Salam sejahtera kepada pembaca. Terima kasih kepada iium confessor kerana sudi memberikan peluang kepada saya untuk siarkan cerita saya ini.
Mungkin melalui pembacaan kalian ini akan membuka pintu kecaman pada diri ini tapi bagi saya apa yang penting adalah dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hati ini dengan sepenuhnya. Dalam keadaan ini saya tak mampu untuk bertahan lagi.
Sebelum saya mulakan cerita ini, saya akan bahasakan diri saya dengan ‘aku’ pada penceritaan ini supaya flashback ini dapat dibaca dengan senang.
…
Nama ku Yusuf. Dahulu, aku bersekolah di sekolah berasrama semenjak tingkatan 1 hingga tingkatan 5, dan aku adalah seorang introvert.
Di tingkatan 1 hingga tingkatan 3, keputusan ujian aku hanya biasa2 saja dan bukanlah menjadi pelajar tumpuan. Walaupun begitu, ketika pmr aku berjaya mendapat keputusan yang agak cemerlang, dan masih layak untuk berada di sekolah.
Di tingkatan 4, aku dapat rasakan perubahan dalam diri aku, seperti berperasaan pada wanita. Dan ketika itulah aku tertarik dan mula jatuh cinta pada seorang wanita, bernama Jue.
Dan ketika di tingkatan 4 kelas sains, aku bertuah kerana dapat sekelas dengan Jue, dan meja Jue di belakang meja aku.
Siapa sangka pada waktu itu, cinta pandang pertama berada di belakang aku. Boleh kata tak putus2 aku mencuri2 melihat Jue. Sekali sekala aku menoleh memandang, kadang2 kantoi juga dan cepat2 pandang ke tempat lain.
Jue merupakan seorang wanita yang sangat menarik bagiku. Beliau tidak lah begitu banyak bercakap, dan suaranya pun jarang sekali kudengar ketika itu.
Tetapi hanya dia saja yang membuatkan aku tak dapat bercakap dengan lancar kalau berhadapan dengannya. Bertudung labuh, sesuai dengan keperibadiannya.
Walaupun begitu, Jue seorang usahawan kecil menjual kerepek buatan ibunya di kelas. Untuk itu, akulah pelanggan tetapnya kerana cara itu sajalah aku dapat bercakap dan memandangnya secara terus walaupun hati macam nk meletup ketika itu.
Disebabkan aku selalu membeli daripadanya, secara tak langsung aku dapat berkawan dengannya. Hubungan persahabatan kami sangat baik, dan aku respect kepadanya kerana peribadinya yang baik dan bagus itu.
Ya, aku jatuh cinta padanya juga kerana itu, tapi aku tak berani untuk bersuara kerana sedar, aku masih pelajar sekolah ketika itu. Sehinggalah ke tingkatan 5 dan spm di tahun 2008, aku sedar yang aku ada matlamat baru, untuk menjadikan Jue sebagai isteriku.
Aku berusaha keras untuk mendapat result cemerlang dalam spm. Dan aku bersyukur, usaha aku berhasil, aku melanjutkan pengajian ke matrikulasi dan ke universiti selepas itu. Waktu itu, dia lah salah satu sumber inspirasi aku untuk berjaya selain ibu bapaku.
Di matrikulasi, kami jarang berhubung, tetapi setelah ke universiti, kami kembali keep in touch pada tahun 2012.
Walaupun sebelum ini kami jarang untuk berhubung kerana kerana berada di universiti yang berlainan tetapi pada tahun tersebut aku banyak bersembang dengannya dalam facebook messenger. Bertukar-tukar pandangan, pengalaman dan berbicara mengenai kehidupan universiti yang serba sibuk.
Aku juga berbincang dengannya mengenai masa depan. Pernah aku mengutarakan soalan mengenai soal hati kepadanya, namun Jue mengatakan bahawa dia tiada sebarang perhubungan dengan mana2 lelaki sekalipun.
Ketika itu, aku berasakan bahawa aku mempunyai peluang. Malangnya, aku tidak berani meluahkan hasrat hati aku, kerana aku masih lagi belajar, dan aku sudah tekad masa itu, dengan hanya berbaki 2 tahun untuk bergraduasi, aku sudah bermatlamat untuk berkerjaya dan akan meminangnya sesudah berkerjaya.
Pada tahun yang sama (2012), aku menerima mesej permohonan maaf daripadanya, dengan alasan kerana sering menggangguku dengan mesej seperti ini. Bagi aku, mesej daripadanya tidak mengganggu langsung, dan aku pun berasa keliru dengan permohonan maaf itu.
Dan aku berasakan bahawa ada suatu yang tak kena di situ. Tapi, disebabkan aku terlalu sibuk dengan hal pembelajaran universiti, aku menjadi tidak endah, dan menganggap itu hanyalah metafora daripadanya untuk aku fokus belajar.
Namun, sesudah bergraduasi, aku sudahpun bekerjaya dan bekerja, aku dah nekad untuk meminangnya. Aku tidak memberitahunya lagi hasrat hati ini. Aku menyediakan kewangan untuk ke arah itu dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.
Namun, aku dikejutkan dengan undangan perkahwinan nya dia facebook.
Alangkah kecewanya aku ketika itu, menangis aku ketika melihat kad kahwin digital miliknya yang dikongsi oleh sahabat ku kepadaku. Jue tidak menghantar kad kahwin digital tersebut kepadaku secara direct. Dari situ, aku dapat tahu, bahawa aku hanyalah kawan, dan kawan persinggahan untuknya.
Berhari2 aku menangis, menyesal, kerana tidak berterus terang dengannya. Apakan daya, aku bukannya anak orang kaya yang punyai harta ketika itu. Aku hanya punyai ilmu yang perlu aku kumpul untuk melunaskan hasrat aku untuk bekerjaya.
Aku akui aku bersalah dan penyesalan aku sebagai seorang introvert ketika aku adalah tidak tergambar bagi aku. Menangis, meraung sendirian, menjerit dalam hati, aku bagaikan menggila sendirian ketika itu.
Sehinggalah sekarang, tahun 2020. Apabila aku memikirkan penyesalan ini, aku menangis seorang diri. Menyesal kerana tidak berani berterus terang, menyesal kerana tidak mengambil peluang. Namun, jodoh pertemuan itu di tangan tuhan, aku redha sepenuhnya.
Sekarang, Jue sudah pun mempunyai anak, dan kelihatan bahagia bersama keluarganya. Melihat gambar Jue bersama keluarga kecilnya itu, aku tiba2 rasa bersyukur, kerana lelaki yang hadir dalam hidupnya itu adalah lelaki yang diciptakan Tuhan untuknya.
Dengan rasa redha bercampur sedih, aku mendoakan supaya seluruh keluarganya termasuk keluarga mentuanya supaya bahagia dan mendapat redha Allah.
Mencintai tak semestinya memiliki. Aku memahami perasaan itu. Walaupun berat, tapi aku menanggung segala akibat daripada kekecewaanku ini. Walaupun kebahagiaannya bukan milik ku, tapi aku selalu berdoa, supaya Jue bahagia bersama keluarganya.
Biarlah cintaku ini aku hanya aku saja mengerti. Aku tanamkan cintaku ke dalam lubuk hati yang paling dalam. Sejak tingkatan 4 hingga sekarang, cintaku padanya tak berkurang walau sedikitpun. Dia akan selalu berada dalam hati dan doaku selamanya…
…
Mengapa saya bercerita hal ini kepada kalian? Kerana saya merupakan salah seorang daripada beribu2 frontliner dalam kes Covid 19 yang melanda negara kita pada hari ini.
Sebagai salah seorang medical practitioner, saya pun tak tahu, adakah saya boleh hidup lagi selepas ini atau tak, kerana saya dan kawan2 seangkatan saya tidak terlepas daripada risiko untuk dijangkiti virus ini walaupun kami mengenakan full PPE.
Dan tulisan di atas adalah tulisan saya selepas mengetahui Covid19 ini diisytiharkan sebagai pandemik. Akhirnya apa yang terbuku dalam hati ini dapat juga saya nukilkan setelah sekian lama.
Buat pembaca sekalian, stay safe, stay at home. Jaga diri dan keluarga.
– Yusuf (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit