Kenapa?

Assalamualaikum dan terima kasih buat admin sekiranya confession aku disiarkan.

Aku ambil nama Cempaka sebagai pengganti. Aku cuma mahu cerita sedikit tentang derita aku. Aku tahu masih ramai yang masih derita bahkan terlalu derita berbanding aku.

Aku berusia 30an dan masih belum berkahwin. Ya, aku perempuan single dan aku memilih single untuk selama lamanya. Aku tak mencari dan tidak dicari. Aku redha hidup dan matiku bahagia bersama keluarga aku. Cukuplah.

Perempuan mana yang tidak ingin menjadi isteri, menjadi ibu. Selalu keinginan itu datang ke otak aku. Jiwa aku memberontak kerana keinginan yang amat sangat ingin menjadi ibu. Namun, jiwa aku sudah lama luka, luka parah.

Semenjak kecil hanya derita jadi peneman. Aku anak sulung yang menjadi saksi melihat ibu ku disampahkan oleh bapa aku sendiri. Aku lihat, aku ingat bapa aku memperlakukan ibu begitu.

Aku lihat perempuan lain diratukan bapa aku sedangkan ibuku dihambakan. Fizikal ibu tak diusik, tapi mental ibu, bapa seksa sesuka hati bapa.

Lalu, pada siapa ibu lepaskan tekanan jiwa itu? Pada aku, aku satu satunya anak perempuan ibu. Ibu anggap aku seperti perempuan yang si%l itu. Sebutlah apa makian yang aku tak kenal semua ibu ajarkan pada aku.

Sebutlah dimana tubuh aku ibu tak sakiti? Ibu sayang aku tapi ibu sakiti aku. Ibu ada masanya baik terlalu baik pada aku. Aku merasa kasihnya seorang ibu tapi aku turut merasa deritanya menjadi anak ibu.

Ibu, anak ibu ini tak pernah membenci ibu. Anak ini tahu ibu terseksa kerna bapa. Ibu, kita tak rapat, bahkan aku takut mendekati ibu. Aku tak faham jiwa ibu. Ibu letakkan bapa di kepala sedangkan bapa letakkan ibu dikaki. Aku ibu letak aku dimana? Aku tak tahu.

Namun aku bersyukur, ibu cuma jadikan aku tempat melepaskan tekanan ibu. Bukannya adik2 aku yang lain. Ibu, kita tak rapat, aku ingin bercerita denganmu, tapi aku takut.

Ibu sudah lama aku mahu cerita, dulu ketika aku di sekolah aku selalu dibuli, aku tak ramai kawan bahkan guru2 pun sama meminggirkan ku.

Ibu, aku sering menangis, jiwa aku lembik. Aku kemurungan, tiada siapa ingin aku cerita. Aku pendam ibu, sakit sangat ibu. Aku tak mahu kesekolah aku malu. Aku penat berjuang hari2 diejek dimaki.

Ibu tahu, ada suatu hari aku kesekolah aku sendirian ketika itu. Aku diejek sekumpulan lelaki. Aku takut sedih malu. Tapi aku tak menangis ibu. Aku tahan, aku pendam. Mungkin kerana aku sering sendirian aku selalu diejek, jadi mangsa.

Ibu tahu, anakmu ini sering mempersoalkan keadilan tuhan. Anakmu ini belajar sendiri mengenal tuhan. Belajar sendiri untuk solat. Ibu mana? Ibu hanya merajakan bapa. Ibu, anak mu ini sering derita namun Tuhan sentiasa ada. Aku cuba pegang tali agama dan banyak kali aku terlepas. Banyak kali ibu.

Ibu, anak mu ini ingin cerita bahawa bapa selalu meraba2 tubuhku. Ya Ibu, bapa mencabul aku.

Banyak kali ibu, ibu nak tahu sejak kecil bapa selalu buat begitu. Tapi aku tak tahu, bila semakin dewasa aku mula paham. Ibu, bapa manusia jahat. Aku mahu bagitau ibu, tapi siapa aku dimata ibu. Bapa raja. Aku entah siapa.

Ibu banyak aku mahu cerita banyak sangat. Tapi aku pendam, aku diam kerna aku tahu derita ibu lagi banyak. Tak tertanggung kan ibu. Ibu, anakmu ini tak pernah salahkan ibu bahkan terlalu sayangkan ibu.

Ibu, sudah2lah merajakan bapa, tunduklah pada yang Maha Agung. Aku kecewa lihat ibu jauh daripada Dia. Bapa sudah bahagia dengan perempuan itu.

Ibu pula, kini seolah2 cuba merapati aku. Aku kekok ibu. Namun aku cuba, aku pun semakin tua. Aku cuba memaafkan semuanya. Ibu tak salah, cuma ini jalan hidup aku bersama ibu tertulis begini.

Buat bapa, bahagialah bersama keluarga baru tu. Berubahlah. Aku penuh benci dendam pada bapa namun aku tetap letakkan bapa dalam doa aku. Dalam setiap doa aku. Bapa, berubahlah.
Cukup.. Sedikit cerita derita aku dulu..

Kini ada cerita baru,

Kenapa tak kahwin lagi? Kenapa memilih sangat? Kenapa tak nak kawan dengan dia? Kenapa sombong sangat? Kenapa?

Ada masa aku senyum simpul, ada masa aku gurau mahu lelaki ala2 perfect, ada masa aku diam. Ada masa aku buat tak tahu, ada masa aku ubah topik. Ini antara aneka pilihan jawapan aku.

Tapi mereka tak tahu, derita jiwa aku. Tak mungkin aku berterus terang. Mereka ibubapa kandung aku. Cukup aku cerita disini. Tak siapa tahu siapa aku. Biarlah, aku lebih selesa dengan jawapan diatas.

Jiwa aku sudah lama mati, patah. Aku mangsa perkahwinan yang diuji. Aku tak kuat ingin memperjudikan nasib ke alam perkahwinan.

Terlalu panjang aku mahu cerita tapi ckp sampai sini aku ringkaskan semua.

Buat pembaca, tolong doakan aku ya, aku dah berumur 30an. Bila, umur begini terlalu banyak kenapa? Kenapa? Takut juga aku terjatuh ke lembah “rembat je mana yang ada buat jadi suami”.

Doakan ibubapa aku supaya berubah jadi lebih baik ya. Doakan aku juga ya.
Kisah silam aku jadikan pengajaran. Jagalah keluarga kalian ya.

Yang Ikhlas,

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *