Kenali Bangsa Lain

Assalamualaikum,

Kalau baca berdasarkan tajuk, korang akan faham saya akan story pasal bangsa. Setiap bangsa mempunyai keunikan tersendiri. Di Malaysia yang kita tahu, Melayu, Cina dan India.3 yang ini yang selalu disebut dan diketahui ramai… Di Sabah dan Sarawak pun ada pelbagai etnik. Tetapi malangnya, di Malaysia ini rata-ratanya kalau sebut Islam, ialah Melayu. Kemudian kita sibuk laungkan 1 Malaysia.Walhal kita faham 1 Malaysia tu yang itu je 3 yang utama tadi.

Kadang2 bila saya mengomen sesuatu perkara, berdasarkan nama sebenar saya, kebanyakkan orang melayu ini suka mengutuk. Mereka berbicara tiada ilmu. Orang sebut 1 Malaysia,dia sebut 1 Malaysia. Jadi selalu komen yang kita orang ini,kalau tengok nama, diaorang cakap,keling dan mamak. Korang tau tak apa itu keling? Apa itu mamak? Apa itu sikh? Kadang2 saya reply sebegini rupa kepada mereka, “Minta maaf fulan bin si fulan (berdasarkan nama fb dia), kalau tiada ilmu jangan berbicara.. Ketahui dulu apa itu mamak, apa itu hindustani, apa itu pakistani. Kalau dah tahu baru mulakan bicara. Jangan tunjuk kebodohan diri dengan komen anda dengan mengketawakan orang atau memerli orang”.

First,saya terangkan saya ini hindustani. Hindustani ni boleh cakap bahasa hindustan / urdu.. Di malaysia ramai sangat orang hindustani ni..dari utara ke selatan memang ada.. Kami bukan pendatang.. Memang kami lahir di sini dan mempunyai IC serta warganegara Malaysia. Nenek moyang kami memang dari India…itu tidak saya nafikan. Kebanyakkan orang hindustani ni atau pakistani ada nama KHAN, dan ada yang tiada nama khan. Itu berdasarkan keturunan mereka sendiri. Kalau di Malaysia sendiri ada Sharifah dan Syed, kami pun ada. KHAN dan KHANAM. Bermakna tak boleh suka-suka hati letak la. Contohnya, seorang perempuan hindustani berkahwin dengan lelaki melayu, tidak boleh letakkan nama KHAN pada nama anaknya. Tetapi kalau lelaki hindustani berkahwin dengan perempuan melayu, boleh letak nama KHAN pada nama anaknya. Ya,saya tidak nafikan manusia pada mata Allah semuanya sama sahaja..tiada beza. Cuma saya ceritakan ini supaya kita tahu sedikit sebanyak tentang bangsa lain yang ada di Malaysia.

Mamak pula, diaorang pun lebih kurang hindustani juga..nenek moyang kebanyakkan dari India..Yang hindustani ini banyak dari India Utara.. Yang Mamak ni banyak belah selatan India, contoh Tamil Nadu. Bahasa mereka ialah tamil… So bila dengar diaorang cakap tamil,jangan la terus cop ini India atau hindu… Mulut kita kadang tak tau jaga. Sebut ikut suka hati. Senang cerita, kalau di kedai mamak la, pekerja dia cakap tamil, tak tahu cakap melayu. tak semestianya dia India.. Cuba tanya dulu nama dia, Mungkin dia baru datang dari negara dia dan bekerja di sini… Jangan kerana warna kulit mereka agak gelap dari kita, kita cop yang bukan-bukan.

Pakistani pula, kebanyakkan dari Pakistan. Bahasa diaorang ialah Pashto.. Tetapi mereka ini ada yang boleh cakap urdu.. Pashto dan bahasa urdu ni berbeza. Macam saya sendiri tak faham bahasa Pashto ini. Cakap mereka sangat laju. Kebanyakkan mereka ini datang sini dari pakistan. Kahwin di sesama bangsa diaorang.. Sanggup terbang ke pakistan untuk berkahwin di negara diaorang terutama family yang masih ada di sana lagi.. Macam kawan saya sendiri, ibu dan bapanya orang pakistan, dia pun orang sana, tapi tinggal di malaysia sudah lama.. Belajar sekolah sini,tetapi balik pakistan berkahwin di sana. Ibunya meninggal di Malaysia, di bawa balik jenazah ibunya ke tanah airnya, Pakistan.Dikebumikan di sana. Ada juga yang tidak kisah berkahwin sesama pakistan di Malaysia dan dikebumikan di sini.

Ketiga-tiga yang sebutkan tadi, semuanya adalah Islam. Bukan hanya orang melayu sahaja Islam di Malaysia. Jangan kita berbangga kita di malaysia ni kita Islam, walhal Islam kita hanya pada IC sahaja. Banyak kawan-kawan saya sering buat status, tak kira la mamak ke hindustani ke pakistani ke…selalu status mereka status marah dek kerana orang malaysia ini suka cakap menyakitkan hati. Contoh, kawan saya pakai tudung,ditanya awak tidak sambut deepavali? Lain, kalau ada yang komen,awak ni keling eh? Awak anak mami? Awak tak pakai sari? bab sari dengan punjabi suit pun diaorang tak tau beza. Orang Mamak,kebanyakkan suka pakai sari. cuba pergi wedding diaorang..diaorang 80% pakai sari.sari tu tak nampak perut..ada yang pakai sari siap bertudung. Yang hindustani dan pakistani ni suka pakai punjabi suit. tak kira la anarkali ke,mastani ke..

Bab beraya sama la macam orang melayu.dah nama pun Islam kan..cuma juadah tu berbeza la sikit… melayu suka ketupat,rendang dan lemang. Mamak ni, ada yang suka makan tosai, idli pagi raya. Hindustani dan pakistani ni suka makan capati,puri, benda manisan.. dia ikut atas cita rasa family masing2..ada yang family mamak masak biryani pun ada…itu tidak bermakna kita tak makan ketupat lemang semua. makan je.. Hindustani, mamak dan pakistani ni menu diaorang lebih kurang sama ja la.. makanan india / pakistan.. cuma beza style jer..style tamil nadu,style hyderbadi…

Last sekali, saya tak cakap kitaorang ini bagus belaka..atau bangga dengan bangsa dan keturunan kitaorang. cuma nak bagitahu, kenallah dengan mendalam lagi. jangan keluarkan kata-kata menyakitkan hati orang lain. Asal tak puas hati, “ko balik la negara ko”.. balik negara ko tu utk apa? kalau dipatah balikkan semula ayat itu kepada dia, agaknya dia suka tak? ye la, keturunan dia pun mesti ada punya campuran mana2..siam ke, jawa ke, bugis ke..so jangan la cakap ikut sedap mulut.dulu cikgu sejarah saya cakap masa tingkatan 4..dia cakap dekat 1 kelas..”awak tau tak orang melayu yang sebenar tu sapa?” semua tak tahu jawab. Dia cakap “awak-awak semua tengok tak orang asli yang tinggal dalam hutan tu..itu orang melayu yang sebenar”. baru saya tahu..saya pun tak pasti korang tahu ke tak.sbb pernah saya cakap benda ini dekat FB sy apa cikgu saya cakap tuh.. ada yang marah,keluarkan segala isi kandungan blog…so saya cakap berdasarkan apa yang cikgu saya cakap je.. Bab sikh tu, selalunya mereka ni bukan Islam. mereka selalu ke rumah ibadat mereka iaitu gudwara.. nama belakang mereka selalunya ada singh atau kaur…

Apa pun saya minta maaf kalau ada salah dan silap saya ketika buat confessions ni..niat saya hanya untuk mengelakkan salah faham yang selalu berlaku dan tujuan saya adalah untuk kita semua memahami dan mengenali bangsa lain.. Kepada orang mamak, pakistani, dan hindustani, kalau ada terkurang atau terlebih saya minta maaf..saya cakap berdasarkan apa saya lalui,dan lihat.. terima kasih.. salam sayang dari saya.. (“,)

– Miss Hindustani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit