Kenangan Yang Melukakan II

Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi menyiarkan kisah aku dalam confession ini. Diminta private kan profile aku. Terima kasih. Maaf kerana bahasa tidak berlenggang lenggok.
Baru2 ini aku terlihat confessor ada meluahkan mengenai “kenangan yg melukakan“. Menangis menitik airmata ketika membaca confession tersebut.

Kali ini tajuknya aku sambung dengan “kenangan yg melukakan 2
Ingin aku meluah tentang rasa dan perasaan anak tersebut.

Aku gelarkan namaku Ati. Aku dibesarkan oleh keluarga angkat. Dr kecil aku diambil sebagai anak angkat. Aku amat disayangi oleh keluarga angkatku ini. Yaa aku mengaku aku sayangkan umi dan abah angkatku ini. Aku dilimpahkan sepenuh kasih sayang oleh mereka sejak dr kecil lg.

Perkara yg terbaik yg pernah mereka lakukan adalah mereka memberitahuku bahawa aku ini anak angkat sedari kecil lg. Atas alasan tidak mahu aku terkejut sekiranya aku dapat tahu apabila dewasa kelak.

Tp sedari kecil kau sudah diberitahu perkara sedemikian dan kanak2 bukanlah zaman “passive”. Segala benda yg kau ingin tahu adalah pada zaman kanak2. Termasuk juga aku. Aku kdg2 terfikir sendirian mengenai keluarga kandungku. Mengapa mereka membuangku? Mereka tidak sayang aku kah? Tergamak mereka membuangku dan memberi kpd keluarga angkatku.

Yaa aku tahu aku sgt menyayangi umi dan abah. Tp kau xmampu untuk menidakkan soalan2 tersebut dlm kehidupan kau. Sampaikan aku merasakan aku benci mereka. Aku benci keluarga kandungku! Aku xtahu siapa mereka. Tinggal dimana dan bagaimana rupa mereka. Aku ikut rupa ibu kah? Ikut rupa ayah kah? Aku tidak tahu semua itu.

Bila aku ajukan soalan ini kpd umi dan abah, seringkali mereka mengatakan “mereka bg Ati pada umi dan abah dan mereka pesan suruh jaga dgn baik2”. Saat itu aku sudah putus asa untuk bertanyakan soalan sedemikian kpd mereka.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan sehinggalah aku dewasa sekarang.

Aku tanam dlm diri aku bahawa mungkin mereka ada sebab tersendiri mengapa keluarga kandungku berbuat demikian.
Aku tahu bahawa aku ini “anak tidak sah taraf” kerana umiku ada memberitahu perkara tersebut. Yaa aku insan tersebut. Insan yg lahir atas dosa orang lain iaitu ibu kandungku sendiri.

Bagaimana hendak kau melalui kehidupan kau di hadapan masyarakat dgn status kau yg begini? Amatlah perit. Dan lg memeritkan sekiranya aku ingin berkahwin, dapatkah keluarga bakal mentuaku menerima aku seadanya? Aku ada terdengar bahawa sekiranya kau kahwin dgn anak tidak sah taraf, setiap 7 keturunan akan mengalami nasib yg sama. Insan seperti kami dianggap kotor dan sehingga 7 keturunan pun masih blm tentu dianggap baik. Aku tahu bahawa status aku ini sangat2 dipandang hina oleh masyarakat. Tp apakan dayaku. Ini bkn kemahuanku. Sudah tertulis dr azali bahawa inilah bahagianku.

Aku xtahu mengapa Allah mengujiku sedemikian rupa. Tp aku tahu bahawa setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya. Allah menjadikan sesuatu itu atas dasar kemampuan hamba itu sendiri.

Pesananku diluar sana, di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan haram berzina. Dr situ dah boleh nampak apa impaknya kepada anak, kepada si ibu dan kepada keluarga si ibu iaitu penzina. Masyaa Allah.
Janganlah masih ada lg insan yg teraniaya seperti aku ini pada masa hadapan kelak. Betapa peritnya kami golongan status ini hendak menghadapi situasi ini. Bkn sebulan dua, bahkan seumur hidup. Status ini xkan pernah lari sejak dr azali kau dilahirkan.

Hidup berlandaskan syariat Allah, kehidupan kita akan lebih tenang. Inshaa Allah.
Kepada masyarakat, berhenti lah menghentam. Hanya disebabkan mulut insan2 yg suka mengumpat dan menghina inilah yg akan menjatuhkan insan2 yg berstatus seperti kami. Jalan yg bukan kami pilih tetapi kami dipilih Allah untuk ujian ini.
Kepada ibu kandung, walau siapa pun kau walau dimana kau berada, jauh disudut hatiku aku tetap menyayangimu. Aku bersyukur di atas kelahiranku dimuka bumi Allah ini untuk terus beramal dan menjadi sebagai khalifah dibumi Allah ini. Sekiranya kau telah meninggal, ku titipkan doa kepadamu agar kau ditempatkan dlm kalangan orang2 yg soleh. Amin.
-anak angkat

– Ati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *