Kenapa aku? :'(

Hmm.okay mcm ni, aku dilahirkan dengan wajah yg cukup sempurna. Waktu form 2 form 3 dlu rajin jaga muka guna produk itu ini, licin halus, ramai org cakap muka aku mcm Lisa Surihani(no kidding).

Tapi bila naik form 4, aku tktahu mybe aku salah guna produk ke apa, muka aku naik jerawat cyst. Tahu kan jerawat cyst yg jenis besar gedabak sakit sgt tu.

Bukan sebijik dua, skrg ni cuma tinggal dua bijik mata aku je yg tak ada jerawat. Yg lain penuh dgn cyst ni.

Bukan aku tk pegi berubat. Name it, pakar dermatology, resdung,pencuci muka itu ini, for god sake i spent about thousands to treat my face. Pergi dermatologist tu dia elok kejap. Then bila stop sbb ubat tu bg effect sampingan, dia naik balik macam gila.

Pernah satu malam, aku mimpi, aku bangun tengok cermin muka aku putih bersih macam dulu semula. Then aku bangun dri mimpi tu, aku lari kt cermin, dgn harapan mimpi aku jd nyata. Tp hati aku hancur. Aku menangis dpn cermin rasa nak tumbuk cermin tu..

Dalam adik beradik aku, aku sorg je yg kena mcm ni. Abang aku, adik aku, semua org puji hensem cantik2. But when it comes to me, semua org mcm err "ni anak jugak ke?" Dorg tanya mak aku.

Aku puas bersabar. Aku puas tahan telinga. Dalam batch aku pun tkde sape yg ada masalah jerawat yg trlalu serious mcm aku ni. Sedangkan kulit lelaki pun lebih halus dri kulit aku..

Kdg2 aku fikir dpn cermin, apa guna Allah jadikan aku cantik kalau jerawat aku penuh kt muka…

Aku nk tanya, adakah jerawat tu pun satu ujian dari Allah?
Dan adakah jika aku bersabar dgn dugaan ini aku akan dpt pahala?

Tolonglah aku..
Buat masa ni aku buntu..dan aku hanya mahu syurga..

– TolongSaya

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *