Kenapa Aku “Aku”

Assalamualaikum semua, aku Saraw.. Ini pertama kali aku menulis di sini. Aku hanya ingin berkongsi kisah hidup aku yang agak pendek.

Aku merupakan seorang perempuan berumur lingkungan belasan tahun. Aku sudah melanjutkan pelajaran aku di matriks xxx.

Aku tidak lah happy di sini, aku merindui zaman sekolah menengahku. Aku rindu segalanya. Kawan, guru, suasana belajar segalanya lah. Tetapi itu bukan apa yang aku ingin ceritakan..

Dahulunya aku bersekolah di sekolah menengah yang agak pendalaman. Aku bukan budak pandai tetapi di situ tidak ramai budak pandai jadi aku diketagorikan sebagainya.

Aku anak cikgu di sana. Jadi semua orang mengharapkan yang tinggi kepadaku. Dari segi akademik dan lain-lain tapi hakikatnya aku bukan semua itu.

Aku hanya orang yang suka cakap lebih tetapi memberikan hasil yang biasa-biasa sahaja.

Aku tidak tahu mengapa semua orang memberikan aku harapan dan sokongan dalam sesuatu yang aku tidak mampu. Sudah beberapa kali aku terjebak dengan situasi ini

Pertama aku diletak di kelas aliran sains walaupun aku sudah merayu untuk keluar aku ingin aliran sains comp sebab itu yang aku minat..

Tapi alasan guruku adalah “kalau bukan kamu siapa lagi yang boleh berada di sini” aku tidak tahu yang pasti aku tahu aku tidak mampu. Tetapi aku tidak berjaya untuk keluar tersepit lah aku di aliran yang aku tidak minat.

Semua guru hanya mengeluarkan kata kata semangat “kamu boleh”, “alah senang je ni”, “kamu ni budak pandai mesti boleh” TIDAK! Aku tidak boleh..

Atas sebab ini keputusan SPM aku amatlah teruk.. Aku yang meminta maaf kepada guru-guru subjek ku kerana tidak mampu memberikan result yang bagus

Terkejutnya aku apabila aku mendapat tawaran matriks setahun.. Aku berfikir boleh ke aku. Dan aku angkuh aku kata aku boleh sedangkan aku tidak.. Jadi melangkah lah aku ke alam matriks.

Minggu pertama aku menangis kerana tidak tahan dengan cara pelajaran yang cukup laju.. Setiap ujian diagnostic aku dapat markah kosong. Ye kosong!

Pensyarah2 di sana tegur aku untuk tidak main-main.. Aku usaha tapi itu sahaja aku mampu.

Aku penat. Aku ni tak cantik, tak pandai, tidak ade bentuk fizikal yang menarik, aku tidak ade bakat menyanyi, menari melukis pun tidak ada.. Aku tiada apa apa.

Aku juga tidak pandai bergaul, tidak peramah tidak rajin. Aku rasa apa sahaja yang bagus tentang “aku” ini. Aku tidak tahu dan aku penat.

Aku rasa hampir setiap hari aku rasa kosong. Itu sahaja.

Mungkin agak kucar kacir cara penyampaian aku. Tetapi aku perlu satu tempat untuk aku luahkan perkara ini.

Terima kasih membaca luahan aku..

– Saraw (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. kalau rasa kosong tak boleh, try rasa satu. hahaha. melawak ja. kita ni kalau fikir semua benda tak boleh, memang sampai bila tak boleh. cuma awak je boleh ubah apa yang tak boleh tu jadi boleh. perkara biasa semua orang dalam usia peralihan dari remaja ke dewasa. kuat semangat dan jalan terus. semoga dipermudahkan urusan

  2. ini nasihat je tau. apa yang datang kepada kamu adalah satu rezeki yang allah bagi. allah tahu kamu mampu laluinya. cuma keyword dia satu je, kene rajin. duduk dekat matrik bukan suatu yang senang. dari pagi smpi petang kelasnya. letih? memang letih, tapi push yourself to the limit. never give up! always percaya yang ini semua allah bagi dan allah tahu kita mampu. keep going girl! i know you can do it!

  3. Saya menghadapi apa yg awk alami sedekad lalu dimana saya nak amik sastera tp cikgu kata awk pmr bagus patut amik sains, then masuk matrik pula amik akaum walaupun takde asas akaun masa spm, target nak sambung stpm sbb ada kursus yang kita nak tapi cikgu datang rumah kata result awk bagus (sebenarnya biasa je) then kata pergi je dengan harapan mina boleh pupuk (atau sebenarnya malas nak uruskan rayuan stpm saya Wallahualam)
    .
    Nangis tu ofkos la bersaing dengan budak asrama straight A kot berbanding kita result tak gempak + tak de asas
    .
    Kalau awk xboleh jgn teruskan try cuba lain pula, even da labur duit ke matrik daripada awk lost masa deaa awk,. Naya je
    .
    Konklusi yang saya dapat bila dah habis degree adalah, bersikaap tegas dengan keputusannya diri sendiri, pandangan orang lain hanya rujukan untuk just bantu kita tentukan hala tuju sebab at the end, kita sorang² survive di alam pekerjaan nanti
    .
    Sekian, semoga dipermudahkan urusan awk, jaga diri❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *