Kenangan Hidupku Dan Perubahan Diriku

Ini cerita tentang kenangan pahit yang aku lakukan sendiri dengan rasa dendam dan kebencian terhadap kejahatan yang mana ketika itu aku tak percaya pada kebaikan.

Maka aku memilih untuk jadi jahat.

Ia berlaku 13 tahun dahulu.

Jika dilihat diri aku yang sekarang dan diriku 13 tahun dahulu ramai yang tak percaya dengan cerita diriku sendiri seorang yang begitu yang mana diriku sekarang berkaca mata, kurang bercakap dan tak ramai kawan.

Sewaktu aku kecil aku tak percaya pada kebaikan kerana sering dibuli di sekolah rendah kerana ahli keluargaku.

Bahkan aku membenci arwah ayahku sendiri yang tak percaya padaku sehingga merotan dan mendera tanpa bertanya.

Aku pernah beli mainan game pakai duit raya aku dan duit upah rewang di rumah kenduri kendara tapi arwah bapaku pukul sebab aku beli benda yang tak patut katanya.

Bagaimana pula dengan dia yang beli nombor ekor dan berjudi? Adakah sepatutnya dia lakukan?

Walaupun aku sekolah rendah aku tahu kedai nombor ekor itu judi. Main judi di kedai judi pun judi. Dia islam patut tahu apa yang diharamkan dalam islam.

Sebab itu aku tak percaya pada kebaikan. Walaupun aku bersekolah agama asrama yang boleh bawa diriku jadi ustaz.

Aku pernah jadi qari taranum Al-Quran wakil sekolah dan daerah peringkat negeri.

Umurku 18 tahun ada family problem.

Aku masuk universiti institut teknologi mara. Tapi tak lama aku belajar sampai semester ke 4 aku stop belajar.

Ketika aku tengah belajar umurku 19 tahun family problem aku berterusan dan penduduk di kawasan tempat tinggalku menghina dan mengacau ibuku.

Aku mula mengenal apa itu terbang dan mula jadi team topi hijau kuning.

Disebabkan aku mengenal benda ini, aku mula berjinak untuk menjualnya bermula dengan modal 30 sen (RM30) aku jual sikit-sikit pada mahasiswa dalam 10 sen (RM10). Sehinggalah aku boleh keluarkan modal 50 ringgit (RM500).

Mulalah dapat ramai kenalan dan kawan.

Disebabkan aku banyak jumpa orang aku kenal dengan ramai orang sampailah aku mula kerja dengan seorang tokey. Aku kerja sehingga aku fikir aku sendiri boleh jadi tokey.

Aku cuba tarik mahasiswi universiti yang kaki clubbing dan beli barang yang aku jual pada mereka. Ternyata ada yang nak cari duit lebih. Aku jual dia orang pada pelanggan aku offer RM800 1 malam.

Aku dapat makan RM400. Ada sekali aku dapat 1 hari RM5000. Kerana dapat 10 pelanggan. Ini aku buat sendiri tanpa tokey sebab aku dah kenal pelanggan.

Aku masa itu tak rasa kesian dengan perempuan mahasiswi tersebut. Dia nak duit aku pun nak duit.

Umur 21 tahun aku stop sebab tertentu yang membuat aku ingin berubah. Aku mula hidup jadi orang biasa dan tak teruskan.

Kalau aku teruskan lagi aku dah hampir jadi macam student Mickey Pearson dalam cerita the gentleman.

Aku mula kurangkan berkawan. Aku pilih jadi introvert. Aku kerja di kedai mana yang ambil pekerja.

Banyak aku lihat yang dulunya bukan sebab rosak kerana aku sahaja, malah aku pernah pukul orang untuk kutip hutang..

Malangnya orang yang aku kenal dia pukul yang tak bayar hutang sampai lunyai sehingga dia masuk hospital. Ada juga perempuan yang dilunyaikan sampai menangis depan aku.

Aku tak minta tangan aku penuh dengan darah yang luka. Aku cuma ingin lari dari masalah.

Disebabkan itu aku tak berkawan dengan ramai orang, kerana aku perlu tahu dengan siapa aku berkawan atau aku tak mahu jumpa musuh lama aku.

Malah musuh lama ialah kawanku sendiri.. Aku penjarakan dia orang dan berkhidmat untuk negara membasmi jenayah dalam senyap dengan harimau, pedang, keris dan Allah Muhammad di dada.

That is fear I afraid to hide and small my circle.

Kepada orang muda jadi jahat ini bukan fun macam dalam filem.

– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *