Kenangan 4 Tahun Lepas

Aku Lea (Bukan Nama Sebenar) berusia awal 30-an. Masih bujang dan hampir 4 tahun aku tak pernah berkenalan serius dengan mana-mana lelaki. Aku juga ada keinginan untuk berkeluarga, tapi aku seperti putus asa setelah beberapa kali gagal dalam percintaan.

Aku mulakan kisah aku ini.. bermula dengan setelah aku tamat Diploma di sebuah Universiti Awam. Aku bekerja sebagai kerani kedai komputer di bandar berhampiran dengan rumah aku sementara menunggu graduasi.

Gaji aku hanya kecil tapi aku ok sahaja dapat bekerja berdekatan tempat tinggal.

Selesai sahaja graduasi dan mengenggam diploma dengan CGPA yang tak seberapa, aku masih tinggal di rumah ibu dan bapa dan berkerja di tempat lama tapi aku tetap mencari kerja lain,

SPA juga aku mohon dan pernah juga dipanggil temuduga tapi tiada rezeki (mungkin tiada kabel) ..

Ibu bapa aku tak pernah mendesak aku untuk segera cari kerja yang bergaji tinggi tapi angah (abang kedua) kerap bising dan mendesak aku segera cari kerja yang bergaji tinggi “apa guna kau ada diploma tapi kerja macam ni” . Ini yang kerap dibebel pada aku.

Aku ambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur kerana aku seperti penat nak menghadap bebelan Angah setiap kali dia pulang ke kampung.

Oh ya, Angah seorang “engineer” dalam golongon M40 dan sudah berkeluarga, menetap di bandar yang berhampiran dengan kampung ibu bapa.

Angah ini anak yang baik, dia kerap pulang ke kampung melawat dan beri duit belanja pada ibu bapa.

Di kuala Lumpur aku menyewa bilik bersama seorang kawan semasa Diploma (Nur). Kami tetap mencari kerja yang sesuai dengan bidang kami, tapi agak sukar dengan CGPA yang rendah, ditambah personaliti yang agak tidak terbuka.

Akhirnya setelah beberapa kali berusaha Nur mendapat kerja kontrak kerajaan atas bantuan Yus (Teman lelaki) hampir setahun di Kuala Lumpur, Nur beritahu dia akan berkahwin dan berpindah ke Putrajaya setelah habis kontrak.

Aku berpindah dan menyewa di rumah kawan sekerja. Di sini aku belajar erti bebas dari seorang yang bertudung aku mula belajar “on off free hair”.

Aku diajar menjejakkan kaki ke club malam untuk melihat suasana, dan tak lagi kesana, aku tak berminat dengan suasana sesak, berhimpit menari. Bukan dunia aku.

Tapi aku mula selesa tidak bertudung, aku tak pernah post gambar aku tidak bertudung di fb, tapi kawan aku ada tag aku di gambar dia.. Melihat penampilan aku yang seperti itu, angah terus mesej aku marah-marah.

Nur juga ada mesej aku bertanya kenapa aku tidak bertudung lagi, Nur betul kecewa dengan aku, kami tidak lagi berhubung selepas kejadian tu.

Aku ambil untuk bertukar kerja dan kini berkerja sebagai admin di sebuah syarikat yang besar dan mempunyai banyak cawangan di Malaysia.

Di sini aku menjadi tumpuan ramai, dengan wajah yang sedikit “chinese look”. Berat aku 45kg, ramai menyangka aku sabahan, sedangkan aku berasal pantai timur.

Setiap kali waktu makan tengahari ada sahaja manager dari lain-lain deparment ajak keluar makan. Aku ikutkan sahaja sebab fikir boleh jimat. Sampai satu hari aku digosip kan dengan salah sorang manager yang berstatus suami orang, dan aku mulai jaga batas pergaulan.

Tak lama aku berkerja di syarikat ini, aku berjumpa Am (bukan nama sebenar). Am orang nya tinggi, putih dan berasal dari kelantan. Am datang untuk untuk temuduga kerja dan aku memaklumkan kepada kakak HR.

Am diterima kerja. Sebagai pekerja baru Am kerap ke pejabat HR, Am akan berbual dengan aku. Meja aku diluar bilik HR. Dari situ kami mula bertukar nombor telefon dan berkawan. Akhirnya, kami bercinta secara diam-diam sahaja.

Baru beberapa bulan aku bercinta dengan Am, Am dah berubah. Aku tak dapat hubungi Am beberapa hari, aku murung & menangis.

Sewaktu pulang kerja dan berjalan ke tempat menunggu teksi, dari jauh aku terlihat lelaki seakan Am di cafe berhampiran dengan seorang gadis,

Dari pakaian gadis tu seperti salah sorang pekerja di tempat aku bekerja (syarikat aku berkerja besar, dan aku bekerja di pejabat utama) jadi aku tak kenal semua pekerja di bahagian production atau bahagian lain.

Aku hubungi Am tapi tidak berangkat. Aku biarkan sahaja dia, aku terus menaiki teksi.

Malam nya aku menangis sendiri di bilik. Aku kirim mesej bertalu talu pada Am. Dia hubungi aku, ajak berjumpa. Dia jelaskan dia runsing, dia memang ada berkawan dengan perempuan lain (Ana). Dia tidak tahu Ana sudah bertunang.

Tunangan Ana bersama kawan-kawan datang serang Am ketika Am keluar berdua dengan Ana. Dan sekarang Ana dah putus Tunang, keluarga Ana suruh Am bertanggujawab atas perkara itu, Am minta aku lupakan dia, dan anggap dia seperti kawan saja.

Aku tak dapat menahan perasaan sedih marah, dan kecewa. Perasaan yang tak pernah aku alami sebelum ini, “putus cinta”. Tapi memang betul aku makan tak lalu, tidur tak lena, sedih pikir…

Aku tak mampu nak teruskan bekerja disitu. Aku cerita pada kakak aku di Johor bahru. Dan kakak suruh aku datang ke Johor tinggal bersama dia dan abang ipar.

Di Johor, aku lebih memilih untuk tidak terlalu bersosial, aku bertudung kembali. Aku berkerja di syarikat yang sesuai dengan bidang diploma aku.

Aku berkenalan dengan Radzi di aplikasi Wicat. setelah lama hanya berhubung melalui whatsapp, Radzi mengajak berjumpa. Setelah perjumpaan pertama, Radzi dan aku mula bercinta.

Aku kenalkan Radzi pada kakak ku, Radzi berkerja di Singapura tapi menetap di Johor bahru. Radzi seorang yang sangat bertanggungjawab. Kalau hari cuti dia akan hantar dan ambil aku dari tempat kerja. Aku masih belum ada kenderaan sendiri.

Radzi juga ada perkenalkan aku pada keluarga dia. Radzi menyatakan ingin merisik aku, dia dan keluarga ke kampung aku di pahang, rasa bahagia sangat aku sampai ketahap ini dengan Radzi.

Tapi langit tak selalu cerah, pertunangan yang dah dirancang musnah. Radzi di berhentikan kerja di Singapura. Dia mula bekerja technician sebuah kilang di Johor. Kilang kan, ramai gadis baru lepas belajar dari seluruh pelusuk negeri ada.

Nak dijadikan cerita, baru 2 bulan dia bekerja kantoi di fb, seorang perempuan post di status dengan ayat berbunga tag Radzi. aKu terus stalk fb perempuan tu. Orang utara, putih, agak chubby tapi hidung mancung dan berwajah manis. Masih muda usia dia.

Aku tanya Radzi berkenan ini, Radzi cuba menafikan, dan berkata hanya seperti adik angkat. Aku tidak diam, aku mesej fb perempuan tu. Perempuan tu cakap aku bekas kekasih Radzi yang meroyan nak kan Radzi. Aku ambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan Radzi.

Radzi cuba pujuk aku, dia nak kami teruskan juga pertunangan sebab persiapan dah hampir siap. Dia tanya pada aku, kalau dia tinggalkan perempuan tu, aku boleh maafkan dan terima dia semula tak?

Tapi hati aku dah kecewa sangat bila dia cakap pada perempuan tu aku cuma bekas kekasih. Aku tekad untuk tak kan terima dia lagi. Aku cuma doakan dia bahagia.

Aku kuatkan hati dan lupakan dia. Seminggu selepas aku putus cinta, aku mendapat pesanan whatsapp dari Radzi, dia menyata dia kemalangan ketika balik dari kerja. Aku stalk fb perempuan tu, ya Radzi kemalangan, dia ada post selfie di hospital dengan muka sedih.

Oh ya, Mak Radzi ada juga hubungi aku bertanya tentang anaknya. Aku berterus terang, aku dan Radzi dah tiada apa-apa hubungan. Mesti keluarga dia anggap aku paling kejam, tak jenguk Radzi.

Selepas Radzi pulih, aku dapat tahu Radzi akan bertunang. Aku tahu dari fb adiknya. Aku tak tahu kenapa aku hubungi Radzi, marah-marah dia. Radzi cuma jelaskan, mak dia yang nak dia bertunang dengan gadis utara tu.

Selepas kejadian tu, aku tekad blok semua nombor dan fb keluarga Radzi. Aku nak focuskan pada diri aku sahaja selepas itu.

Aku mula belajar hidup tanpa berkenalan dengan lelaki, aku mula berdikari sendiri, memandu sendiri. Hidup aku sekarang hanya ada aku dah keluarga aku.

Masih ada yang nak berkenalan. Tapi aku berterus terang sahaja, aku tak berminat nak melalui fasa bercinta. Kalau betul serius terus jumpa keluarga sahaja. Doakan aku bertemu jodoh yang ikhlas terima aku.

Sebelum aku akhiri tulisan ini, sebenarnya aku baru balik bercuti di Utara baru baru ini. Dan tak disangka Radzi sekarang dah menetap di utara. Aku terserempak dengan dia sedang jaga kedai di sana.

Dan aku pastikan dengan pekerja di sana, itu memang Radzi, bukan pelanduk dua serupa. Aku larikan diri, dan taknak ganggu suami orang. Aku hanya doakan dia bahagia bersama keluarga dia di Utara sana.. :)

– Lea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *