Kenali Pemikiran Si T*xic

Salam sejahtera semua,

Di sini, saya ingin berkongsi tentang cara mengenali Si T*xic. Semoga pembaca dapat manfaat dan dengan mudah dapat mengawal diri apabila berhadapan dengan Si T*xic.

Si T*xic mempunyai suatu perangai yang pelik, yang kebanyakan orang mahu menjauhi mereka.

Mereka umpama membawa satu penyakit berjangkit sehingga boleh menyebarkan sikap negatif kepada orang orang sekeliling.

Si T*xic ada di mana- mana, tempat kerja, di rumah, di kawasan awam. Untuk persediaan mengenali Si T*xic ini, perlu untuk mengetahui karakter atau perangai mereka dengan bahasa mudah.

1) Suka gossip.

2) Tidak boleh kawal emosi.

3) Pandai manipulasi.

4) Suka merungut.

5) Suka bicara palsu atau cerita yang sekerat-kerat.

6) Suka memperlekehkan orang lain hanya untuk rasa lebih baik.

7) Berpura-pura baik.

8) Tidak suka mendengar tetapi hanya suka didengar.

9) Suka membuat mimik muka apabila ada orang berkongsi kegembiraan.

Apabila berhadapan dengan Si T*xic, kadang kadang Kita tidak diberi peluang membela diri apabila difitnah, dituduh dengan pelbagai tohmahan.

Akhirnya perasaan yang terbuku di dalam hati diterjemahkan di dalam aduan kepada Yang Esa.

Kita telah banyak membaca luahan hati yang sedih pilu dengan apa yang dialami.

Mungkin akibat dari pengalaman itu, kita menjadi orang yang lebih sabar, lebih fokus, lebih penyayang dan secara keseluruhan menjadi orang yang lebih positif.

Secara rasionalnya, bagaimana perlu hadapi situasi begini? Jika Kita tidak mampu mengubah Si T*xic, kita perlu mengubah pandangan kita.

Kenalilah cara mereka berfikir dahulu sebelum kita mahu berasa sedih atau marah. Silap-silap kita simpati pula dengan mereka.

Setiap manusia memiliki mempunyai kapasiti yang berbeza-beza. Di sekeliling ini terdapat pelbagai jenis informasi jadi terpulang dengan keupayaan seseorang untuk menyerap informasi tersebut.

Proses penyerapan informasi ke dalam minda itu juga harus melalui beberapa tapisan. Ada informasi dicampur aduk, dipadamkan dan digeneralisasikan.

Informasi akhir itu akan jadi persepsi untuk menjadi asas kata-kata mereka kelakuan dan akhirnya menjadi habit atau perangai.

Apabila seseorang yang suka merungut atau berkata-kata negatif, maka segala informasi yang masuk terus di proses akan menjadi negatif. Jika positif juga akan diterjemahkan menjadi negatif.

Ini kerana otak mereka telah dilatih berfikir begitu.

Lalu keluarlah segala benda negatif dari lidahnya. Ini adalah rutin pemikiran Si T*xic Yang telah menjadi habit berfikir. Dalam hal ini di sebut, ‘Kesalahan Berfikir atau Thinking Fallacy’.

Dan Apabila lidah itu selalu berkata perkara negatif, akibatnya dia sedang menarik perkara-perkara yang negatif untuk berlaku terhadap dirinya….

Adakah anda marah atau simpati kepada mereka? Pernah tak jumpa orang begini perangainya? Adakah mereka orang-orang terdekat dengan anda?

– Quantum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *