Kenangan Bersama Akak

Assalamualaikum . Terima kasih admin kerana approve confession aku . Nama aku Uwais dan berumur 18 tahun . Aku ada 6 adik beradik . 3 laki dan 3 perempuan pada asalnya . Tapi 2 daripada mereka dah meninggal dunia . Dua dua perempuan . Sorang adik aku dan sorang kakak aku . Adik aku meninggal dunia 10 tahun yang lepas . Arwah ni meninggal pada umur 4 tahun disebabkan demam panas . Kakak aku pulak meninggal 7 bulan yang lepas bersama 2 sepupu aku . mereka meninggal disebabkan lemas ketika mandi di Lata Chakah , Terengganu . Kakak aku ni pelajar medic di salah sebuah universiti di Mesir .

Sepanjang aku kenal kakak aku ni , arwah ni memang terlalu baik orangnya . seorang yang tabah , berani dan of course dia ni friendly orangnya . Kalau adik beradik aku , sepupu aku , kawan2 dia ada masalah , kakak akulah yang jadi tempat kami mengadu . Dia akan dengar segala masalah orang lain . Dia xtunjuk kelemahan dia kat orang lain walaupun dia banyak masalah diri dia . Dari kecil lagi , dia bercita cita nak jadi doktor . So , lepas spm dia terus masuk asasi sains dekat uitm Puncak Alam .

Selepas tamat asasi , dia terus mintak dengan mak dan ayah aku untuk pergi sambung blaja dekat Mesir . and of course mak ayah aku excited nk hantar dia untuk sambung ciita2 dia . So , ditakdirkan dia dapat sambung pelajaran dia kat Alexandria , Egypt . Alhamdulillah dia dapat survive kat sana dengan bantuan kawan2 seperjuangan dia , senior2 dia . Kakak ni seorang pencinta ilmu agama . alang2 dah blaja kat sana , bolehlah dia terokai ilmu agama jugak .

Aku nk skip cerita ni smpai la kat part dia pulang ke Malaysia . Pada awalnya , dia terbelah bahagi jugak nk balik Malaysia . Jadi mak aku ckap kalau pulang Malaysia tu lebih baik , maka Allah akan permudahkan segalanya . Kerinduan kami adik bradik menebal padanya . Jadi aku dapat satu idea untuk memujuk dia pulang ke Malaysia . Aku guna phone mak aku and aku whatapps dia pasal tiket flight . aku yang berlakon jadi mak aku pujuk dia dan hati dia pun mesti serba salah kan kalau xpulang . hahah . jadi dia pun beli tiket .

Sampai sahaja di rumah , arwah kakak ni dilayan seperti puteri oleh kami . Kami peluk dia dengan penuh kasih sayang . sampai skarang aku boleh rasa pelukannya . Kami akan berbual dengannya sampai larut malam , kongsi pengalaman dia .

Satu hari , arwah kakak teringin sangat nk mandi air terjun . so , dia tanyalah kak ngah (kakak aku jgak ) , kak irah (sepupu aku) . Mereka suggest air terjun dkat umh mak saudara aku kat Terengganu . Diorang jugak ajk 2 lagi sepupu aku (kak yah , kak ada ) untuk ke Terengganu . Kiranya trip ke Terengganu la ni . Mereka bermalam di rumah mak saudara . so keesokan harinya mereka pergi ke air terjun bersama mak dan ayah saudara aku

Keesokan harinya , aku ke sekolah seperti biasa . Sampai la pukul 1:30 petang , ada junior ni panggil aku dan cakap mak aku datang . Hati aku dah xsedap . And bila sampai dekat mak aku , aku tgok mak aku nangis teresak esak . Aku tanya mak aku kenapa nangis . Mak aku cakap kakak aku and the gang lemas dekat air terjun . Ya Allah masa tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu . Luluh hati aku mendengar khabar . ditambah lagi dengan berita kematian kak yah dan keadaan kakak aku dan kak irah yang kritikal . Sebak kami hanya Allah yang boleh rasa . Tapi alhamdulillah kak ngah dan kakada terselamat . kakak dan kak irah dibawa ke hospital Setiu untuk rawatan lanjut . Kami bergegas ke hospital . Dalam perjalanan ke hospital , doktor telah mengesahkan bahawa kak irah telah kembali ke rahmatullah .

Ketika itu , aku hanya berda supaya kakak selamat . sesampai kami di hospital , aku terus bergegas ke tempat kakak diberi rawatan . Bila lihat kakak aku ketika itu , aku hampir menangis . Tapi mak aku cuba kuatkan aku . Dalam keadaan yang hiba , aku cuba kuatkan dan baca surah Al Fatihah di telinganya . Di situ aku lihat kakak aku mengalirkan air mata . Aku cuba bagi kata2 semangat padanya . Selepas 3 jam bertarung nyawa , akhirnya kakak aku kembali ke rahmatullah . Air mata aku jatuh berderai dan pada ketika itu aku lemah dan tiada semangat lagi . Namun aku cuba kuatkan juga .

Jenazah mereka bertiga dibawa pulang ke Kampung kami iaitu Kampung Surau , Kelantan . Memang ramai yang datang untuk mengiringi jenazah mereka bertiga Hampir 500 orang yang datang . Ada yang sanggup datang dari Sarawak, Kuala Lumpur demi melihat jasad buat kali terakhir . Kehilangan mereka amat kami rasai tetapi kami redha dengan pemergian mereka kerana mereka semua anak yang solehah .

Semoga mereka bertiga tenang di sana .

Al-Fatihah .

– uwais bin shaari

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit