Saya terpanggil untuk tulis confession ni sebab terbaca confession ‘Perkara Yang Perlu Difikirkan Sebelum Ambil STPM’ dan saya tak begitu setuju dengan apa yang diutara oleh cik/encik confessor. Disebabkan saya malas nak buat mukaddimah panjang-panjang saya akan ringkaskan semua benda yang confessor cakap dalam point form.
Kata confessor:
1. STPM ni susah sbb sistem STPM tu sendiri. Yang mengajar; cikgu, yang set soalan; MPM, yang tanda kertas soalan kadang2 lecturer universiti.
2. Bilangan guru yang xmencukupi lagi. Pernah kitorang satu sem x ada cikgu yang mengajar. Belajar sendiri.
3. Budak2 pandai semua dpt pergi matrik, asasi, diploma semua. Tapi budak2 yg dikira ‘kurang pandai’ ni lah yg dpt STPM kebanyakannya.
4. Pro dan kontra ambik STPM dan lain-lain (Matriks, Asasi, etc)
Jawapan saya:
1. STPM tu susah sebab sistem? Yang mengajar cikgu, yang set soalan MPM yang tanda soalan lecturer universiti? Seriously? Dari apa yang saya tahu yang menanda kertas tu cikgu form 6 juga, cumanya cikgu tu bukan cikgu yang mengajar korang. Dan let say, yang menanda tu lecturer university, dia orang takkan menanda kertas semberono aje. Dia orang akan tanda dengan merujuk skema jawapan.
Mcm SPM juga, cikgu STPM akan ada access skema jawapan semester lepas. Selalunya untuk semester seterusnya cikgu boleh buat forecast tentang soalan jenis macam mana yang mungkin akan keluar dan macam mana nak jawab soalan-soalan tu. Dulu waktu saya ambil form 6, cikgu bagi tips belajar dan set-set soalan ramalan yang mungkin keluar exam. Even saya sendiri contact kawan saya yang ambil form 6 dekat negeri lain untuk tukar-tukar set soalan peperiksaan dengan dia.
Selain tu kita boleh buat past semester punya soalan dengan beli buku kompilasi soalan STPM. Even buku soalan stpm yang tahun 2012 dan sebelum pun boleh guna untuk praktis, sebab silibus bukannya banyak beza, cuma sekarang ni dia orang dah pecah-pecahkan topik ikut semester, tak terus selambak macam stpm versi lama.
2. Bilangan cikgu tak cukup? Satu sem tak ada cikgu mengajar? Belajar sendiri? Erm, awak dengan kawan awak tak ada inisitif nak pergi kelas dekat luar ke? Sekarang ni banyak kot kelas tuition yang mengajar subjek STPM. Ataupun korang tak ada inisiatif sendiri nak try share nota dengan budak-budak sekolah form 6 yang lain.
Dan, bila korang tak ada cikgu, tak ada ke orang yang complaint management sekolah tentang benda tu? If korang dah report pada sekolah dan sekolah tak buat apa-apa tindakan susulan, kenapa tak suarakan ketidakpuasan hati korang pada pejabat pendidikan berdekatan? Dik, kekurangan cikgu bukan satu alasan untuk awak tak boleh score.
Subjek sains STPM ni mana boleh main belajar-belajar sendiri, kalau boleh belajar sendiri dan boleh score, better tak payah buat sekolah.
3. Budak-budak ‘kurang pandai’ selalunya dapat STPM? Well, saya tak nak argue tentang ‘pandai’ dan ‘kurang pandai’ sebab pada saya semua orang itu dilahirkan berkebolehan, cuma kebolehan setiap orang tu tak sama. Ada setengah orang, dikurniakan kelebihan dari segi akademik. Yang lain pula, kelebihan dia mungkin pada praktikal dan lain-lain.
Tapi biar saya tanya satu soalan, in the first place, ada orang paksa awak sambung belajar STPM ke? Kenapa awak pilih untuk ambil STPM, bila mana ada banyak lagi cara lain untuk sambung belajar lepas SPM. Kalau awak anggap ambil STPM ni tiket mudah untuk awak terus masuk degree, awak silap.
STPM is not easy, it doesn’t matter you are in science stream or art stream. Dan kalau awak belajar dekat tempat lain pun (matriks/asasi), masing-masing ada cabaran dia sendiri. Jangan suka-suka hati nak cakap tempat lain senang bila awak sendiri tak berada dekat tempat tu. The grass may look greener from the other side, tapi kita tak tahu apa yang orang dekat side sebelah tu rasa, sebab kita tak tempuh apa yang dia orang tempuhi.
Nasihat saya pada adik-adik yang baru dapat result SPM hari tu, kalau korang punya result untuk subjek sains waktu SPM tak bagus dan awak masih nak sambung bidang sains, saya cadangkan supaya jangan sambung STPM dan ambil aliran sains.
Sebab apa? Kalau subjek sains spm yang basic tu awak tak boleh nak handle, awak rasa awak mampu ke nak bawa subjek sains level advance dekat STPM? Okay, let say awak kata awak nak belajar semula basic stuffs waktu form4, form 5 dulu during your one and half years in form 6, seriously, awak rasa awak mampu ke nak cover semua benda sambil belajar silibus stpm?
Kesilapan terbesar ramai orang lepas SPM, ialah not knowing what they are capable off and truly good at. Saya bagi contoh diri sendirilah senang. Dulu lepas SPM, dah tahu result overall tak bagus, pergi gatal-gatal apply kursus farmasi dan kursus sains yang lain, end up memang tak dapat lah kan?
Nasib la sedar yang diri tu tak mampu bawa sains. Jadi saya end up terus tukar aliran. Bayangkan budak sains tulen yang langsung tak ada asas ekonomi/bisnes, masuk form 6 dan pergi ambil ekonomi dan bisnes. It was hard at first, tapi memandangkan saya fikir form 6 ni adalah peluang terakhir untuk sambung belajar dekat IPTA, saya paksa diri saya untuk belajar.
Dan usaha saya tak sia-sia bila mana saya dapat keputusan STPM yang okay dan dapat masuk UIA untuk belajar kos yang saya minat. Sekarang ni pun dah hampir tiga tahun grad dan tengah bekerja. It may not be a fancy job and I may not be working with a big company, but I am happy with the way I live now.
So, untuk advice supaya semua orang untuk tak ambil STPM (aliran sains), pada saya it’s not fair, sebab kebolehan setiap orang tak sama. Untuk tentukan hala tuju lepas SPM, kita tak boleh nak ikut kehendak diri tanpa nilai kebolehan kita. Sebaiknya, sebelum kita ambil keputusan untuk sambung pengajian dekat mana-mana, tak kiralah diploma ke a-level ke, stpm/stam ke, better kita consult dengan someone yang lebih berpengalaman (e.g saudara mara/adik beradik, parents ataupun kaunselor sekolah). Sebab once you made a bad decision, it may be effect your future.
– Ann
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit