Sihir ni kalau dalam keluarga Melayu selalu sangat kita dengar. Kisah saudara mara atau kawan ke. Aku pun sama selalu sangat dengar sampai dah lali. Sampai sekali terkena dekat aku dan keluarga.
Salam semua aku perkenalkan nama aku Sarah (bukan nama sebenar) dah berkahwin dan dah ada dua orang anak.
Sejujurnya selama ini kalau aku dengar cerita tentang sihir atau kisah seram sebagai orang Melayu ni kita dah terlalu biasa dengar. Macam aku pun sama tapi aku tak pernah kena jadi macam tak tahu yang kita ni betul ke kena sihir atau tidak.
Tahun 2018 waktu ni bermacam dugaan terlalu banyak benda tak kena dekat aku suami dan anak yang baru umur 6 tahun. Hampir setiap hari bertengkar sekejap salah ini, sekejap lagi salah yang itu, dengan hal anak pula lagi.
Sampai aku dan suami yang selama ini jarang OT sampai malam selalu sangat malam balik anak pula ambil dekat tempat orang yang jaga tu malam. Selalunya pukul 6 petang dah ambil.
Pada aku semua yang suami aku buat semuanya salah dan pada suami aku pula apa yang aku buat semua salah. Hampir setiap hari kami bertengkar dan gaduh depan anak yang kecik lagi.
Selama ni kami memang dah set ye kalau marah ke atau nak gaduh tahan dulu biar anak tidur jangan gaduh depan mata anak.
Tapi tak tahu kenapa tahun 2018 tu sabar tak ada, marah sahaja ada. Sampai aku dapat rasa menyampah dan meluat nak balik rumah.
Sebab macam stress sangat kami bertiga pergi bercuti. Waktu ni rasa tenang aman damai romantik tak ada gaduh. Cuti 3 hari tu tenang sangat gelak ketawa tak ada nak marah. Jejak sahaja kaki masuk dalam rumah terus masing-masing melenting.
Aku dengan suami waktu tu memang tak terfikir macam something wrong somewhere ke dekat rumah sebab Alhamdulillah kami dekat rumah solat.
Tapi satu yang macam aku dengan suami tak sedar waktu tu berbulan kami dah tak solat berimam dan makmum. Selalunya maghrib isyak subuh kami berdua solat jemaah bersama. Tapi tahun tu tak terfikir kenapa semua solat sendiri.
Sampai raya tahun 2018. Balik kampung belah suami dekat Johor. Malam raya ke-3, dekat ruang tamu tu ada mak ayah mentua aku suami aku anak aku dan ipar duai. Anak aku main dengan adik ipar aku yang bongsu.
Sebab anak aku nak main kat luar yang gelap dia macam gurau, “Adam jangan main dekat luar nanti ada ghost ikut”
Mak mertua aku marah cakap, “engkau ni usu jangan buat main”
Sekali anak aku cakap, “oh ghost macam dekat rumah” kami semua tersentak ye. Aku dengan suami terus pandang antara satu sama lain.
Suami aku pun ambik anak aku letak atas riba dia dan tanya “Adam ada nampak ghost ke?”
Anak aku jawab “ada dekat rumah” aku pun tanya “bila adam nampak?”
Anak aku jawab yang dia dah nampak lama. Dia cakap setiap hari kalau balik dekat rumah dia akan nampak ada “ghost” berdiri dekat belakang aku dengan suami. Bila dia nak kasi tahu tak dapat sebab aku dengan suami asyik sibuk bergaduh.
Mak dengan ayah mertua aku dah risau. Dia cakap rumah kami tu ada kena apa-apa kan ke.
Mak ayah mertua aku suruh balik nanti aku dengan suami cuba cari ustaz/ustazah tolong tengok rumah tu ada masalah apa sebab dari cerita anak aku benda tu dah lama sangat cuma aku dengan suami berdua yang tak perasan.
Balik tu suami aku dengan suami tanya dan bincang dia tak pernah rasa atau nampak ke. Suami aku jawab tak, aku pun sama jawab tak sebab kami tak ada rasa atau nampak benda yang menyeramkan.
Bila nak balik tu parking dalam rumah entah macam mana terdetik aku pun tanya anak aku “Adam ada nampak apa-apa tak dekat rumah?”
Anak aku pandang pintu rumah lepas tu dia cakap “ada mama, ada ghost jaga” suami aku bila dengar dia reverse terus kereta kunci pagar dan drive.
Malam tu kami bertiga tidur dekat hotel suami aku pula dia ada call seorang ustaz ni kenalan bos tempat kerja dia. Bila call ustaz tu cakap Insya Allah besok lepas zuhur dia boleh datang.
Malam tu kami berdua tak dapat tidur. Sebab first time ye waktu anak aku cakap “ada ghost jaga” baru rasa meremang satu badan selama ni tak pernah rasa pun benda tu dekat rumah.
Bila malam tu suami aku tanya “sayang rasa tak tadi saya pun meremang first time rasa macam tu” aku pun jawab yang aku rasa benda sama.
Besok dalam pukul 2 aku kami ni ambil ustaz dengan isteri dia sekali datang rumah. Bila dia melangkah masuk isteri dia terus mengucap “Astagfirullahaladzim” jadi ustaz dan ustazah ni suami isteri dia pergi dapur, bilik air, bilik tidur, stor dan sekeliling rumah.
“Saya datang malam lepas isyak boleh tak saya nak bawa lagi 2 orang kawan” kami pun okay dan ustazah tu sarankan buat masa ni kami jangan duduk sini dulu. Malam nanti kalau diorang dah nak sampai baru datang.
Malam tu tepat pukul 9 datang ustaz tu ustazah dengan dua orang anak dia lelaki dengan perempuan. Diorang baca doa siram air sikit dan waktu ni aku dengan suami rasa meremang satu badan.
Anak aku memang kami dah hantar dekat rumah makcik yang jaga dia tu.
Selepas sejam anak perempuan ustaz tu cakap “rasanya ada benda orang letak” jadi kami pun cari dan tak jumpa. Cari dekat satu rumah tak jumpa. Bila fikir balik suami pun cakap besok saya akak rombak rumah cari benda tu.
Jadi besok pagi aku dengan suami lepas adik aku dengan adik ipar aku datang tolong. Kami semua ni alih semua barang dari karpet almari. Dari pukul 9 pagi sampai pukul 5 petang akhirnya kami jumpa 5 bungkusan.
Tahu tak macam mana dia letak, dia letak dekat kawasan yang payah nak cari lepastu dia selotepkan jadi memang kalau setakat cari pakai mata macam tu payah memang kena punggah barang baru jumpa.
Lepas maghrib ustaz tu dengan anak dia datang bila dia jumpa dan buka nampak macam-macam tulisan lepastu siap nama aku dan suami tapi dia bukan contoh ali bin abu tapi ali bin minah dia letak nama ibu dalam tu. Aku terkejut ye macam mana orang yang letak ni boleh tahu.
Ustaz tu dengan anak dia lupuskan semua barang tu. Malam tu aku dengan suami fikir siapa yang letak benda ni. Suami aku cakap dia syak sorang iaitu kawan dia, Zam. Aku terkejut juga jadi aku tanya siapa “Zam” bila dia bagitahu baru aku macam teringat.
Hujung tahun 2017 tu kami ada renovate rumah sikit suami aku upah kawan dia Zam. Tapi aku tanya dia macam mana Zam ni boleh tahu nama mak aku dengan mak dia.
Dia cakap Zam ni dulu pernah macam promote dia beli unit trust. Suami aku siap keluarkan ada borang yang dia isi tu dulu. Tapi tak sempat invest unit trust si Zam ni dia cakap berhenti. Katanya sejak renovate tu dia dah tak jumpa Zam jarang contact.
Then lepas tu suami aku call si Zam tu. Belum sempat suami aku tanya apa-apa Zam tu cakap, “kau dah jumpa ke?” Sambil dia gelak lepastu matikan fon.
Aku dengan adik dan adik ipar aku bila dengar tu dari loudspeaker terus meremang seram sejuk satu badan.
Sejak haritu nombor Zam tu dah tak aktif. Tanya orang pasal Zam ni pun ramai tak tahu dia duduk mana negeri mana. Zam ni dulu kawan suami aku dari zaman sekolah rendah lagi. Nak trace si Zam ni memang tak jumpa lah.
Aku dengan suami pun tertanya-tanya apa sebenarnya punca si Zam buat macam ni???
Alhamdulillah sekarang anak pun dah 2 dan segalanya berjalan lancar cuma itu lah sampai sekarang asyik bermain dalam fikiran kenapa?
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit