Kenapa Ada Skandal?

Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin sekiranya confession ini disiarkan. Aku tak pandai nak susun tapi aku cuba.

Semenjak dua menjak ni aku rasa ada sesuatu yang tak kena dekat ofis aku, aku tak nak campur tapi benda ni orang sekeliling dan aku hanya mampu berdiam diri dan tak ambik kisah tapi hanya berdoa. Nasihat pun tak jalan dah ni.

Masalah yang pertama, ada hubungan dengan suami orang walhal dia dah tahu orang tu suami orang.

Baik, yang ni aku tak tahu di mana silapnya. Sebagai seorang perempuan, kau dah tahu dia tu suami orang, ada anak tapi kenapa kau masih juga menjalankan hubungan.

Apa suami orang tu buat dekat kau sampai kau sanggup buat macamtu. Teori yang pertama mungkin lelaki tu kaya. Teori yang ke-2 cara lelaki tu memanjakan kau.

Luahan yang ke-2 skandal dengan rakan sekerja. Kalau dua-dua bujang tak mengapa la kut, ini satu suami orang dan perempuan bujang.

Elakkan keluar berdua dengan suami orang atau isteri orang. Kerja biarlah professional kalau dah kantoi susah oo..

Aku hairan bin ajaib. Benda ni viral kot curang, skandal. Tapi kenapa masih ramai yang terjebak korang tak ambil pengajaran ke dari kisah ni. Jawapan kawan aku “Benda sedap do” siapa yang tak terjebak.

Luahan yang ke-3 masih hal yang sama perempuan bujang ada hubungan dengan suami orang.

Baik ini kisahnya, lelaki tu dah ada tiga isteri (khabarnya) tapi lelaki tu rapat a.k.a ada hubungan dengan seorang perempuan bujang lagi. Aku hairan lagi sekali kenapa tergamak mereka berbuat demikian.. Ughhh.

Ini cerita yang aku rasa terkilan. Isteri pertama lelaki tu keguguran, then dia suruh kawan dia yang tolong tengokkan isteri dia. Dia bukan dengan isteri ke-2 bukan dengan isteri ke-3 tapi dengan skandalnya.

Aku tak tahu apa tujuan perempuan tu masih berkawan dengan laki orang tersebut. Mungkin dia nak kikis harta lelaki tersebut. Hahaha.

Sahabat pembaca sekalian, aku kesian dengan perempuan bujang. Incase sekiranya terjadi la korang kantoi. Lelaki tu takkan cerai dengan isteri dia. Dia takkan kahwin dengan korang. Lainlah kalau dia betul nak kahwin dengan korang.

Wahai perempuan, kalau dia nak kahwin dengan korang. Pastikan dia bawa korang jumpa isteri dia. Dia bawa ke? Korang kekasih gelap ja. Level korang di mana? Kau hanya berstatus skandal kawan.

Jika korang dah sampai ke ranjang kemudian kantoi? Maaf cakap, pelac*** pun kena bayar tau. Ye lah mungkin dia bagi korang duit dan barang mewah tapi janganlah kawan. Ingat anak bini kawan.

Para suami, isteri dan orang bujang yang rasanya terkesan dengan tulisan ini. Aku andaikan korang tidak tahu apa yang korang buat tu salah.

Aku tahu korang ada sebab yang korang dan Allah sahaja yang tahu kenapa korang berbuat demikian. Korang sebenarnya baik, sedarlah. Jangan sampai kantoi baru nak sedar.

Tapi aku terfikir jugak takkan la orang berpelajaran dan berkerjaya serta kaya macam korang ada skandal dan jadi skandal. Mungkin yang perempuan nak duit je.

Bijak sikit. Lelaki nak ranjang je. Kalau kahwin lagi takut diejek, isteri marah dan di judge masyarakat.

Sekian..

– Mr Anon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. yg ade scndel nie d org bkn x tau benda tue da mmg terang2 salah,ade je jnis yg ckp bab agama bkn main lg,aku yg tgk pn kdg sakit mata,bila kita ckp ehhh dia ckp kita nie jaga kubur masing2,zmn skrg penuh dgn cabaran…x tau mna yg halal haram…#mogakitasemuadlmlindungnNYA

  2. Normal la tu scandal kat tempat kerja. apo nk dikecohkan..kadang2 bosan gak hari2 makan mee segera. nk jugak rasa perisa lain…lamb chop ke.. chicken chop ke..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *