Kenali Individu ‘Red Flag’

Dikenali sebagai Sarah, seorang pelajar ipta. Apa yang saya ceritakan di sini semuanya adalah dari pengalaman saya sendiri. Kisah ini berlaku pada tahun 2019.

Sejujurnya saya ni tak ramai kawan in real life. Saya juga bukan jenis friendly sangat. Masa saya banyak habiskan dengan social media je.

Saya akui bila tak ramai kawan ni, memang sendu. Tiada boyfriend pula tu. So, start dari tu saya mula aktif dalam app WECHAT.

Dari situ, saya mula berkenalan dengan seorang lelaki bernama Fa (bukan nama sebenar) dan semakin rancak berborak dan plan untuk bertemu.

Beberapa hari lepas tu, kami pun jumpa. Fa pick up saya dengan menaiki sebuah kereta. Masuk je dalam kereta dia, pada mulanya saya ingatkan saya salah kereta. Dua tiga kali juga saya tenung muka dia takut salah orang juga.

Saya pun buka la app Wechat tu tengok profile picture dia memang berbeza sangat dengan orangnya yang sebenar. Fa mengaku dia hanya pakai gambar orang lain untuk dijadikan sebagai profile picture.

Ini adalah penipuan pertama yang si Fa tipu saya tapi saya tidak anggap ianya sebagai satu masalah besar kerana saya menganggap mungkin dia tidak ada confident.

Saya akui Fa ni pada awal perkenalan kami, dia sangat mengutamakan saya. Saya suka layanan dia terhadap saya. Tidak pernah berkira dan suka memanjakan saya.

Sampailah satu hari tu, Fa mengatakan bahawa dia berkenan dengan saya dah ingin saya menjadi teman wanitanya.

Saya masa tu tak fikir panjang pun, terus setuju. Ramai orang kata saya ni tak sesuai dengan Fa kerana Fa ni langsung tak ada rupa yang menarik, muka nampak tua.

Kawan kawan saya agak terkejut bila mereka pertama kali melihat Fa “Itu ke boyfriend kau Sarah?

Umur dia berapa? Asal nampak tua?”. Saya hanya senyum dan berkata “He is 27″.

Semuanya indah pada mulanya. Sehinggalah Fa mula tunjuk belangnya dan saya semakin meluat dengannya tetapi saya sabar kerana sayang.

Fa mula layan saya seperti sampah tiada harga dan dia buat saya macam orang gaji dia yang tidak berbayar.

Antara benda yang buat saya meluat dengan Fa bila dia dengan angkuhnya memaki hamun orang dan berkata “Berani nak saman aku? Aku ni Tengku lah”.

Dia ni macam acah je padahal nama dia tiada Tengku pun. Konon mahu tunjuk yang dia ni asal kerabat diraja. Saya sendiri dah tengok nama penuh dia dalam surat formal kerja dia. Ini adalah penipuan keduanya.

Penipuan ketiganya adalah bila dia kata umur dia 27 tapi sebenarnya dia ni berumur 37.

Adakah saya ni terlalu bodoh kerana asyik berfikiran positive je. Atau buta kerana cinta? Saya tak tahu kenapa dia sanggup menipu even tentang umur sendiri pun.

Saya dilayan seperti orang gaji tidak berbayar. Dia punya malas tahap pengotor. Dia asyik suruh saya bersihkan kereta dia.

Bila saya enggan lakukannya, dia kata saya ni tak berguna dan langsung tidak boleh diharap. Even keluarkan duit sendiri dari mesin atm pun suruh saya yang keluarkan untuknya.

Saya boleh katakan Fa ni tak pandai berbahasa inggeris. Dia minta saya ajar dia bahasa inggeris tapi semua yang dia mintak diajar adalah perkataan yang kurang sopan dan mencarut.

Sampailah saya dicarutnya menggunakan bahasa inggeris. Kemudian, dia mula gunakan bahasa inggeris yang melucah kepada saya.

Seriously, saya dah bosan dengan perangai dia yang macam tu. Tapi, saya masih bertahan.

Kemudian, Fa pernah berkata kepada saya sewaktu dihadapan kawan kawan saya Aida, Hana dan Sheera “You pakai apa pun, you tetap nampak buruklah”.

Saya hanya diam. Malas nak balas balik kerana perangai si Fa ni kalau dia buat orang boleh, orang buat dia tak boleh.

Si Fa ni pernah block saya kerana dia minta saya pakai gambar dia sebagai display picture whatsapp dia tetapi saya pakai tidak sampai seminggu kemudian saya buang.

Dia kata saya ni tidak sayang padanya. Bila saya suruh dia pakai gambar saya untuk dijadikan display picture pasa whatsapp, dia enggan malah ignore je saya.

Saya dah banyak kali diblock oleh Fa kerana masalah kecil je. Nanti saya sambung lagi.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *