Hai, assalamualaikum, Kenalkan aku Z, seorang gadis yang sudah terbiasa berdikari dan kental berbanding adik beradik yang lain. Melanjutkan pelajaran di universiti awam dan di sini banyak benda aku hadap. Sedikit panjang luahan aku.
Waktu zaman persekolahan, aku seorang introvert dan ulat buku. Sudah terbiasa di caci dek kerana rupa parasku yang penuh dengan jerawat, badan yang gempal.
Pernah diperli oleh kawan2 dan pernah dikeji. Pernah menjadi mangsa buli. Ditarik tudung sampai terkoyak tudung. Walaupun aku seorang introvert, banyak aktiviti zaman persekolahan aku libatkan diri. Segala aktiviti aku join untuk mengasah skills.
Aku juga seorang yang tidak ambil kisah dengan orang sekeliling. Circle ku hanya antara mereka yang aku selesa. Tidak suka mencari gaduh dan tidak suka bergaduh walaupun aku seorang yang agak kasar. Tutur bicaraku aku jaga agar tidak mengguris mana2 pihak
Masuk alam kolej, aku sedikit berubah. Aku dikenalkan dengan kawan2 yang tidak mencela rupa parasku. Sedikit demi sedikit mereka mengubah penampilanku. Dari yang dulu hanya berpakaian selekeh, menjadi lebih kemas. Pelbagai produk muka diperkenalkan.
Alhamdulillah aku bahagia bertemu mereka. Namun perkenalan hanya sekadar 1 tahun 6 bulan. Setelah itu aku menyambug degree di selatan tanah air. Sangat jauh dari rumahku yang berada di utara tanah air.
Jejak sahaja aku di alam universiti, disini personalitiku berubah 80%. Dari seorang introvert, aku berubah kepada ambivert. Dari seorang yang tidak suka mengambil tahu hal orang, aku menjadi seorang yang perlu untuk mengambil tahu.
Dari tidak suka bergaduh, kini aku lancang untuk bergaduh. Hanya kerana aku memegang jawatan yang agak tinggi. Dimana semua orang akan berurusan dengan aku dalam setiap perkara.
Di mana silapnya?
Aku cuba untuk menjadi seorang ketua yang adil kepada semua orang. Aku cuba untuk keluar dari kepompong yang tidak memperdulikan orang lain. Aku cuba untuk sentiasa adil di dalam setiap tindakan aku. Namun acap kali dicemuh oleh beberapa anak buahku sendiri.
Bermula di sini juga, aku dikenalkan dengan sikap keras hati. Dan tutur bicara ku agak sedikit tajam.
Zaman universiti aku penuh dengan cabaran.
Senior lelaki aku merangkap orang atasan aku gelarkan dia Mr H. Aku dibenci aku hanya kerana satu kesalahan yang aku lakukan sewaktu menjadi orang bawahanya.
Ceritanya bermula apabila aku ditugaskan olehnya untuk menjaga anak buahku sendiri. Segala aktiviti yang bakal dilakukan adalah berdasarkan aku sendiri.
Ya.. Aku lakukannya. Aku cuba untuk menaiikan nama department aku. Aku asah anak2 buah aku untuk menjadi lebih cekap dalam tugasan yang diberi.
Aku pun dah mendapat kebenaran pada awal aku dilantik oleh dia sendiri. Tak dinafikan aku ada sedikit kelebihan di dalam department aku. Aku tahu apa yang lain tak tahu. Lantikan juga dilakukan setelah melepasi beberapa ujian dan interview
Namun, tak aku sangka Mr H rupanya dalam diam memerhati.
Awal dahulu hubungan aku dengan Mr H sangat baik. Dia melayan aku seperti yang sepatutnya seorang perempuan dilayan.
Namun selepas satu kejadian yang bagi aku bukan masalah yang besar iaitu aku tetap mahu jalankan rencana yang aku sudah rancang bersama anak buahku dibantah dengan tiba-tiba oleh Mr H.
Awalnya Mr H hanya bertanya akan rancangan yang aku sudah rancang dia setuju. Tapi aku dapat tahu yang Mr H juga mahu lakukan perkara yang sama namun ditolak mentah oleh anak buah di departmentnya sendiri.
Ramai yang membantah. Dan akhirnya aku dipaksa untuk tidak melaksanakan rancangan aku sendiri dengan pelbagai alasan.
Tapi aku tidak peduli. Aku tetap dengan pendirian ku untuk teruskan rancangan aku. Ya, bermula saat ini aku mula dibenci olehnya.
Awalnya aku hanya memandang sebelah mata akan hal ini. Namun ianya melarat dan makin teruk. Aku turunkan ego aku. Sudah berbuih mulut aku meminta maaf. Dari berhadapan hingga lah ke whatsapp. Mr h maafkan aku namun bagi aku itu hanya kemaafan di mulut bukan di hati.
Bayangkan.. Aku diperlakukan seperti seorang budak kecil yang nakal. Aku dimarahi dihadapan anak buahku sendiri dan dihadapan anak buahnya. Tanpa aku ketahui apa kesalahanku.
Awalnya aku tertanya-tanya. Mungkin aku saja yang perasan namun makin lama, seorang demi seorang menegur kenapa Mr H acap kali memarahiku tanpa sebab yang munasabah. Ada juga yang lain melakukan kesalahan namun dibiarkan.
Kenangan yang ku ingat,
Satu department aku dikenakan denda hanya kerana kesalahan seorang. Kami dikehendaki berlari 2 pusingan naik turun bukit di dalam kampus yang berjarak 2.4km.
Namun hal tak terduga terjadi apabila salah seorang anak buahku pengsan di atas bukit. Aku sebagai seorang ketua, menemani anak buahku di atas bukit sambil ditemani beberapa orang yang lain.
Turun sahaja dari bukit, salah seorang rakanku memberitahu bahawa Mr H tiba-tiba sahaja mencariku dengan nada marah apabila tidak nampak kelibatku bersama yang lain sewaktu yang lain turun dari bukit.
Anak buahku menerangkan apa yang terjadi kepadanya namun tiada respond.
Tapi bila bertemu, Mr H hanya menjeling aku tanpa berkata apa. Hairan. Tadi marah sangat.
Selanjutnya, setiap hari minggu, kami semua akan berkumpul di perkarangan parkir universiti. Aku sebagai ketua dikehendaki untuk melaporkan kehadiran anak buahku kepada Mr H. Tahu apa balasan Mr H?
Sewaktu aku melaporkan jumlah anak buahku. Dia hanya menjeling aku. Eiii geram rasa nak hempuk guna kasut kawad.
Pantang ada kesalahan sedikit, dia akan cuba meninggikan suaranya. Seakan mahu yang lain mendengar juga apa kesalahanku.
Awalnya memang aku terguris dan sedih. Tetapi bila kerap kali diperlakukan begitu, aku sudah lali.
Tanpa ada ribut, pasti ada yang akan dimarahi nya.
Sampai satu ketika, aku malas nak menghadap wajah Mr H, aku berpura2 sakit. Aku mewakilkan penolongku (lelaki) untuk melaporkan kehadiran. Tahu apa Mr H buat?
Dicarinya aku.
Mana Z? Soalnya sambil mata melilau mencari susuk tubuhku. Padahal sebelum ini,tidak kisah lah siapa pun yang melaporkan kehadiran asalkan dari kalangan majlis tertinggi.
Soalan yang kadang2 tidak masuk akal ditanyakan kepadaku. Apabila aku menjawab tidak tahu. Lah dimarahnya aku. Padahal soalan tersebut berkaitan dengan ahli yang lain.
Kalau di dalam ruangan meeting, pasti ada sahaja cadangan aku dibangkang olehnya. Bayangkan seusai sahaja kami pulang dari kursus, dan melakukan post-mortem bagi khursus tersebut. Setiap ahli jawatankuasa dikehendaki menyuarakan isu yang terjadi.
Banyak isu yang disuarakan oleh ahli yang lain. Tiba sahaja bahagianku dalam menyampaikan apa isu yang berlaku dan cara menangani, tiba2 Mr H mencelah. Membantah dan memperlekehkan ku.
What? Are you look down on me?
Agak tersentak, namun aku cuba untuk menjadi professional kerana dalam mesyurat tersebut ada tuan yang merupakan orang atasan kami.
Tahu apa Mr H cakap ?
“Z ni manjakan sangat anak buah” “Z punya isu tak relevant.”
Ku diam. Malas menjawab. Tapi sengaja aku menyuruh ahli yang lain menyuarakan pendapat yang sama, tahu apa yang Mr H lakukan? Dia bersetuju akan isu tersebut. Dikatakan akan diperbaiki pada kursus akan datang.
What the..
Aku penat, aku penat menghadap Mr H. Sebabkan dia, aku menjadi lancang dalam berbicara. Aku banyak kali cuba untuk menjernihkan keadaan. Namun sia2. Ada sahaja benda yang nak dipertikai Mr H.
Sepanjang berada di universiti juga, aku menjadi seorang yang fake. Di depan mungkin aku baik tapi dibelakang banyak cemuhan aku buat. Aku geram. Banyak ketidakpuasan aku, aku suarakan kepada rakan2ku.
Pernah sekali aku difitnah oleh anak buahku sehinggakan semua orang memalau dan mencaciku. Aku dikatakan seorang ketua yang tidak berhati perut. Suka menyerang orang lain sesuka hati.
Namun sebaliknya berlaku. Si penyebar fitnah sebenarnya mendatangkan masalah dimana dia selalu mendatangkan masalah kepadaku namun aku sedaya upaya menyelesaikannya tanpa melibatkan orang lain.
Banyak rungutan dari orang lain berkaitan perangai si budak ni seperti mulutnya yang sentiasa mencarut, menjeling orang lain dan lain2 pernah dia meluahkan seuatu yang agak sensitif kepadaku.
Aku hanya mendengar dan menutup mulut. Tidak pernah berkata kepada sesiapa pun. Tiba2 cerita tersebut tersebar dan aku dituduh menyebarkan perkara tersebut.
Dia mengatakan aku bermulut tempayan dan sebagainya. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berjumpa face to face tapi ditolak olehnya dengan alasan malas berjumpa denganku. Ku paksa berjumpa juga.
Aku tidak mahu perkara ini diselesaikan melalui whatsapp kerana banyak potongan ayat aku di SS dan disebarkan padahal ayat tersebut tidak lengkap.
Akhirnya aku dapat tahu bahawa cerita yang sama diberitahu kepada yang lain. Maksudnya memang bukan aku sahaja. Tapi dinafikan. Tah la.
Aku juga pernah dimaki oleh anak buahkan (lelaki) di dalam group official hanya kerana aku menegur perbuatanya yang menuduh salah seorang ahli menyebarkan virus kepada aweknya.
Tak ku sangka isu ini berpanjangan sehingga terpaksa bermesyuarat. Aku sekali lagi disalahkan oleh Mr H kerana membalas makian itu dengan makian.
Hanya aku dan departmentku yang kenal perangai si L tu macam mana. Aku sudah tunjuk bukti makian yang melampau dan cara aku membalas.
Awalnya aku membalas makian dengan teguran baik tetapi bila makin melampau aku pun naik maki balik. Sehingga lah aku ditenangkan oleh yang lain. Tapi aku tetap disalahkan kerana menegur secara terbuka. Tah la pusing2 aku disalahkan balik bukan si L.
Perangai Mr H juga kadang2 membuatku hairan. Ada kala dia sangat baik kepadaku walaupun selebihnya hanya mahu mencari kesalahanku.
Setiap kali ada akviti sukan, pasti nama ku dan namanya di gandingkan bersama padahal semua orang tahu aku dan Mr H sangatlah tidak baik perhubungan kami.
Aku juga mendapat tahu bahawa senarai tersebut akan ditapiskan oleh Mr H dahulu sebelum diberi kepada yang lain.
Akan tetapi kerap kali juga kami menjadi juara di dalam setiap perlawanan. Aku cuba sedaya upaya tidak mencampurkan hal peribadi denganya.
Jika ada aktitiviti kemasyarkatan pasti aku sekali lagi digandingkan bersama. Namun dilayan aku seperti budak kecil. Itu tak boleh ini tak boleh. Itu bahaya ini bahaya. Eh peninglah. Kejap baik kejap period.
Tamat sahaja aktiviti yang dilakukan, sikap Mr H yang baik bertukar menjadi hulk kembali.
Dengan aku je auto period. Asal dengan aku je muka serius memanjang. Tah la..
Pernah dijatuhkan oleh rakanku sendiri hanya kerana mahukan jawatan yang ku pegang. Di buat drama olehnya.
Dihasut orang atasan sampaikan aku dipalaukan oleh atasan untuk beberapa bulan. Dikunci dari luar bilikku sendiri hanya kerana mereka mahu memujuk rakanku yang sedih kerana tidak mendapat jawatanku.
Salah lagi ke aku?
Aku tahu, aku bukan baik. Aku pun ada jahatnya. Tetapi kenapa aku perlu dibenci sebegitu rupa? Hanya kerana aku leader perempuan yang pertama di dalam unit tersebut? Tetapi pilihan bukan dibuat dengan lantikan bersahaja. Banyak ujian dan interview aku lalui.
Aku pun tidaklah terlalu serius dalam menjalankan tugas. Ada juga hiburan. Aku sukakan sesuatu yang santai. Lain dengan cara Mr H handle anak buahnya. Jika A, harus A walaupun ramai bantah.
Cara aku, aku akan menjalankan perbicangan bersama dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Tapi aku disalahkan Mr H. Dikatakan aku tidak pandai membuat keputusan.
Aku juga dipalaukan oleh coach aku sendiri tanpa aku ketahui sebabnya. Tiba2 sahaja aku dilayan teruk olehnya. Mungkin kerana aku tidak pandai bergurau seperti yang lain.
Aku amat menghormatinya sebagai guru. Tidak pernah melebihi di dalam gurauan. Tetapi aku tetap dibenci. Hingga sekarang.
Apa lagi salahku?
Setelah banyak yang aku lalui, aku menjadi seorang ketua yang dahulunya caring, kini hanya membiarkan sahaja.
Kau sakit?
Kau sedih?
Kau tidak mendapat hak kau?
Tiba2 sakit andai ada aktiviti?
Aku hanya mendengar. Letih dengan kesempatan yang sengaja diambil oleh sesetengah pihak.
Pernah aku dimarahi atasan kerana anak buahku tidak cukup sewaktu melakukan aktiviti. Dikatakan sakit tahu2 sahaja sedang berjalan2. Aku disalahkan lagi kerana memberi muka kepada anak buahku.
Aku dikatakan ketua berkuku besi. Tidak pedulikan orang lain. Namun segala keputusan aku masih menitik beratkan sokongan dan pandangan yang lain. Tapi hanya yang terlibat sahaja.
Aku disalahkan lagi.
Aku dah penat menjadi baik. Penat menjadi baik kepada orang lain.
Kini, aku sudah melepaskan jawatanku.
Aku bahagia namun perangaiku sudah berubah.
Aku rindu aku yang dahulu namun agak mustahil untuk aku kembali.
Patut aku berubah kembali ke diri asalkan atau kekal sahaja dengan diriku yang sekarang?
Tapi di dalam kesusahanku, allah hadirkan 3 kawanku yang sentiasa support jatuh bangunku.
Cuma aku hairan. Memang aku dilahirkan untuk dibenci?
Apa sahaja kelebihan aku dapat, pasti akan ada yang cuba menjatuhkan.
Aku tak hebat. Aku juga berusaha seperti yang lain.
– Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit