Salam sejahtera pembaca IIUMC, aku salah seorang silent reader yang beranikan diri untuk confess dalam ni. Kalau baca tajuk, ada orang dapat relate. Tapi aku akan teruskan kisah aku.
Pada usiaku kini masuk 27 tahun, berkahwin dan memiliki 2 orang anak. Aku bersyukur aku dibesarkan dan hidup dalam keadaan cukup sempurna dan sederhana.
Ya ada waktu susah, ada waktu senang. Tapi alhamdulillah aku dapat juga habiskan degree, dan bekerja di syarikat swasta. Nampak normal kan, tak ada apa yang special pun.
Flashback 10 tahun lepas, kira hujung tahun 2010 aku dapat satu verbal confession dari seorang saudaraku yang tak mampu simpan “rahsia” ini lagi. Dia bawak aku masuk bilik, dan dia menceritakan kepada aku sesuatu yang membuatkan aku speechless, ya aku anak luar nikah.
Sebelum2 ni dari kecik lagi kalau aku tanya “mana ayah aku”, mak aku selalu bagitahu ayah aku dah meninggal sebelum aku lahir. Jadi aku disuap dengan cerita itu, sama juga kalau tanya pakcik makcik, nenek atuk aku.
Tapi sejak aku tahu hal sebenar, aku rasa ada sesuatu “beban” yang berat aku pikul dan perasaan tak puas hati dekat mak aku sebab tak jujur je dengan aku tentang status aku. Saban hari, saban bulan, saban tahun perasaan tu menebal. Apa saja dia buat, aku akan persoal dalam hati aku.
Mak aku start pakai tudung, aku persoal. Mak aku berubah ke arah kebaikan, aku persoal. Senang cerita sejak 2010 sampai lah 2020 ni aku memang tak puas hati dekat mak aku dalam hal berkaitan apa-apa sekalipun.
Kadang-kadang tu benda kecik je and aku boleh beralah, tetapi disebabkan perasaan dan “beban” tu aku lawan balik mak aku. Setiap kali raya aku minta maaf pun sumpah tak ikhlas, selalu je terdetik dalam hati “bila mak aku pulak nak mintak maaf dan beritahu perkara sebenar pada aku”.
Ada jugak aku cuba cari peluang terbaik untuk luahkan isi hati aku yang terbuku lama ni, tapi aku tak mampu nak luah entahlah sebab apa. Aku cuma rasa yang mak aku patutnya cari inisiatif nak bagitahu hal sebenar, dan aku nak dengar sendiri dari mulut mak aku.
Perkara ini berlanjutan sehingga lah 2019, ada satu hari ni mak aku dengan isteri aku bergaduh mulut dekat kampung belah mak aku. Of course aku lah paling terasa tempiasnya, yelah sebagai anak kepada mak aku, dan sebagai suami kepada isteri aku.
Geng2 suami mesti ada yang rasa benda ni kan? Haha. So dipendekkan cerita, mak aku dengan isteri aku memang tak bersua langung laa, apa lagi bersalaman ketika nak balik rumah.
FYI, mak aku ni kalau mengamuk memang tak ingat dunia, kalau whatsapp tu memang tak sah kalau tak beratus2 masuk, sebab nak berleter and cerita yang dia ibu yang melahirkan aku, aku patut utamakan dia, ajar sikit isteri supaya hormat mak mertua dan bla bla bla.
Tapi dalam beratus2 tu ada satu ayat dia yang memang aku tak boleh terima, “kau tau tak atuk kau meninggal sebab kau tak jaga dia”. Ya, orang banyak cakap aku “cucu kesayangan”, tapi aku tak pernah kisah sebab apa aku dapat gelaran tu.
Yelah, aku pernah dijaga oleh atuk aku semasa kecil, dan aku pernah duduk dengan atuk aku semasa aku Latihan Industri selama 6 bulan. Selepas aku dapat offer di negeri lain, aku buat keputusan untuk berdikari dan berkahwin selepas itu.
Okay berbalik kepada Whatsapp mak aku yang pulun tak hingat dunia tu, aku rasa mak aku dah melampau sangat sebab tuduh aku macam2 (yang ni aku dah biasa).
Tuduh isteri aku macam2 (yang ni aku dah bengang tapi aku still pertahan isteri aku kalau tak betul), tuduh mertua aku macam2 (yang ni aku dah start reply kasar kat mak aku), and now siap tuduh aku yang menyebabkan arwah atuk aku meninggal.
Mengigil jugak darah aku kena macam tibai macam ni. So, aku explode dan aku luahkan isi hati aku yang terpendam selama hampir 10 tahun ni. Lepas je aku bagitahu yang aku sebenarnye dah tahu pasal status kelahiran aku, then mak terus diam lama dan hanya seen & bluetick.
Lepas 5 minit, mak aku balas “kau tak tahu cerita sebenar, kau tu budak je lagi, kau lagi percaya orang lain dari mak kau sendiri, aku ni mak kau yang besarkan kau”.
Lepas tu aku reply, “I’m 27 years old now, I know it’s hard to swallow but I can handle this, I also know it’s hard for you to tell me but just tell the truth”. Saat tu, sungguh aku dapat rasakan, “beban” yang selama ni aku galas, berlalu pergi seperti angin berlalu.
Kini ditahun 2020, masa awal2 negara kita belum lagi kecoh dengan Covid 19 ni, aku balik kampung berdua je dengan anak no.1 aku sebab ada event family sedara mara. Isteri aku tengah berpantang dekat rumah mertua lepas bersalin anak no.2.
Keesokan paginya, selepas solat Subuh mak aku masuk bilik yang aku tidur dan duduk tepi aku yang masih baring sebelah anak aku yang masih tidur.
Tetiba mak aku buka cerita sebenar. Yang aku memang anak luar nikah, “bapak” aku bukan orang sini. Dan detailnya (nama, asal, umur, jumpa dimana, kenapa dia tak bertanggungjawab) semua itu mak aku cerita pada ku.
Ketika tu, aku hanya mendengar tanpa sebarang reaksi (cuba hadam dan faham).
Pada ketika itu juga, aku sedang usap2 kepala anak aku yang masih tidur dan aku sedar, kita semua hamba Allah, kita manusia biasa, kita ada kisah hitam, kita tak boleh ubah masa silam, tapi kita boleh corak masa depan.
Dan bagi aku masa depan aku ialah anak2 aku dapat membesar dengan seorang ayah dan ibu. Aku cakap pada mak aku,
“Benda dah lepas, kita cukup besar untuk faham, terima kasih sebab jujur, dan kita minta maaf jugak kat mak, yang penting anak2 kita dapat kasih sayang seorang bapa dan dorang tak perlu rasa apa kita rasa”.
So it ended there, and from that moment my heart feels light, dan aku minta maaf dekat mak aku dengan hati yang ikhlas.
Satu perkara yang aku perasan, mungkin disebabkan aku anak luar nikah lah family aku layan aku sangat baik dan explains why aku digelar “cucu kesayangan”.
Sejujurnya aku sangat bersyukur sebab perjalanan kehidupan aku mungkin lebih baik dari orang lain (yang ada mak dan ayah) walaupun aku anak luar nikah. Baik family, sedara aku, sedara belah isteri aku, kengkawan aku, colleagues aku, bos aku, semua layan aku dengan baik.
Dan aku lelaki kan, so mudah lah urusan kahwin tu semua. Hehe. Kalau perempuan luar nikah ada conflict part wali. Apa2 pun alhamdulillah aku sangat bersyukur ya Allah permudah urusan aku selama ni.
Cuma ada satu persoalan besar dalam benak fikiran aku sekarang ni, perlu tak aku cari “bapak” aku selepas 27 tahun? Dia masih hidup ke? Dia boleh terima aku? Dia mesti ada family sendiri yang sah, tapi boleh kah mereka terima aku? Confirm la aku ni “abang” sebapa kepada adik2 aku disana.
Masa WFH ni jugak, aku terfikir aku berjaya sekarang ni disebabkan doa mak aku, atau doa dari “bapa” aku jugak? atau dia tak pernah kisah pasal aku wujud atau tak dalam dunia ni?
Kalau korang jadi aku, apa pendapat korang?
Yelah kalau decide nak cari pun dalam masa 3 tahun nanti (masa umur aku masuk 30-an). Dan mungkin makan bulan or tahun, or takkan jumpa langsung. Tapi firasat aku “kuat” mengatakan dia masih hidup. Sekian…
– Mr. H (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit