Assalamualaikum sahabat IIUMC. Sekadar perkongsian dari Cik Positif sempena datangnya bulan Mulia Ramadhan Kareem. Terima kasih untuk komen di ruangan Umrah Mencari Dia, (https://iiumc.com/umrah-mencari-dia-ii/). Nantikan perjalanan susulan cerita Umrah Mencari Dia.. InsyaaAllah jika dipanjangkan Allah umur Cik Positif.
Alhamdulillah lagi beberapa hari kita dah nak sambut Ramadhan. Sudah bersiap-siap semuanya? tetamu kita sudah nak tiba.. Tak jauh dah musafir dia.. Tapi tak lama dia singgah sebulan sahaja. Tapi dalam masa sebulan, terlalu banyak RahmatNya yang dia turut bawa. Maka muliakanlah tetamu kita Ramadhan ini. Supaya bila dia dah berkemas mau pergi. Kita telah mengambil sebanyak-banyak dan sebaik-baik manfaat dari keberadaan dia.
Teringat zaman belajar ketika bulan mubarak ni. Macam-macam pengalaman student nak tempuh. Lagi-lagi bila exam bulan puasa. kan? Cik postif pun pernah rasa.. Lagi-lagi time masuk dewan exam sejuk. Pagi tu pulak terlepas sahur. Tau-tau jelah perut memasing gendang gendut tali kecapi macam drum sambung-sambung bunyinya.. Lagi malu bila exam sebelah kiri kanan belakang depan diapit oleh jejaka malaya.. Fuh jenuh nak habiskan jawab paper sambil sebelah tangan tahan angin perut.. kan.. kan.. haha.
Teringat juga bila musim exam ni sorang-sorang punya study lagi soleh dari solat tarawih. Ada sampai tarawih tak pergi sebab taknaknya waktu study kurang walau sesaat. Kan? Huhu.. Moga kita tak lupa yang bagi Ilham belajar tu juga ye adik-adik. Teringat juga kenangan berbuka puasa kat Masjid. Yelah… Zaman belajar mana ada duit banyak nak makan sedap-sedap. kadang-kadang masuk bulan Ramadhan ni la aku dapat tingkatkan saving sebulan. Hikmah juga Ramadhan. Tapi bila masuk bazar memang nak kawal tu nauzubillah.. Syaiton dekat je bisik-bisik suruh capai itu ini. Time bulan ni jugalah betul banyak sabarnya.
Bila puasa kat rumah pulak ikut shift bangun buat sahur. Nak-nak sapa yang cuti tuh. Memang double line dia kena beratur. Kira dua kali daripada orang puasa. Basuh pinggan pun dia, masak pun dia, kemas meja dan sedia makan pun dia. Kalau yang anak bongsu lagi-lagi la kena teruk. Kan kan.. Bulan ni berpusu-pusu ummat bersedekah.. beribadat dan berinfak. Moga beroleh ganjaran atas segala kebaikan dunia. Aku tentibe teringat satu hari musim Ramadhan macam ni syeikh tempat aku belajar dulu call.. Ni aku terjemah melayu jugak la.. kang jenuh nak baca arab.. hehe..
“Kat mana sekarang? Dah sambung master?” Sheikh happy je tanya. Tapi jauh sangat dia fikir time tu..
“Saya tak habis belajar lagi.. Masih di universiti habiskan ijazah..”
“Ohh.. jemput datang masjid (Nama Masjid aku rahsiakan) ana imam tarawih malam ni..” sheikh jemput rasa nak lompat-lompat.. Sebab tak senang nak dapat jemputan macam ni. Lagi-lagi dari sheikh yang memang ajar Quran di Al Azhar Mesir.
Dah sedia nak musafir. Singgah la aku satu stesen minyak. Isi minyak. Biasa kalau aku isi minyak memang akan jumpa sorang adik ni, dia bagus dan rajin sangat kerja.. suka gurau dengan pelanggan yang datang nak isi minyak. Terutama aku la.. Kalau singgah dia akan sembang.
Dia : “Kak.. puasa hari ni kak..?” dia tanya sengeh-sengeh..
Aku : “Laa… puasa la.. kenapa? nak belanja buka ke?” muka acah-acah kot la dapat rasa buka free orang belanja.
Dia : “Hehe.. dia sengeh..kak! saya tak puasa hari ni kak…” dia jerit sambil ke kaunter bayar minyak serah duit..Dengan tanpa segan silu. Ada pakcik terpaling dengar pengakuan sopan dia tu..
Aku lak diam kejap duk fikir apa nak jawab ni.. Elok je dia datang.. Mulut ni laju je..
Aku : “Hahh.. elok sangat la tu.. esok-esok pam minyak ni meletup bukan adik jee… akak pun dah tak rasa nikmat puasa.. ye dak? bawak la insaf cepat dik oii.. esok pun belum tentu kita ni hidup..” muka aku selamber badak je sound dia.. tapi takde la jerit.. hikmah aku cakap, plus santun lagi.. bulan puasa kan.. japgi hilang pahala puasa aku kes nak tegur orang..
Dia pegang dada dia. Tarik nafas panjang..
Dia : “kak kalau jumpa saya mesti bagi cukup-cukup.. kak.. esok saya puasa kak.. saya janji..”
Aku pun angkat jari isyarat ke atas.
Aku : “Tu.. janji dengan yang tu.. Akak ni tak nampak awak.. Dia 24 jam CCTV kat atas..” Aku tutup pintu kereta nak beredar dah..
Dia : “Kak.. esok isi minyak lagi ye..”
Aku : “Isi buat ape banyak-banyak… kereta ni pun puasa..ni baru sahur ni..”
Dia gelak terbahak-bahak.. Pastu diam kejap..
Dia : “Akak perli saya ye…..hahahahaha.. Mekasih kak..”
Aku senyum angkat tangan dan teruskan perjalanan.
Musafir la aku penuhi jemputan Sheikh. Masa tu bawak la baju sehelai dua memandangkan dah target tak balik bermalam di hostel. Mintak kawan buat teman. Sungguh time time macam ni nak ngajak teman cari benda baik ni memang susah. Bulan exam pulak tu, memang orang tak layan kau ajak. Ke masjid pun boleh kena ceramah balik.. huhu.. Melainkan kita ada teman yang suka ajak kepada benda-benda baik. Jadi kena bijak pilih kawan ye. Sebelum sampai ke Masjid yang di tuju. Sempat singgah satu Masjid lain. Malam tu damai betul tengok alam.. Buka puasa ramai-ramai. Sempat sebelum buka puasa, aku pandang sekeliling ramai betul family arab. Sudah je maghrib lepas selesai berbuka nak nuggu Isyak.. Ada sorang arab perempuan sapa aku..
Dia : “Boleh tolong jagakan anak saya? saya nak ambil wudu’ sekejap..Boleh?”
Aku : “Boleh.. boleh..” aku jawab ringkas sambil senyum..
Cantik betul zuriat dia ni.. Mata biru MasyaAllah. Percaya pulak dia aku jagakan. Kalau aku culik buat lari ni mau menagis mak dia.. Hahaha.. Sudah je si mak ambil wudu’ dia ucap terima kasih kat aku.. Aku perlawa dia maghrib dulu sambil aku jagakan lagi anak dia. Kalau tak aku dah bayang dia solat sambil dukung anak kecil dia. Tu memang biasa bagi Mazhab mereka. Kita Mazhab syafie’ jangan heran pulak, pastu jangan cakap depa syiah pulak. Benda ada keringanan dalam ibadah kenapa tak guna kan? hehe
Dia : “Enti dari mana? memang student uni berhampiran sini ke?” dia membuka perbualan..
Aku : “tak.. saya buka asal sini.. sambung belajar kat (nama uni aku rahsiakan juga)..”
Dia : “Ohh..” dia senyum..
Aku : “Saudari Nikah orang Malaysia? atau sambung belajar sini?” aku sekadar mencuba tanya..
Dia : “Saya sambung master.. Takhasus lughah (bahasa).. saya asal palestin, mak ayah saya memang orang sana.. Doakan kami ye.. Keluarga saya hanya tinggal saya dan adik lelaki.. yang lain sudah bahagia..”
Wah.. aku ta’ajub…
Aku : “MasyaAllah.. Moga Jannah untuk semua..” doa aku singkat sambil balas senyuman dia yang dah start nampak air mata takung..
Sistur ni namanya ‘ala.. Kisah ‘ala ni mendalam betul.. Seluruh keluarga dia Allah jemput bulan mulia.. Satu malam dia tengah sediakan makan berbuka di dapur. Dia dengar bunyi bising di kejiranan.. Kalau sekadar bunyi tembak menembak tu sudah biasa katanya. Jadi dia tak jenguk apa berlaku kat luar. Lebih pada tak nak masuk campur. Untuk beberapa ketika bunyi bising tu hilang. Arab kalau gaduh pun boleh bedil sama sendiri. Dan Arab tak semuanya Islam ye. Ada juga Arab Jahiliah.. Jadi dia fikir diorang la gaduh kot.. Sebab kawasan ‘ala duduk belum ada kena bom atau bedilan dari zionis.. Jadi makan malam mereka teruskan macam biasa.. Sampailah waktu nak tidur.. ‘ala ni cerita..
Waktu malam tu hening. Dia dan adik lelaki tak boleh lelapkan mata. Jadi dia dua orang ke dapur untuk minum air dan sembang. Tak sampai 5 minit.. Rumah mereka kena bedil. Runtuh satu rumah tu kecuali dapur tempat dia dua orang tengah sembang. Tu pun dua-dua tercampak juga.. Cuma nasib tak terhempap batu bangunan runtuh. Jadi mereka selamat. Time dia cerita ni berderai segala air mata. Luluh hati aku Tuhan jelah tahu.. Tapi kata ‘ala..
“Kami dah serahkan seluruh jiwa dan hati kami. Memandangkan kami lahir dari keturunan palestina, kami tahu suara kami takkan didengar masyarakat luar melainkan Allah yang mulia telah memuliakan nasab keturunan kami dengan darah perjuangan menegakkan al-aqsa dan islam.” Terangguk-angguk aku mengiyakan.. Nasib ‘ala ni baik.. Dia dilamar orang kaya. Setelah tu mereka musafir ke bumi Malaysia. Dia sambung master lughah. Suaminya sedang buat PHD bahagian syariah. Dan sekarang dah beranak kecil nama Nu’aim. Budak yang mata biru tu tadi.
Jika aku tempat ‘ala.. Sorang dari ahli keluarga aku meninggal pun.. Aku tak tahu macam mana reaksi aku nak hadap realiti hidup tanpa diorang. Tabah betul jasad bumi harum ni. aku salam ‘ala.. aku peluk dia aku mintak dia doakan aku.. Dan dia juga mintak aku doakan dia.. Pertemuan tu singkat sahaja. Tapi aku dah rasa macam kenal dia dah lama. Dia mintak diri awal sebab kejar flight ke tempat lain atas urusan kerja suaminya.
Malam tu tarawih aku rasa semua ayat quran tok imam baca buat aku sebak. Rasa berat kat dada tak terlepas. Beban rasanya. Sebab tadi baru lepas aku makan, then Allah sajikan aku dengan bertemu seorang hamba Dia yang baik. Terus fikir.. Apalah anak palestine makan buat sahur dan berbuka hari ni.. Sejuk ke tak diorang tidur.. Nyenyak ke tak.. Nikmatnya aku hidup.. Tak rasa pengalaman hidup yang getir macam diorang.
Malam tu pun tidur aku tak nyenyak. Malam kedua musafir.. Dapat jumpa tuan guru.. Sheikh ni banyak ajar aku time aku degil dulu-dulu. Selalu ponteng kelas dia dengan beraninya sebab aku bz main dari belajar. Pastu time tasmik quran mula la aku orang pertama kena diri atas kerusi, luar kelas dan lain-lain denda. tapi still steady buat nakal lagi. Dia selalu keras dengan aku. Sampai tang aku.. mesti ada idea dia nak kasi aku sakit hati.. Ada je idea dia nak denda aku.
Kadang-kadang pemadam papan hitam tu melayang atas kepala aku kes tak fokus je kelas dia. Mana taknya.. Sheikh ngajar, aku bawang kat belakang.. Jarang-jarang dia berlembut dengan aku.. Tapi sayang aku macam anak dia sendiri. Apa-apa akan cari aku dulu.. Mujurnya aku masa zaman sekolah menengah terlebih rajin bab tolong cikgu.. Dalam bab penyagak ada juga la sisi baik aku. Tak semua la aku jadi hantu kan..
Sheikh banyak bangun malam sebab aku pernah terserempak dengan dia time baru nak lompat pagar sekolah. Hahhh.. Nakal tu kan. Time tu satu group kena denda berzikir tengah padang. Tapi percaya lah.. dalam kekerasan mendidik tu adalah salah satu cara nak jadikan kita orang berguna. Ni kalau tak kerana mulut dan denda didikan dia. Aku tak jadi macam aku sekarang. Sabar betul Sheikh layan aku. Tapi satu benda aku semat hasil didikan Sheikh. “Utamakan Adab dulu sebelum Ilmu..” Sheikh ajar denda dan keras dengan aku sebab nak suruh aku jadi orang beradab dengan ilmu. Dah ada ilmu supaya tak sombong dengan Ilmu yang sedikit tu. Gitu la.. Nak pengenalan pasal Sheikh ni panjang. Aku bahasakan dia Abi(Ayah)..
Malam tu aku jumpa ramai orang.. Orang tak kenal pun aku. Tapi sebab aku tetamu Abi maka aku dimuliakan sebagai tetamu. Dijemput makan berbuka sama-sama dan diperlawa tempat tidur juga.. Semua aku tolak sebab segan. Jangan tanya banyak sebab aku memang segan. Walaupun menu dia rambang mata aku tengok dan tempat tidur dia empuk. Sheikh simpuh satu sudut ajak aku sembang lepas tarawih.. Aku cerita pasal sistur aku jumpa semalam.
Dia dengar dengan tekun. Time aku cerita memang tekun betul dia dengar. Sesekali dia tunduk.. Sesekali diaangguk-angguk.. Dia banyak senyum dan hujungnya dia doakan kami semua.. Aku kalau jumpa Abi memang aku tak mintak banyak melainkan doa dia.. Doa orang ada Quran dalam hati ni macam emas, kena kutip juga..Sebab jarang dapat jumpa.. Malam tu penutup dia aku tidur beralaskan karpet Masjid dan nyamuk yang tak habis-habis sedut darah aku. Tu la tu, tadi tolak nikmat.. haha..
Subuh tu aku mintak diri.. Esoknya aku ada paper.. Jadi aku terpaksa mintak diri walau hati aku berat nak bermalam lagi nak jadi makmum tarawih Abi.. Abi pesan kat aku.. “Pergi mana-mana jangan lupa pesan memesan, hidupkan Quran.. Jangan pernah tinggal Quran..” Aku cam bila dia start pesan cam ayah-ayah ni mula la aku rasa lain.
Aku jawab.. “Abi kalau sakit bagitahu..” Dia senyum paham aku perli dia kot la dia nak meninggalkan dunia masa terdekat.. Duk buat ayat lagu tu.. Aku tengok wajah dia yang dah berkedut tu.. Lama dia diam sejenak.. ” ‘ala tu anak sedara Abi.. ” pendek je Abi bersuara.. Buntang juga mata aku masa tu.. Siapa sangka kan? Aku pun tak sangka.. Terus terdiam aku.. Memang aku tahu Abi ada darah Palestin. Cuma aku tak sangka ada pertalian darah orang yang sama aku jumpa. Tu lah tu.. Kecik dunia..
Semua dah tinggal kenangan. Sekarang mungkin ‘ala dah berjaya. Dulu dia kata.. Dia janji nak belajar rajin-rajin nak ajar anak-anak palestin bila dia dah berjaya. Nak bagi ilmu dan pengetahuan dan nak bisikkan kekuatan. Semua yang pergi Allah dah gantikan dengan kehidupan anak yang baru. Dan anak baru tu masih belum mengerti apa itu hidup dengan darah yang mengalir dari nasab keturunan Palestin. Tapi yang pasti.. Janji Allah tu pasti. Kelak akan menang Islam dimuka bumi dan kelak juga akan sampai masa kejatuhan kafir laknatullah. Masa tu pun dah hampir tiba.
Dengan tanda-tanda kiamat yang dah kunjung tiba. Eloklah kita semua taubat, sebelum Matahari tu keluar sebelah barat. Kita akan di sibukkan dengan urusan dunia. Sampai sahaja waktu tu tiba. Allah dah tak terima ampun maaf kita. Jaga-jaga teman.. Kita dengan dunia cuma tempat singgah. Cepat dan segera sediakan bekal dalam musafir kita ke alam sana. Aku pesan sebab kadang aku pun lupa.. Sibuk urusan dunia sampai lupa untuk urusan akhirat.
Elok la Ramadhan kali ni kita sama-sama azam untuk buat yang terbaik. Dan kutip segala pahala yang tetamu kita Bulan Ramadhan barakah ni nak bagi.. Sebab belum tentu kita jumpa Ramadhan akan datang lagi. Ramai mana sudah kehilangan mak ayah teman-teman untuk tahun ni.. Tak dapat dah rasa nikmat sambut Ramadhan dan Raya sama-sama. Jadi wajib la kita syukur sebab Allah still bagi kesempatan lagi pada kita..
Sampai situ dulu la.. Selamat sambut Ramadhan semua.. Moga kita jadi hamba Allah yang semakin meningkat amalan dan ketaqwaan.. Ameen.. :)
– Cik Positif
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit