Aku anak kedua dari 8 adik-beradik. Sejak kecil, aku jadi mangsa buli abang. Menangis tu memang hari-hari. Abang aku bukan setakat buli aku dirumah, dimana-mana sahaja. Kalau sempat, masa tu lah dia buat. Di sekolah, dirumah orang. Aku jadi takde keyakinan diri. Aku tak berani nak bercakap dengan orang. Aku jadi seorang yang sangat pemalu. Sampaikan, memang aku benci abang aku. Benci yang tahap aku fikir kenapa dia jadi abang. Kenapa bukan aku jadi abang.
Benci ni membuak-buak bila abang masuk asrama. Dari tingkatan satu sampai tingkatan lima abang duduk asrama. Kat rumah pulak banyak masalah. Dengan adik-adik aku ramai, mak ayah aku sibuk kerja. Selagi matahari tak terbenam, selagi tu lah tak nampak batang hidung mak ayah aku dalam rumah. Jadi aku lah yang ambil alih tugas anak sulung, jaga adik-adik aku. Masa aku darjah 6, aku dah pandai masak, kemas-kemas rumah. Benda ni normal je kalau kau tak rasa benci dengan abang kau. Setiap orang ada tugas masing-masing dalam rumah kan. Dalam kes aku, sebab aku dah benci, setiap hari aku fikir, kenapa dia abang sedangkan dia tak pernah buat tugas dia sebagai abang pun. Balik asrama sekali dua minggu. Bila balik bukan nak tolong aku pun, sebaliknya cari pasal dengan aku, cari pasal dengan adik-adik aku pastu buat sepah kat depan tv. Nasib baik reti masak telur je (aku fail telur goreng mata, sekarang pun lol).
Ada sampai satu tahap tu, adik aku yang bongsu masa tu umur dua tahun. Masa tu, dia ada kat rumah. Bila dia ada, bagi aku, itulah masa untuk aku rehat sekejap. Aku cemburu tengok kawan-kawan sebaya dapat main kat luar rumah tu, lalu-lalang dengan basikal. Jadi aku cakap kat dia, “Bang, aku nak keluar main jap. Kau tengokkan adik.” Aku terus keluar. Aku tak pasti dah berapa lama aku kat luar, masa tu tetiba kawasan kejiranan kami kecoh. Aku dengar la bunyi tayar berdecit sebab bawak laju tetiba brek (korang boleh bayangkan?), dekat jalan besar. Aku pergi la tengok. Dalam kecoh-kecoh ramai orang tu, aku nampak adik aku didukung oleh pekerja restoran di tepi jalan tu. Mau tak terkejut. Dengan adik aku pakai pampers je masa tu ya Allah ingat balik memang worst experience ever. Adik aku, dia keluar rumah dengan kaki ayamnya, jalan-jalan sampai lah ke jalan besar. Masa tu, nasib baik pekerja tu nampak, dia pergi berdiri depan kereta laju tu. Ikutkan driver tu, dia tak nampak pun adik aku tu. Aku syak pintu rumah aku terbuka, pagar pun terbuka, dia keluar dengan takde sape pun sedar. Pagar tu memang salah aku, pintu memang sah aku dah tutup. Ada orang buka semula pastu lupa tutup. Lepas tu, aku kena marah dengan pekerja restoran tu, dengan jiran-jiran aku sekali.
“Kenapa tak jaga adik elok-elok?”
“Macam mana jaga adik ni sampai adik keluar ke jalan besar pun tak sedar?”
Macam-macam lagi, aku tak sempat nak pertahankan diri pun. Diorang tak sedar agaknya, yang itu adik aku. Aku baru darjah 5. Masa tu lutut aku lembik, kalau jadi apa-apa kat adik aku, aku takkan maafkan diri aku. Aku tahan diri dari menangis.
Aku hairan, kenapa takde sorang pun dalam kalangam mereka yang marah abang aku, sedangkan abang aku pun ada dalam kalangan ramai-ramai orang masa tu. Lepas tu baru aku sedar yang orang kejiranan aku tak kenal sangat abang aku, sebab jarang duduk rumah. Ada kat rumah pun, dia tak keluar rumah. Mak ayah aku balik rumah, aku kena piat dengan wayar getah tu sebab culas. Sampai sekrang perkara ni aku simpan, aku tak cana kat satu dunia pun yang aku dah pesan kat abang semua tu.
Kejadian ni kemuncak aku benci abang aku. Benci yang tahap aku nak tengok muka dia pun tak boleh. Bila dia balik rumah, aku akan berkurung dalam bilik. Kadang-kadang aku sumpah dia biar cepat mati. Few years later, ada satu malam tu, mak ayah aku tak dapat balik rumah, ada hal emergency dekat pejabat. Malam tu hujan lebat dengan kilat sabung menyabung. Seberani berani aku, aku takut dengan kilat yang bunyi dia kuat gila tu. Lepas beberapa kali kilat, bekalan elektrik terputus. Kalau setakat elektrik putus takpe, ni kilat makin sakan. Aku memang takut habis lah. Ingat tak yang aku cakap, kalau abang aku ada, aku akan berkurung dalam bilik? Yes, masa ni dia ada. Aku, disebabkan takut, aku keluarlah bilik, duduk dengan adik-adik mengelilingi lilin. Abang aku dalam bilik lagi. Dalam hati aku “Eh binatang ni, keluar la, adik-adik takut kot.” Walaupun masa tu aku duduk dengan adik-adik aku, hati aku tak tenang lagi, takut gila. Tak lama lepas tu dia keluar. Aku dalam hati “Ceh takut le tu.” Malam ni, malam last aku benci abang aku.
Nak tahu kenapa? Kalau korang request untuk aku sambung, aku sambung.
K tak gurau k.
Sebabnya, bila abang aku keluar tu, aku dengan serta mertanya rasa lega, lega yang amat. Aku tak tahu nak jelaskan rasa lega tu macam mana. Menangis dalam diam aku malam tu. Sebab apa? Sebab aku sedar salah aku kat mana, khilaf aku kat mana. Aku lupa bahawa Allah sebaik-baik perancang. Aku lupa, apa yang Allah dah tetapkan tu, terbaik dah untuk aku. Macam mana ya aku nak jelaskan perasaan tu?
Apa yang aku rasa masa tu ialah, aku sedar yang walau sebaik mana pun aku galas tanggungjawab sebagai anak sulung, aku takkan jadi anak sulung. Seberani berani aku, aku akan perlukan abang aku untuk buatkan aku lagi berani. Rupa-rupanya aku tak cukup berani tanpa abang aku. Itu kejadian pertama yang sedarkan aku tentang kepentingan abang aku. Nampak remeh kan? Alah, takat keluar masa kilat je. Haha. Tapi hal ni besar untuk aku, sangat besar. Sebenarnya sebelum ni aku dah pernah luahkan dekat mak aku, aku nak jadi yang sulung, kenapa abang aku yang sulung bla bla bla. Lepas tu mak aku jawab, angah percayalah Allah dah tetap semuanya yang terbaik dah untuk kita. Abang jadi abang, ada sebabnya. Angah jadi angah, ada sebabnya. Macam tu juga dengan yang lain. Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Nanti besar sikit, insyaAllah Angah nampaklah. Tapi tulah, lewat gak baru aku nampak.
Tu masa lalu. Sekarang,
Company mak ayah aku bankrap dua tahun lepas, tapi alhamdulillah kewangan kami takde la teruk sangat. Setakat nak beli buat makan pakai, catu sikit, boleh lah hidup. Alhamdulillah. Abang aku dah kerja, aku masih belajar, adik-adik pun sama. Mak ayah tak sihat sejak-sejak bankrap, ada lah buka kedai runcit. Macam tu je lah kerjanya. Sejak bankrap, abang aku lah terutamanya yang banyak tolong mak ayah, yang bantu pulihkan semangat mak ayah.
Sebaik sahaja abang grad, dia dapat kerja. Dengan gaji permulaan RM2300 (sekarang RM2700), dia sara kami adik-beradik. Bantu lunaskan yuran tertunggak kami. Walaupun dengan gaji part time aku, cukup-cukup buat bayar sewa rumah sebulan je. Bayangkanlah, dengan duit banyak tu nak tanggung 7 orang adik, sejujurnya aku tak tahu kerja apa lagi dia buat. Mesti ada side income. Aku tak tahu kuasa apa dia ada sampai dia boleh jadi segagah ni. Kuasa abang sulung mungkin? :)
Bang, aku respect kau. Aku tak mampu nak bagitahu depan-depan. Kalau abah takde, kau lah wali aku. Sampai bila-bila, aku takkan tukar kau dengan orang lain untuk jadi abang aku. Terima kasih bang.
– Diana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit