Assalamualaikum warahmatullah. Menyusun 10 jari, sekadar luahan kerna diri ini sudah penat, tapi tetap memaksa untuk bertahan dalam ketakutan dan penuh harapan kepada ilahi.
Saya asalnya seorang duda anak 1 yang ditakdirNya berpisah selepas lebih 6 tahun kahwin kerna ketidak fahaman dan hakikatnya salah faham yang tak patut pun berpisah. Tapi syukur sudah lebih 3 tahun pisah dalam keadaan nafkah anak terjaga seperti di bentang.
Setelah sekian lama untuk melanjutkan usia tersisa memutuskan untuk berkahwin maka berkenalanlah saya dengan seorang gadis selama 4 bulan dengan cara direct conversation melalui restu kedua keluarga.
Dalam perbualan kami yang motif untuk berkahwin semata, maka banyak persoalan di bincangkan.
Antaranya perkara2 yang diri ini tahu akan kelemahan diri dan kekuatiran sifat2 pasangan yang pernah lalui sebelum ini agar tidak berlaku masalah2 besar yang tidak sefahaman yang boleh menjadi sebab berpisah.
Alhamdulillah bakal isteri waktu tersebut tiada sifat2 yang diri ini tidak begitu sesuai dan tidak mahir hadapi. Dari fizikal sehinggalah sifat atau perangai semuanya telah diluah dan bincangkan.
Kami setuju!
Maka sampai masanya kami menikah atas keputusan istikarah masing2.
Pendekkan cerita awal 9 bulan kahwin semuanya lancar seperti waktu perkenalan. Selepas tempoh tersebut mulalah 1 persatu sifat yang tidak disangka sangka terbit keluar.
Dan sehingga kini sudah 2 tahun makin banyak terkeluar, antaranya baran, emosi tidak stabil, pendam dendam, suka salah faham cakap kasar tiada hormat, dan tidak tahu tugasan isteri..
Dan paling sedih bandingkan layanan diri ini dengan pasangan dan juga anak terdahulu.
Diri ini sangat sensitif dengan kata2, tapi pasangan suka keluarkan kata2 yang menyentuh perasaan.
Sebenarnya isteri pun tidak tahu yang beliau ada sifat2 dan perangai tersebut. Benar diri ini percaya kata isteri yang tak pilih untuk jadi sebegitu rupa.
Sebagai suami perlu kuat dan bertangungjawab. Isteri kebelakangan ini pula jika ditegur melenting jika dibangkang melenting. Penat diri ini seumpama perkahwinan yang terdahulu malah lebih lagi keadaanya.
Mungkin dosa saya pada isteri terdahulu..
Isteri pula telah pun di diagnose masalah baran dan trauma parental abuse. Diri ini sangat down kecewa mendengarkan keputusan psychology tersebut.
Kerna itu adalah sifat yang paling diri ini lemah dan takut untuk hadapi sebagai lelaki egonya akan teruji bila di marahi di jerkah dll..
Kini diri ini pun dah beberapa kali tinggikan suara, mohon diam! Bila setiap kali teguran disapa dengan jawaban dan herdikan.
Isteri dikenali dan dikenalkan sebagai seorang yang lembut sabar dan rajin tapi disebaliknya. Kesian tapi diri ini akan cuba lagi dan lagi
Allahu… Ya benar ini dosaku pada anak dan isteri sebelum ini. Maka diri ini perlu mengadap. Cerai boleh tapi banyak kerosakan akan berlaku antaranya hubungan keluarga dan isteri yang sangat memerlukan diri ini dalam hidupnya.
Dikeranakan isteri perlu fokus untuk perbaiki emosi yang tak terkawal, maka banyak tangungjawab sebagai isteri terabai tapi diri ini cuba ambil alih setakat mampu.
Mohon doa dan nasihat.
Diri ini bukan pemarah tapi penat bila perlu ulang2 cakap dan setiap percakapan ada jawapan.
Sekarang seumpama hilang rasa cinta tapi teruskan jua. Kasihan itu lebih dari sayang. Isteri perlu masa diri ini faham dan cuba untuk tenang dan terima sehingga sampai masa pulihnya..
– Still Regret again (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sedih jugak bla bca confession ni.. bhagia yg diharapkn, tp ujian yg dtg pulak.. sbenarnya itu mmg ‘lumrah’ alam.. tp perkahwinan mngkin bole diselamatkn, jika kedua pihak ada usaha utk memperbaiki diri & keadaan.., jgn salahkn mne2 pihak, sebaliknya berusaha sedaya mngkin.. awk berdua kan dah ‘istiqorah’ sbelom ni, so mngkin inilah ujian nya sbelom nk capai ‘bahagia’ tu.. mngkin juga awk berdua diuji dgn “sihir pemisah”, sbb sbelom ni hubungan ok je kan.. pergi lah berubat dgn org2 yg pandai dan arif tentang perkara ini, dan pastikan pulih spt sediakala.. tunjukkn sikap yg baik, dan cari jln or cara nk ‘ambil hati’ istri tu.., mngkin ada perkara2 yg dia suka atau bawa bercuti ke mana2 ke.. mcmne susah pon, minta la pertolongan dari Allah SWT yg maha berkuasa.. bnyakkn solat tahajud, solat taubat n solat hajat.. mohon doa sungguh2 dgn Allah, dgn cucuran airmata.. usahakn lag, demi nk selamatkn r/tangga awk.. wallahu a’lam
Selepas 9 bulan berubah? Maksudnya selepas dia mengandung dan bersalin ke? Sebab tidak jelas keadaannya. Kadang seorang isteri berubah setelah pregnancy, saat setelah melahirkan ada postpartum depression dll. Apapun, moga dpt dirujuk kpd pakar.. Pasti ada something yg buat dia trigger. Cuma ubah diri sendiri terlebih dahulu, jadi lebih concern, berikannya hadiah, bawak dia jalan2 rehat2, belanja makan, kurangkan rasa penatnya..Moga Allah beri kemudahan dlm urusan.
Salam,
Sangat mengejutkan yer untuk sosok seorang lelaki yang gagal berkembang dengan baik melalui pengalaman yang dia ada. 6 tahun lama yer, tempoh untuk belajar banyak pekara dalam rumahtangga, jadi lebih teliti dalam sesuatu permasalahan, belajar cara selesaikan masalah, mana yang patut didahulukan, mana yang patut diabaikan. Kalau dalam bidang pekerjaan 6 tahun dah kira mahir dengan tugasan. Untuk ada 6 tahun pengalaman dalam rumahtangga terdahulu tanpa ilmu itu dijadikan panduan dan selok belok untuk masa depan ini sangat mengejutkan. Terlalu stagnant. Lepu. Stuck with old way.
Nampak seperti ada yang tak beres dengan diri anda. Habit lama anda masih kekal walaupun dah masuk perkahwinan baru. Lelaki berfungsi sebagai ketua dalam banyak pekara, seorang manager boleh kawal 100 pekerja, seorang general boleh kawal 1000 askar, seorang imam boleh kawal 10,000 makmum. Tak sempurna tak apa, tapi bawahan masih dalam kawalan. Jadi mengawal dengan baik nih adalah sifat semulajadi orang lelaki. Jadi jelas anda tak mampu kawal diri sendiri, itu punca anda gagal kawal rumahtangga dan isteri dengan baik. Low self control, too controlling or lose control. Ntah lah.
Kalau ketua berantakan, semua jadi berantakan. Kalau bapa tak beragama, dia tak boleh control anak perempuan dengan baik, jadi bohsia anak dia, auto mewujudkan masalah sosial. Kalau suami tak ada financial yang baik, dia tak boleh control isteri, isteri keluar bekerja jadi provider pulak. Auto wujudkan masalah rumahtangga. Jadi kalau wujud masalah kecelaruan mental pada perempuan, sebab apa, sebab suaminya tak ada apa. Nih anda yang boleh jawab, sebab anda ada dalam situasi nih. Huh apa punca, sebab suami tak ada apa.
Bayangkan anda perempuan, nak ke anda kahwin dengan diri anda. Sebagai perempuan tuh adakah anda akan auto sehat fizikal dan mental bila bersama anda. Sebagai perempuan adakah anda rasa bahagia hidup dengan diri anda. Bila anda membayangkan diri anda sebagai seorang perempuan dan anda tak pilih diri anda untuk jadi suami. Listkan kenapa, why if you’re a woman you won’t marry yourself. Apa kriteria yang buat anda elak diri anda. Listkan pekara tuh, contoh tak boleh beralah ke, suka lari dari masalah ke, terlalu kolot ke, takut dengan cabaran, tak suka belajar benda baru ke, tak penyabar ke. So senaraikan, jangan banyak banyak, 3 dulu cukup. Cari yang terpaling, TOP 3. BAIKI YANG ITU DULU.
Cara yang sama akan menghasilkan suasana yang sama. Pemikiran yang sama akan menghasilkan jalan cerita yang sama. Urus rumahtangga dengan cara lama, rumahtangga baru akan jadi sama macam rumahtangga lama. Di tegaskan disini jangan pernah membayangkan isteri baru umpama isteri lama, jangan. Itu maknanya anda bagi mata mata ain kat isteri, evil eyes. Syaitan nih jahat. Bila suami berhubungan badan dengan isteri baru dalam keadaan suami membayangkan isteri lama, bergurau senda dan feeling dia bergurau dengan isteri lama, syaitan akan serang isteri baru bertubi tubi. Rasa rumahtangga disihir. Nope. anda yang menjemput syaitan tanpa anda sedari. Jadi stop.
Larangan membentuk isteri baru macam isteri lama. Jangan paksa isteri baru masak lauk pauk sama macam isteri lama, isteri baru ada resepi sendiri, biar isteri nih bina menu baru untuk keluarga baru anda. Jangan paksa isteri baru dress up macam isteri lama. Belajar terima style isteri baru. Fed up dia asyik kena pakai shawl, padahal isteri fan bawal chiffon. Biar isteri baru dengan cara dia jangan bentak dia suruh ikut cara lama anda dengan isteri lama dulu. Fully cut off semua pekara dengan isteri lama, fully refresh dengan isteri baru. New rules, new decoration, new celebration.
Bila anda masih dengan cara lama, kahwin dengan mana mana perempuan pun, perkahwinan anda jalan cerita akan sama. Jadi jangan sekadar tukar isteri, tukar juga diri anda, habit anda, cara anda berfikir, cara menyelesaikan masalah, cara anda berkomunikasi, cara anda melayan, cara anda bertindak. Anda ketua, jadi pilih untuk jadi pemimpin yang baik. Jangan memimpin isteri dengan membabi buta, bahaya untuk rumahtangga. Cara anda dengan isteri lama tak menghasilkan bahagia, gagal total. Jadi buang cara lama tuh, dengan isteri baru guna cara baru. Kalau tak, mana mana perempuan yang bersama anda akan end up mental, because your old way of living activates a stress to any woman you’re with.
Pernah tanya dengan anak co worker, kenapa nak pergi school, umur dia baru 4.5 tahun, tak takut ke, dia jawab sebab ibu dia pilih school tuh, ibu dia good mom, mesti bagi dia school yang good. Kemudian dia kata nanty balik ibu dia ambil dia, tak biarkan dia kat school sorang sorang pun, sebab ibu dia sayang dia. 100% dia yakin dengan ibu dia. Nih dipanggil ASSURANCE. Sebagai suami apa assurance yang anda beri pada isteri sehingga isteri boleh tenang dalam rumahtangga dan yakin anda akan bersama dengan dia sehingga ke hari tua, ke akhir hayat inshallah. Jadi kalau sebagai suami, handphone pun ada password, nak bagi lokasi pun payah. Assurance apa yang anda nak bagi kat isteri, mindset apa yang anda nak isteri bina dalam rumahtangga. Mindset kacau bilau.
Budak 4 tahun kalau nak handphone ibu dia, ibu dia bagi jer. Tak berdolak dalih, nak berpassword bagai. Jadi minda budak kecik nih dah dibentuk elok, perbuatan ibu dia selari dengan percakapan. Jadi jangan tanya kenapa kanak kanak umur 4 tahun hidup lebih bahagia dari isteri anda yang dewasa. Jadi kepada para suami, mostly duda. Apa assurance yang anda beri pada isteri yang boleh buat dia rasa 100% tak tergugat dengan bekas isteri, dan dia rasa selamat & tenang jadi isteri anda. Apa assurance nya. Huh apa, to all husband, Y’all play with your wives mental, now you ask why they’re mental. Don’t creates a problem you can’t solves.
Tutup salam.
Such an amazing answer. hopefully confessor baca lah jawapan ni.