Assalamualaikum semua. Aku tak tak tahu nak mula macam mana. Biasanya aku memang baca je confession dalam ni semua, komen payah juga. Ada yang menarik aku share. Tapi, dah sampai masa untuk aku share pulak kisah aku dalam ni.
Mohon jangan bash/ hina/ kutuk aku dan yang sewaktu dengannya..
Untuk info korang, aku perempuan 35 tahun. Bekerja sebagai customer service. Anak bongsu dari enam beradik. Dah berkahwin 6 tahun tapi belum ada rezeki anak. Aku cuma ada anak-anak bulus yang aku timang macam anak aku sendiri, macam keluarga aku sendiri.
Confession aku ada tiga kisah. Semua berkait rapat. Maaf kalau panjang :)
Pertama.
Dulu, tiap kali kawan-kawan aku kehilangan mak/ayah aku selalu tertanya-tanya.. apalah rasanya “kehilangan”. Mesti sakit menahan rindu pada orang yang dah tiada, yang tak akan kembali. Sampailah Disember tahun lepas, Bapak aku kena tahan wad sebab paru-paru berair.
Aku balik kampung melawat Bapak aku macam biasa. Bapak aku nampak sihat cuma tak lalu makan. Aku masakkan sup ayam kegemaran Bapak. Suapkan Bapak. Bapak makan sesudu dua saja. Aku balik ke Selangor semula sebab tuntutan kerja. Beberapa hari kemudian Bapak aku boleh keluar hospital. Aku rasa lega..
Tapi tak lama, kesihatan Bapak aku makin merosot. Batuk teruk dan masuk hospital semula. Kali ni teruk, terpaksa tebuk tepi dada untuk keluarkan air. 8hb Januari, anak saudara aku hantar gambar Bapak dekat hospital. Kurus sangat, berbeza sangat dengan sebelum ni.
Aku call Mak, Mak nangis-nangis bagitau Bapak dah teruk. Bila aku tengok gambar tu hati aku rasa tak best sangat. Kebetulan hari tu aku offday, jadinya aku terus balik kampung dengan suami dan ambik cuti kecemasan. Hati aku kuat mengatakan “sesuatu” bakal jadi, tapi aku nafikan. Aku tak nak fikir.
Aku melawat Bapak dekat hospital, sedih rasa. Kurus tinggal tulang je. Anak cucu datang pun tak hirau, tak sedar. Bapak tidur je. Aku cuci badan Bapak, bersihkan dari najis. Terfikir aku, biasanya aku hadap najis kucing tiap hari. Kali ni najis Bapak aku sendiri. Tapi Bapak tak nak susahkan anak cucu dia, najis Bapak pun tak ada bau apa-apa.
Oh ya, sepanjang Bapak dekat hospital, abang sulung aku yang jagakan. Alhamdulillah. Berkampung dia dekat hospital sepanjang Bapak kena tahan. Sampailah hari Khamis tu, aku dalam perjalanan nak balik ke rumah Mak lepas melawat Bapak.
Beberapa minit je lagi nak sampai ke rumah, abang sulung aku call bagitau Bapak dah nazak. Aku call orang dekat rumah suruh besiap ke hospital, aku sendiri dah tak keruan. Perjalanan ke hospital rasa jauh sangat, ditambah dengan lori-lori besar yang slow.
Lagi beberapa langkah nak sampai ke katil Bapak aku dapat berita Bapak dah takde. Gugur rasa jantung ni. Sedihnya tuhan saja yang tahu, aku salahkan diri kenapa waktu Bapak pergi aku tak ada dengan Bapak. Aku “marah” Bapak kenapa tak tunggu aku sampai..
Aku kenang balik selama ni kurangnya masa aku dengan Bapak. Bapak dah tua sangat. Tapi alhamdulillah penghujung hidup Bapak aku sempat gembirakan Bapak. Bawak Bapak jalan-jalan makan angin, belikan baju raya sedondon tiap tahun, belikan makanan sedap-sedap..
Aku cuti lama, aku murung kehilangan Bapak. Kesian dekat Mak. Bapak meninggal pada malam Jumaat, 9 Januari 2020 pada usia 84 tahun akibat septic shock. Alhamdulillah urusan pengebumian Bapak dipermudahkan dari awal hingga akhir. Aku kembali bekerja. Tapi tak sama.
Aku kemurungan teruk. Tak habis-habis salahkan diri sendiri. Sikit-sikit aku menangis. Aku selalu kena panic attack time bekerja. Tak semangat nak bekerja dan aku hanya fikir nak berhenti kerja. Bila emosi aku tak stabil, customer jadi mangsa kemarahan aku.
Berbulan-bulan aku macam tu. Kerap migraine, aku dan panadol/pain k1ller memang tak boleh dipisahkan. Aku suka drive time balik kerja, takpe kalau sangkut jammed pun. Bagi aku, lagi lama duduk dalam kereta lagi bagus. Aku hilang dalam dunia aku..
••••••••••••••••••••••••••••••
Kedua.
Aku duduk sekali dengan family mentua aku. Rumah besar, penghuni sikit. Kalau ada budak-budak meriahlah kot. Adik ipar belajar dekat Serdang, kakak ipar belum kahwin dan ada rumah sendiri dekat Shah Alam.
In laws aku ada business sendiri, kadang-kadang seharian kitorang tak jumpa walaupun duduk serumah. Waktu aku dan suami balik kerja, MakAyah mentua aku dah tidur. Biasanya kitorang akan ada satu hari untuk family outing. Semua wajib ada. Decide nak makan dekat mana. Kadang-kadang pakai baju warna sedondon satu family.
Mac lepas Bapak mentua aku (aku panggil Daddy), tak sihat sangat. Selalu mengadu sakit dada. Lepas balik dari Indonesia atas urusan business, makin teruk. Pergi klinik dan kena refer ke hospital. Time tu Daddy suspect covid, wad pun asing duduk sorang-sorang.
Aku tak sempat langsung melawat Daddy time tu disebabkan pelawat tak dibenarkan. Cuma suami aku dan kakak ipar yang ke hospital untuk uruskan Daddy.. Hinggalah satu malam tu suami aku call suruh bawak Umie & adik bongsu aku ke hospital, Daddy dah teruk katanya. Dalam hati aku “Allah, apa lagi lepas ni.. “
Kitorang tak sempat jumpa Daddy pun. Sedih aku tengok jasad Daddy terbaring atas katil. Aku tengok kasut yang selalu Daddy pakai ada bawah katil. Makin teruk aku nangis. Umie jangan cakaplah. Umie dengan Daddy tak pernah berenggang kalau ke mana-mana.
Aku pun tak boleh nak fikir macam mana Umie nak teruskan hidup tanpa Daddy. Umie pergi mana-mana pun semua Daddy hantarkan sebab Umie tak pandai drive. Aku tak tau..
Cantik aturan waktu Daddy pergi, waktu negara kita PKP. Semua anak-anak ada dekat rumah. Kakak aku work from home. Adik aku tangguh sem sampai tahun depan. Sekurang-kurangnya semua ada temankan Umie.
Ya, 23hb Mac 2020 Daddy tinggalkan kami semua sebab masalah jantung. Bulan puasa kitorang terasa sunyi sangat sebab biasanya kerusi meja makan akan penuh. Tahun ni ada satu seat kosong. Tak ada yang selalu bacakan doa makan dan buka puasa panjang-panjang lagi..
Sebenarnya aku kesian juga dekat suami aku. Mula-mula hilang bapak mentua, kemudian ayah sendiri. Suami aku mengadu jugak waktu Bapak meninggal dia menangis lepas balik dari kubur. Waktu Daddy meninggal suami aku langsung tak menangis. Kitorang sama-sama stress. Kitorang banyak tidur dan hidup dalam dunia sendiri..
Murung..
••••••••••••••••••••••••••••••
Ketiga.
Semua orang tahu aku suka sangat dengan kucing. Dekat rumah aku ada 3 ekor kucing yang asalnya aku jumpa tepi jalan je. Si bapak namanya Mot, si mak namanya Teh dan anak dorang Bacca (shortform dari Chewbacca).
Aku panggil 3 budak gemuk ni permanent resident (penghuni tetap) sebab aku ada ramai kucing stray yang datang makan dekat rumah. Kucing stray = temporary resident sebab selalu datang dan pergi. Aku memang ada peruntukan makanan untuk kucing-kucing stray aku. Memang akan ada makanan dalam mangkuk dorang sebelum aku pergi dan balik kerja.
Susah juga aku nak habiskan kisah ketiga ni. Sebab hati aku terlalu sakit..
Ini kisah Sushi, stray yang aku jaga dari kecik sampai dah besar, dah handsome. Sushi ni satu badan warna putih, ekor panjang dan playful sangat. Aku sayang sangat dengan Sushi sampaikan Bacca selalu jelous. Aku sunatkan Sushi sebab aku tak nak dia belajar spray sana-sini. Tapi aku lepaskan je dia dekat luar dan dia tak pernah pergi jauh.
Untuk info korang, Sushi ni pekak dan disebabkan kekurangan dia tu aku sayang sangat kat dia. Dia selalu tidur depan sliding door tunggu makanan. Waktu aku pergi kerja dia akan hantar dan akan tunggu aku depan gate bila balik.
Aku selalu pesan dekat dia jangan tidur bawah kereta orang nanti kena langgar, walaupun dia pekak Aku akan susah hati bila dia tak balik rumah ataupun tak ada datang makan.
Aku panggil dia “sleepy Sushi” sebab muka selalu mengantuk macam baru bangun tidur. Suka kejar lipas dan tinggalkan bangkai lipas depan rumah. Aku selalu cium hidung pink dia. Aku akan usap-usap badan dia kalau nak kejutkan dia dari tidur sebab bila panggil dia tak akan dengar. Aku risau sangat kalau dia kena langgar sebab tidur bawah kereta..
Allah, aku tak kuat..
Dan dah jadi habit aku akan check bawah kereta sebelum gerak takut Sushi atau kucing lain tidur dekat bawah. Tapi semalam aku tak check langsung bawah kereta, aku reverse kereta macam biasa dan tiba-tiba aku rasa macam terlanggar sesuatu. Aku jenguk dekat tingkap.
Allah.. Sushi! Aku langgar Sushi!! Sushi menggelupur sebab kepala pecah. Aku keluar kereta meraung-raung sambil jerit panggil adik aku. Tangan aku menggigil call suami aku. Aku cakap “saya langgar Sushi. Sushi m4ti, saya langgar!”
Aku peluk Sushi. Aku urut-urut badan dia. Ya Allah banyaknya darah. Banyak kali aku cakap “sorry Sushi sorry Sushi..” B****hnya aku tak check langsung bawah kereta. Aku menangis teruk jiran tengok pun aku tak kisah. Kalulah boleh undur balik masa. Sayangnya aku dekat Sushi.
Aku pegang Sushi urut-urut badan dia sampai nafas akhir dia. Aku bvnvh Sushi! Aku selalu risau dia kena langgar tapi aku sendiri yang langgar dia! Seumur hidup aku akan rasa besalah!
Aku minta maaf dekat suami dan adik ipar aku sebab aku langgar Sushi. Dorang pun sayang Sushi. Tangan aku sampai hari ni masih menggeletar. Aku rasa fobia sangat nak reverse kereta. Aku parking kereta aku tempat lain, bukan tempat biasa, tempat aku langgar Sushi.
Aku rindu susuk dia tengah tidur depan pintu, tunggu aku balik depan gate. Aku terpaksa simpan mangkuk biru dia sebab aku sedih bila tengok. Semua cakap bukan salah aku, aku tak sengaja langgar Sushi. Tapi aku cuai. Aku cuai sampai Sushi m4ti. Allah..
Baru tahu macam mana rasanya jadi “pembvnvh” kucing kesayangan sendiri. Aku pernah baca satu confession, dia “terbvnvh” kucing dia dalam mesin basuh. Aku? Aku langgar kucing aku sendiri. Aku harap Sushi maafkan aku, dan aku harap Sushi tahu aku sayang sangat dekat dia.
Buat masa sekarang, aku tak boleh langsung tengok gambar/video kucing putih. Aku sedih! Sebelum Sushi, aku hilang Miki pada tahun 2016, kemudia Zeus pada 2018.. dan Sushi pada 2020. Aku rasa macam sumpahan bagi aku tak boleh sayang dekat kucing jantan.. dan sekali lagi aku rasa give up. Aku murung.
KENAPA? Kenapa tinggalkan aku? Apa yang dah aku buat? Aku tak larat nak rasa kehilangan lagi ya Allah..
••••••••••••••••••••••••••••••
Worst year ever.
Cukuplah setakat ni. Aku menaip sambil menangis. Aku baru je redha dengan kehilangan Bapak dan Daddy. Aku baru start nak rasa happy-happy pergi kerja, tapi Allah ambik pulak Sushi aku. My sleepy Sushi. Aku tak tahu lepas ni apa/siapa lagi yang akan tinggalkan aku..
Pada siapa yang tahu/kenal aku, aku harap korang diam-diam je lah ye. Jangan nak tag-tag nama aku pulak. Aku sekadar meluahkan perasaan terbuku je. Sebenarnya tadi aku ke klinik, doktor tanya kenapa aku migraine?
Aku cakap sebab banyak menangis.. haha. Tapi doktor tu diam sekejap dan tanya balik aku sebab kehilangan ahli keluarga ke? Aku cerita dari A sampai Z, aku menangis depan dia dan aku cakap aku stress dengan hidup aku. Banyak doktor tu bagi nasihat dan aku appreciate sangat sebab dia sudi dengar.
Okay, aku harap korang boleh doakan aku supaya aku berjaya meneruskan kehidupan ni.. haha. Tipulah kalau aku tak pernah fikir nak m4ti. Sebab Mak aku dan suami je aku kuat.. Oh ya, doakan aku dapat baby dan doakan mental & emosi aku okay. Thanks!
– cikyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit