Kenalan Pertama

Assalamualaikum. Terima kasih kalau cerita ini disiarkan, harap2 dapat info berguna dan membantu serba sedikit daripada komen2 pembaca semua.

Saya girl umur 28 sudah berkerja alhamdullilah. Saya hendak bertanya, memintak bantuan, tip-tips berkenaan kenalan step by step ke next step cari jodoh. Saya belum lagi sampai umur lanjut sangat, dan tidak tergesa2 mencari.

Saya belum pernah ada pergalaman ada bf atau serius dalam chat macam bercinta atau keluar berdua bersama lelaki.

Bukan kerana saya baik alim saya jenis biasa2 sahaja solat tetap solat itu tanggungjawab dan wajib, bukan solat 5 waktu tanda baik.

Mungkin sebab saya gemuruh sikit, mudah awkward, dan tidak selesa dalam situasi macam ni buat saya kurang kenalan lain jantina kalau sekarang orang panggil introvert kot.

Pendapat luar yang saya terima dari makcik2 bawang dan adik beradik bila difikir2 ada betulnya juga, umur saya sekarang perlu slow2 mencari yang serius.

Umur juga belum lanjut dan masih boleh tenang berkenalan dengan semua dan tidak dalam tergesa2 membuat pilihan.

Saya ada join app dating dalam FB ni, saya just buat profile masukan gambar saya dan saya biarkan. Terima mana berkenan yang like saya, buat masa ni belum ada yang saya like orang.

Bila saya pun dah like orang tu juga, mula la start chatting dan berkenalan. Kenalan tuh ajak jumpa, saya rasa elok juga la berjumpa saya pun tak berminat sangat nak chat lama2 tanpa tujuan.

Disini saya nak mintak tips cara2 mengenal orang itu macam mana, cara nak hilangkan rasa gugup atau janggal semasa berjumpa, tempat dan waktu sesuai berjumpa.

Fasa2 ni saya belum pernah lalui, berkenalan jumpa depan2. Saya tahu saya perlu lalui juga satu hari nanti mungkin waktu ni saya perlu hadap. Sampai bila nak takut jumpa orang, cuma hendak tangani rasa gugup tuh susah untuk.

Saya malu, bila gugup dan tak selesa tuh kalau ada dalam diri saya sahaja tak apala.

Kalau dalam situasi macam ni awkward ini diluar kawalan. Tangan saya paling ketara, jadi mengigil terasa malu sangat kalau orang perasan siap tegur lagi.

Dalam situasi ni kebiasaan saya akan pendekn perbualan dan pergi terus supaya orang tak nampak kekurangan diri saya dan orang tuh cop saya sombong..

Jadi macam mana saya nak hadap sewaktu berjumpa dengan kenalan ni terasa sangat tak selesa macam nak masa itu berlalu dengan cepat tapi perlu hadap juga.

Mintak cadangan bernas dan pengalaman dari pembaca yang murni dan baik hati, berkenaan perjumpaan pertama apa perlu di bualkn, segala tips2 dari yang besar atau yang sekecil pun silakan.

Mungkin bab cara pemakaian pun jadi isu, boleh jadi. Kot2 jumpa pertama kali pakai heel tinggi nau susah juga. Apa yang kita pula perlu lihat pada dia, sifat baik ke buruk. garang or tidak penyabar. HOW!!!

Thanks <3

– PONTINI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *