Salam.
Jadi aku tak tahu nak start dari mana. Sebenarnya aku baru layan page ni dan confession bro Mus tu macam ‘trigger’ balik memori memori lama aku. Dia takdelah se complicated cerita bro tu tapi bila ingat balik rasa ngilu la jugak. Kita start dengan watak dulu la bagi senang..
Abang Rez : Anak Pak Ngah aku
Mak Ngah : isteri Pak Ngah aku
Abang Z : Anak Pak Long aku
Atuk : Arwah atuk aku
Abah : Bapak aku
Jadi cerita ni aku bahagi kan kepada 3 part biar senang orang nak faham. 3 benda lah senang cerita. Kalau korang rasa jenis tak percaya dengan ‘benda-benda asing’ feel free not to read.
1) Kerambit
Kerambit tu apa? Aku tahu rata rata ramai yang tahu pasal benda ni. Masa aku kecik, adik aku ( masa ni umur dia 4 tahun, aku 6 tahun) jumpa benda alah kerambit ni masa main sembunyi sembunyi.
Bila aku nampak benda ni, aku pun rasa seronok la nak pegang. Macam alat power rangers kot. Aku rampas dari adik aku, then aku buka sarung kerambit tu. Masa ni adik aku dah nangis pi cari bapak aku. Masa aku buka sarung kerambit ni, macam ada rasa
‘a sudden urge to stab someone with it’
Aku nampak atuk aku macam ayam yang ready untuk disembelih.
Makin aku rapat dengan dia, aku nampak kaki atuk aku mengigil. Bila aku dah betul betul dekat, aku rasa tangan aku kena cubit. Abah terus rampas kerambit tu. Masa dia nak sarung kerambit tu, dia baca selawat dengan ayat ayat lain yang aku tak berapa nak ingat. Dan seingat aku, atuk dengan abah aku ada argue.
Atuk : ‘ kenapa benda tu ada lagi dalam rumah ni’
Abah : ‘ Abah dah tua. Nanti jadi apa apa..’
Atuk : ‘aku boleh tahan lagi…
Dan apa benda perbualan diorang lepas tu aku dah tak ingat. Itu kali pertama dan terakhir aku nampak kerambit tu. Cerita berlaku masa aku cuti raya kat kampung atuk. Okay fast forward benda seterusnya..
2) Ular sisik emas
Aku tahu mesti ada yang tengah Google ‘Golden Snake’. Dan aku boleh jamin yang Golden Lancehead tu bukan apa yang aku nampak.
Ular ni sisik dia macam smooth sikit kat badan dia. Kalau kau tak nampak kepala dia, memang kau akan ingat benda tu rantai emas. Tapi kepala dia ada sisik kasar, sisik macam buaya. Warna emas. Mata dia hijau. Pandai pandai lah berimaginasi.
Dua kali aku jumpa ular ni. Kali pertama, masa balik sekolah, darjah 6. Masa ni atuk stay kat rumah aku. Aku lupa bawak kunci rumah, jadi aku masuk dari belakang. Aku nampak macam ada rantai emas kat lantai tempat atuk duduk (duduk kat kerusi malas), jadi aku pun nak ambik la. Gila boleh beli tamagotchi baru kot dapat emas.
Tapi.. kambing betul la.. Bila aku nak hulur tangan, terjulur kepala ulor tu. Gila jumping jack aku. Aku lari pergi dapur. Ambik garam, kayu penyapu paling panjang semua lah. Nak halau kan. Tapi bila aku datang balik, ular tu dah takde. Seiring dengan itu, dengar atuk cakap..
‘Dia dah pegi..’
Kambing lembu itik betul la. Tu first time aku jumpa ular tu, second time kalau tak silap masa cuti sem. Tahun berapa aku tak ingat. Atuk sakit. Jadi abah bawak atuk stay rumah kami. Atuk ni pun kerjanya memang tidur je sepanjang hari.
Skrip sama. Aku balik cuti sem. Takde orang ambik aku. Aku jalan balik dari hentian bas, kunci pintu depan takde, masuk dari pintu dapur. Bila aku lalu depan bilik atuk, rantai emas baring atas lantai. Hawau betul lah. Ikut hati aku nak blah je tapi takut ular tu patuk atuk ke apa..
Dalam acah acah berani, aku baca ayat kursi. Dan aku cakap, kami tak kacau kau, kau datang cara baik, keluar cara baik.. Ular tu pusing setempat 2 kali, lepastu dia jalan slow je nak keluar pintu. Aku dengan menggelabahnya lompat atas meja. Aku nampak ular tu keluar ikut celah celah pintu depan. Jangan tanya aku macamana ular tu boleh muat kat celah celah pintu, aku pun taktau.
Bila nampak ular tu keluar, aku pun dengan nak memastikan keadaan terkawal, aku buka la pintu nak check. Sekali bukak bukak ada benda terjuntai depan pintu. Jumping jack tanpa henti aku. Ingat ular tadi, rupanya ular plastik adik aku.. kambing goreng betul la boleh mati sakit jantung aku macamni..
Atuk
Jadi atuk aku ni.. tak tahu lah nak cerita macam mana. Nak cakap ada saka, dia ni sembahyang elok je cukup semua. Masa dia masih nampak, dia baca quran selalu. Lepas dia dah rabun teruk tak baca dah. Jadi aku assume benda yang dia ada tu macam.. penjaga dia kot.
Pernah satu hari raya ni, biasa la kita kena salam orang tua minta maaf semua kan, masa aku salam atuk aku, dia cakap..
‘kau nak tak benda ni..’
Kuat woi dia grip tangan aku.. Dan dia ulang ulang cakap, tangan taknak lepas. Mula mula aku rasa dia cuma nak salam kaut tapi bila dah cakap macam tu. nak je aku tanya,
‘benda apa tok..’
Tapi aku ada feeling yang kalau aku cakap macam tu, pum benda tu keluar depan aku. Taknak aku. Sekali keluar Diva AA depan aku memang tak la.
Aku nampak dodol, aku nampak kuih almond london. Lantas aku reply kat atuk
‘sedap dodol ni tok. Lagi sedap dari kuih London’
Atuk buat muka tak impress.
Dia terus lepaskan tangan aku.
Selamat woi. Kambing betul la raya raya buat horor movie. Asdfghjkl. Cerita dia jadi lagi horror bila atuk dah sakit kuat. Time frame dia maybe dalam setahun lepas la.
Mungkin atuk dah tahu, dia akan pergi. Jadi macam biasa lah, sebelum orang yang ada ‘benda’ ni nak pergi, mestilah dia cuba nak pass kat orang dulu kan. Kalau tak pass.. mungkin jadi macam kat tanah kubur tu kot. Aku tak tahu la.
Jadi calon yang terbaik untuk Atuk pass benda ni ialah 3 orang cucu lelaki dia, Aku, Abang Rez dan Abang Z.
Aku dah cerita atuk pernah approach aku untuk pass benda tu. Tapi sebab aku perangai hawau sikit jadi aku dah tolak benda tu secara tak sengaja. Jadi tinggal 2 calon.. kenapa lelaki je boleh ambik?
Entahlah. Maybe sebab senang nak argue dengan lelaki kot berbanding perempuan
– Tuan Kambing
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit