Kenal Dahulu Keluarganya

Assalamualaikum admin. Saya mohon sangat moga kisah saya ini disiarkan. Saya minta maaf jika isu mertua ipar ni dah cliche sangat namun percayalah masih ramai masyarakat kita menderita kerana ini. Saya graduate dari Universiti luar negara dan saya tidak pernah dengar rakan disana cerita mertua aniaya dorang, ipar dengki ke. Tapi kita sendiri sebagai orang islam kenapa gemar menyakiti?

Saya seorang yang sangat pentingkan hubungan keluarga dan salah satu faktor saya pilih husband saya kerana dia family oriented, baik dengan ibubapanya. Jadi bagi saya dia anak yg sangat baik dan boleh jadi suami yg baik juga. Alhamdulilah betul tekaan saya dia sangat bertanggungjawab pada saya. Cuma lama kelamaan saya perasan ipar dan mertua mula marah2 saya, memerli saya. Kadangkala benda tak masuk akal contoh husband saya tak call kakak dia pun ayah mertua akan marah saya kenapa tak remind husband saya. Saya abaikam je tapi makin lama makin melampau. Hingga memerli saya depan saudara mara ketika raya kerana saya masih tiada anak. Apa tu? Saya sabar lagi walau airmata dah menitik. Baru2 ni sempena hari ibu ayah mertua saya sengaja sakitkan hati saya dengan cakap dia bangga anak perempuan dia semua dah ada anak. Bukan macam orang tu.

Saya ni balik rumah dorang takde langsung bangun lewat, saya yang lintang pungkang kat dapur sedang anak2 dia yg lain tidur lagi. Kena suruh itu ini saya okay je. Tapi berterusan cari salah saya jadi stress sangat. Akhirnya saya disahkan menghidap anxiety disorder dan depression. Saya bertukar jadi manusia berbeza. Sering menangis, cakap sorang2, nak keluar rumah takut hingga saya terpaksa berhenti kerja. Disebabkan terlalu depress juga saya pernah keguguran. Bila saya berhenti kerja dituduh pula mengikis duit suami saya. Saya jumpa psikiatri dan Alhamdulilah selepas hampir 7bulan saya sudah boleh bangkit.

Tapi amat sedih saya sangka kan sudah berakhir episod mertua saya rupanya ada lagi. Saya ada sharing artikel berkenaan budi bahasa camtu more to general sharing secara tiba2 bapa mertua saya komen dan maki saya. Dia cakap saya tak sedar diri macam2 la. Kawan2 saya semua baca dan terkejut. Mereka tanya kenapa sampai macam tu? Saya cakap saya tak tahu apa. Tindakan dia seolah sengaja nak malukan dan aibkan saya tapi sebenarnya dia yg mengaibkan diri sendiri. Dia mengadu pada husband saya dan husband saya mengamuk tanpa usul periksa. Terus tak balik rumah dan marah2 saya. Saya jadi keliru. Apa salah saya? Bapak dia yg salah faham. Saya nekad takkan biarkan orang pijak lagi dan saya cakap pada husband, ikut you lah nak balik atau tak. Cakap pada bapak you sekali kau cuba nak aibkan orang sebenarnya Allah dah buka aib kau sendiri. Saya dah tak tahan sangat. Dia desak husband saya ceraikan saya dengan kata2 buruk dan husband saya hampir ceraikan saya kerana terlalu takut pada bapa nya.

Saya tak faham ada juga parent macam ni. Orang lain nasihat anak baik2 rumah tangga. Jangan gaduh sampai melarat tapi yang ni suruh anak cerai berai. Saya pun teringat dulu husband saya pernah berkahwin dan punca penceraian pun sebab family dia. Alhamdulilah kali ni dia boleh berfikir sikit Kalau nak ikut telunjuk mak bapak baik takyah kahwin. Yg baik kita ikut kalau tak, takkan nak ikut kan? Panjang lagi cerita tapi ruang tak cukup haha. Pesanan saya sebelum kahwin sila lihat dulu KELUARGANYA. Kerana peranan keluarga amat penting jika tidak jadi macam saya. Tak habis2 mertua masuk campur dan baru ni ayah mertua cakap pada suami, raya jangan bawa saya pijak rumah dia. Sorry saya pun dah tak hingin. Mak ayah saya hantar belajar tinggi bukan untuk bagi orang perbodohkan. Nak kita hormat diri kita, kita sendiri kena hormat orang.

– Zurin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit