Hi, Nama aku penguin. Aku just nak share kisah aku kat sini sebab aku rasa marah kat diri sendiri.
Pendek kan cerita aku ni ada penyakit schizophrenia tapi dah semakin baik sebab aku makan ubat secara rutin sudah 5 tahun. Alhamdulillah, tapi masalahnya semua benda yang aku buat mesti tak jadi atau gagal.
Contohnya, aku sering tukar-tukar bidang pekerjaan macam-macam aku dah pernah kerja kerja dalam bidang degree dalam bidang spm pun aku kerja tapi tak pernah tetap. Aku mesti berhenti kerja tu.
Lagi satu dari lepas spm dah banyak duit aku habis bila aku buat modal nak berbisnes tapi akhirnya tak jalan dan barang- barang bisnes tu penuh dalam rumah aku.
Mana aku dapat duit selalu tu sebab kalau aku tak kerja parents aku akan selalu bagi duit dan ada seorang foreigner ni dia billionaire dia akan selalu tolong aku bagi duit kalau aku takda duit.
Dia bukan sugardaddy tapi ayah aku pun kenal dia sebab dia selalu ikhlas tolong aku time aku kerja dekat kl dulu.
Dia ada projek perumahan dekat Uk Dan Ada syarikat printing. Tapi aku tak selalu pon mintak tolong dia sebab aku tak nak susah kan orang tua.
Aku kawan dengan dia sebab aku kesian tengok dia sorang2 takda family. Dia cuma ada sorang abang dekat Uk sebabtu dia selalu ulang alik sana.
Dia cakap dia seronok duduk Malaysia sebab kawan dia ramai sini. Dia pun selalu datang melawat aku kat utara ni.
Berbalik pada hal tadi, kalau dari segi jodoh pulak, aku selalu dapat lelaki yang ntah apa-apa, ada yang baru first time jumpa dah cakap eh tangan dengan kaki awak putih la.
Lepastu boleh pulak dia pergi google fb lama aku lepastu dia komen cakap dulu gebu sekarang main panas ke? macam tu pulak.
Kita rasa lain macam. Tolong bagi tau aku ni tak normal kan. Sebab aku tak suka lelaki macam ni.
Lagi sorang pulak ada yang bagi aku hadiah tapi bila aku tanya dia awak suka main game apa? Dia boleh reply, saya suka main awak haha kelakar sangat. Lepastu terus aku block.
Tak tahu la kenapa asyik jumpa lelaki macam ni. Dari dulu sampai sekarang dah banyak aku usaha main website cari jodoh nak cari jodoh elok-elok tapi asyik jumpa yang pelik-pelik ja. Dah banyak duit aku habis.
Nasibla aku tak payah beli kereta sebab mak ayah aku dah bagi aku sebiji kereta. Dia cakap kalau tak kahwin nanti duduk ja rumah ni sampai bila-bila.
Mak cerita jiran sebelah anak dia 3 orang semua dah terlajak dan tak nak kawen. Tak perlu risau. Aku pon tak tahu kenapa asyik jumpa lelaki yang bukan-bukan.
Memang takda jodoh macam adik beradik aku yang lain semua kahwin dengan jodoh yang elok-elok. Yang aku pulak asyik jumpa orang yang pelik-pelik ja.
Sedih betul dengan nasib sendiri padahal umur dah nak masuk 31 tahun.
Aku tengok life orang lain lancar je tak tunggang langgang kerja pon tetap tak macam aku. Dahla tak kahwin kerja pun tak tetap.
Lagi satu tak boleh kerja jauh, kalau kerja jauh aku tak boleh survive, nanti mula tak nak pakai tudung la. Susah betul jadi aku. Sekarang kena kerja dekat rumah ja.
Ada degree tapi tak guna pun. Aku rasa lepasni aku nak belajar makeup la, nak try bisnes ni pulak tapi tak tahu la jadi ke tak.
Aku nak bagitau pada masa yang sma, aku ada jual kucing bsh, time adik aku urus kucing-kucing tu senang je dia jual dekat customer, tapi time aku buat, takda orang nak beli langsung.
Ramai yang main-main je nak beli. Penat aku bersabar dengan karenah customer. Lama aku tunggu customer nak bayar sampai dah besar kucing-kucing tu. Penat betul jadi aku.
Sekarang ni aku fikir dah habis loser sangat.. baik meninggal je, tapi sihat pulak sekarang dah makin healed pulak sampai rasa selesa duduk rumah tambah ayah aku tak bagi kerja jauh.
Aku tak tahu la nak buat apa sekarang. Rasa bosan sebab takda anak tapi nak kahwin pun takda jodoh yang elok-elok. Kerja pon takda asyk tukar-tukar.
Aku nak bagi tau aku nak pergi kerja pulak ni pun sebab tahun depan family aku nak belanja pergi korea dengan umrah.
Tapi sebab aku tak nak susah kan dorang, aku decide nak pergi kerja sebab nak cari duit poket sendiri. Tapi tak tahu la lama mana ja aku nak kerja situ.
Aku teringin nak ada bisnes sendiri. Bisnes kecik-kecik pun takpela at least aku boleh generate duit sendiri. Tolong doakan aku supaya aku terkeluar dari dunia malang yang aku tengah hadapi sekarang ni. Susah betul adulthood ni.
Takkan sampai mati nak duduk rumah sorang-sorang, sekarang takpela still ada mak ayah, macam mana kalau mak ayah dah takda nanti?
Aku stress la kenapa life aku macam tuhan taknak bagi apa-apa padahal aku tengok life orang lain smooth je macam bertimbun rezeki mencurah tapi aku sedih betul. Tu je la aku nak bagitau. Tolong doakan aku.
Thanks korang.
– Penguin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit