elok-elok. ni pungpangpungpang nak naik gaji tapi asyik layan fb, kutuk-kutuk kerajaan, mengelat sana sini. sama-sama kita bantu majikan tingkatkan produktiviti, keuntungan meningkat, kewangan syarikat stabil, bila-bila masa kerajaan umumkan kenaikan gaji, majikan terus zuppppp, “ok, esok semua akan dapat gaji minima RM 2000 sebulan.” Alhamdulillahhhhh.
– Doremon
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit