Kenangan Di Sekolah

Saya masih ingat pengalaman yang agak teruk saya lalui masa pra uni (STPM) tahun lalu. Saya merupakan pengerusi satu kelab sekolah bagi tingkatan 6 masa tu.

Untuk pengetahuan inilah pengalaman pertama kali saya menjadi pengerusi dan memegang jawatan tertinggi. Maka saya dan AJK-AJK diamanahkan untuk mengajurkan satu program iaitu aktiviti kemasyarakatan.

Jadi kami bersepakat dengan ahli ahli untuk menganjurkan gotong-royong pantai.

Untuk pengetahuan, kelab ini sebelum ni belum pernah ada pakaian rasmi. Jadi, salah sorang cikgu penasihat kelab tersebut (Cikgu Syafie) cadangkan saya untuk buat tempahan baju dengan design yang sesuai dengan matlamat kelab.

Nak dijadikan cerita cikgu Syafie minta saya untuk bincang dengan AJK untuk buat tempahan baju tersebut dan ini memerlukan persetujuan ramai pihak. Maka ada lah setuju ada yang tidak. Tapi majoriti setuju setelah saya buat undian dalam grup Whatsapp.

Saya juga telah tanya pendapat cikgu cikgu lain termasuklah ketua cikgu penasihat kelab (cikgu hayati) tersebut. Rata rata cikgu bersetuju. Jadi saya pun tak nak pening, saya jelajah internet untuk cari kedai cetakan baju. Jumpalah beberapa yang agak rendah harganya.

Saya bincang lagi dengan AJK tentang design baju pula. Tanpa terburu-buru, saya tanya pendapat Cikgu Hayati tentang design tersebut dan harga serta saiz.

Jadi berhari hari kami selesaikan tempahan baju ni sehinggalah waktu kami nak buat tempahan baju tersebut,

Kami kena bayar deposit sebab kami nak pakai baju tersebut lebih awal sebab tarikh program dah dekat dan minggu kami buat tempahan itu pula adalah minggu yang sibuk dengan exam semester 2.

Jadi tugas menempah baju tersebut diberikan kepada salah sorang AJK kelab iaitu classmate saya, Haziqah. Jadi permulaannya dia nak bayarkan deposit, tapi disebabkan takde tunai, jadi saya bayarkan dahulu dalam RM60 tak silap saya.

Malang tidak berbau, apabila tarikh siap baju tersebut bila diberitahu oleh pekedai adalah melebihi hari program diadakan. Sedangkan saya kalau boleh nak baju tu siap sebelum hari program.

Jadi disebabkan ini, berlakulah konflik antara cikgu hayati dan Haziqah serta seorang lagi AJK.

Haziqah beritahu saya bahawa dia dimarahi cikgu. Cikgu kata, “kenapa pandai-pandai buat keputusan sendiri?!”.

Jadi Haziqah pula macam marah dekat saya. Saya faham situasi dia. Tapi bukankah kita sudah bincang dan semua pun setuju.

Dan cikgu Syafie yang beria suruh saya buat tempahan baju itu bersama sama AJK. Jadi kat mana pula kami buat keputusan sendiri?

Setelah itu cikgu seolah olah menegur saya secara terus di depan satu batch, di depan junior kami dengan berkata, “awak semua jangan jadi macam senior awak ni, pandai pandai buat keputusan sendiri”. Hari tersebut adalah sangat memalukan dan menjatuhkan saya. Saya rasa down sangat.

Adakah cikgu Syafie langsung tak bincang apa apa dengan dengan Hayati tentang penempahan baju yang perlu dilakukan sendiri oleh AJK?

Hmm… Apa apa pun saya redha. Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran buat saya sebagai seorang yang pertama kali jadi pengerusi dan di situ saya sedar mentadbir satu satu kumpulan itu bukanlah perkara yang senang.

Saya nak pesan kepada mereka yang baru pertama kali jadi pemimpin jangan risau, hadap je ok cabaran dia.

Biasalah kalau kena marah kena herdik hina sebagainya saya dah rasa dah. Ini menunjukkan bahawa, orang di bawah akan sentiasa boleh lihat segala kekurangan kita. Biasalah mulut orang tak leh tutup.

Macam situasi saya pula, mungkin salah faham oleh cikgu penasihat kelab tentang perkara yang mungkin ada perkara tak jelas didengarkan olehnya.

Terima kasih kepada yang sudi mendengar cerita pasal konflik nak tempah baju untuk kelab.

– Danial (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *