jam menginjak ke angka 2 pagi tapi aku nak sangat2 menaip disini. sebetulnya aku dah taip 2 perenggan guna handphone tapi rasa rimas pulak so aku guna laptop,senang sikit nak menaip. huhuhu. Semenjak dua menjak ni, aku selalu terfikirkan sesuatu. benda yang sama menghantui aku. aku tak tahu kenapa aku kerap fikirkan hal ni. Sejak kecil, aku seolah2 dibenci orang sekeliling. nak kata aku dilahirkan dengan penyakit berjangkit ke, muka misteri ke, tak juga. tapi aku tak faham kenapa aku seolah2 dibenci dan aku selalu rasa kehadiran aku tak disukai sesiapa pun kecuali mak ayah aku. dari kecil sampai besar aku beranggapan aku dibenci dan dibuli semua orang, dari keluarga sendiri sampai la orang luar. masa kecil aku tak berapa indah. aku masih ingat saudara aku menghina appearance aku yang baru berumur 7 tahun waktu itu. dikatanya aku seperti anak india; rupa paras, nama aku, dan the way mak aku dandankan rambut aku. Mak sedih, aku lagi sedih bila dapat tahu. sedih campur kecewa. kecewa dengan orang yg cakap, kecewa dengan diri sendiri sebab tak dilahirkan cantik. Hurm.
sejak kecil, aku anggap aku dilahirkan untuk jadi bahan kejian dan modal ketawa orang. Orang yang tak berada di tempat aku takkan faham, betapa aku struggle untuk tidak endahkan dan berharap kata2 orang tu sebagai gurauan. Tapi aku tak boleh elak dari terpandang pandangan sinis orang pada aku. Zaman kecil aku selalu diwarnai dengan episod buli dari ibu dan bapa saudara aku. ibu saudara aku suka mengerling benci pada aku. mungkin la kecik2 dulu aku pernah menyusahkan mak ayah aku tapi aku tak faham aku dah mula membesar pun dia macam anti kat aku. sentiasa ada je kata2 memerli, sampai aku rasa tawar hati dengan dia. bayangkan la aku yang kecil masa tu dah pandai rasa tawar hati. sama juga dengan bapa saudara aku, sentiasa ketawakan aku secara sinis. Dan sehingga kini aku selalu terima ketawa sinis mcm tu dari sesiapa yg aku kenal. perkara ini berlanjutan hingga kini yang mana aku dapat rasa dan seringkali terpandang pandangan sinis dan gelak mengejek dari diorang. tak kurang juga ada yang sedaya upaya memburuk2 kan aku, aku sendiri pun tak faham kenapa. tapi lagi diorang burukkan aku, bertambah rasa tak yakin pada diri sendiri. dan sekarang wujud rasa baru, aku jadi pendiam dan mula membenci Hamba Allah tersebut. aku tak mampu lawan jadi aku banyak berdiam diri sebab nak menjaga nama keluarga. benda ni bukan saja terjadi pada aku tapi adik aku juga cuma aku highlight diri aku saja dalam cerita ni. aku juga pernah dikhianati sepupu sendiri. dia sendiri mengaku yang dia cemburukan aku. cemburukan apa malas la nak cerita. ingatkan habis kat situ saja, rupanya aku silap. dia menjaja memburukkan aku pada family dia dan juga kawan2 dia. Dia menjaja benda2 yang aku tak buat, selain tu dari cara dia menjaja jelas menunjukkan dia tak puas hati dengan cara hidup aku. bukan la maksud aku cara hidup aku tu salah, cuma dia nak jadi macam aku, tapi keadaan keluarga tak mengizinkan dia berbuat begitu. Sekarang Allah beri dia kehidupan jauh lebih baik dari aku. alhamdulillah semoga hati dia takda lagi niat buruk kat aku lepas ni.
Disebabkan aku sering dibenci, dibuli, tak kurang juga dikutuk, maka aku membesar menjadi gadis yang tak ada keyakinan diri. zaman sekolah juga menyaksikan episod2 duka yang mana aku sering dibuli dan dipulau. Tapi aku tak tahu dari mana datangnya kekuatan, aku tak pernah cerita kat family masalah aku di sekolah. so mak ayah anggap aku baik2 saja walhal mereka tak tahu aku selalu sedih dan rasa taknak ke sekolah. Tiba2 dipulau tu seolah2 perkara lazim buat aku. Sampai aku tertanya kenapa aku jadi mcm ni. so rasa tak yakin makin menebal sampai aku punya mindset kata, aku takkan berjaya dalam mana2 perhubungan. maksud aku, hubungan berkawan sesama jantina atau yg bertentangan. zaman universiti pun sama, tiba2 aku dipulaukan rakan sekelas lelaki. kali ni aku tahu puncanya dari rakan baik aku sendiri. dan disebabkan aku tak yakin dengan diri sendiri so benda tu aku biarkan menimpa diri aku. orang ketawakan aku, orang pulaukan aku, orang bertalam muka dengan aku, aku terpaksa telan dan anggap mungkin semua tu memang sesuai untuk aku. benda sama juga terjadi sewaktu aku bekerja, seperti biasa aku buat kering hati depan orang tapi dalam toilet atau atas katil aku menangis sorang2.
sekarang, di usia yang bakal menginjak ke angka 30 aku jadi seorang wanita yang tak ada keyakinan diri. aku lebih senang mendiamkan diri dan senyum, walaupun sebenarnya aku nak sangat menjerit pada orang yang selalu buat aku. disebabkan tu, aku tak berapa berminat nak rapat dengan sesiapa. Tapi aku kawan dengan semua orang cuma aku jadi malas nak rapat. aku lebih selesa buat hal sendiri, senang cerita ikut kepala la. cuma di waktu bekerja ni aku cuba positifkan diri, mungkin orang yang tak puas hati dengan orang ni dia perlukan perhatian kot. tapi most of the time, aku rasa aku yang perlukan perhatian. bayangkan di usia begini aku takda keyakinan diri, sampai nak bercakap dengan orang aku kena fikir 3-4 kali bimbang aku tersalah cakap, atau aku tersilap pilih orang untuk bercakap. Sampai satu tahap aku menangis untuk tenangkan diri aku.
bila aku bekerja, aku mula nampak belang2 manusia. aku baru sedar selama ni yang baik yang jujur tu la yang selalu dipijak orang. yang pandai ayat semua akan selamat. aku baru sedar, orang macam aku memang tak ada harapan dalam satu2 tempat. Pernah aku ditutup periuk nasi disebabkan mulut orang. sejak tu, aku berusaha untuk keras hati. disebabkan aku tak banyak bercakap maka ada pihak2 yang ambil kesempatan untuk buli aku. aku tahu aku takkan menang berlawan dengan diorang,so aku pilih untuk diam. lagi aku diam lagi orang bertambah sakit. aku memang dah sakit di dalam dari kecik tapi apakan daya tu saja yang aku mampu. aku akan pastikan walaupun aku banyak diam tapi aku buat kerja aku ‘clean’. biarlah si pengampu pendusta dengan kerja buruk diorang cari point orang tapi aku buat je kerja aku walaupun aku tau, orang bukan pandang pun apa yang kita buat. lantakkan jela janji buat kerja cukup bulan dapat gaji. depan orang aku diam dan cuba berdiri tegak tapi sebelum tidur aku akan perah air mata gila2 sampai tak sedar aku tertidur. nak bercerita pada siapa pun aku tak tak tau, sebab orang tak alami apa yang aku alami.
aku dalam proses mengenali hati budi seseorang. Aku selesa dan seronok dengan dia. Tapi ada masalah juga, ibu dia tak berkenan dengan aku. sebab faktor usia. aku tua dari anak dia. hurm sekali lagi dugaan. Boleh faham tak apa rasanya bila kau selesa dengan orang tu tapi dihalang. Aku malas nak cakap banyak, ada jodoh ada la, takda jodoh aku cuba bawak bersabar dan bawa menangis. hihi. :p Aku selalu fikir, kenapa Allah beri aku satu ujian yang aku kena tanggung dari kecil, gempak pulak rasa. Aku tak kacau orang dan sedaya upaya tak bercerita hal orang. tapi aku selalu kena aim dengan orang sekeliling. Aku diam jadi isu, orang lain pendiam sampai sepatah haram tak bersuara tak pula diorang kisahkan. Kadang aku rasa aku lebih sesuai duduk dalam rumah tak perlu jumpa sesiapa, ada ja yang tak kena dengan aku. Tiba2 kena pulau la, tiba2 orang taknak cakap la, tiba2 kena ejek la. ish sejujurnya aku rimas sangat2. Kalau boleh lari, aku nak pergi ke satu tempat yang aku tak kena sapa2 nak muhasabah diri. Rasa nak jauhkan diri dari semua orang, sebab aku rasa takda sapa faham apa aku rasa.
Hati dan perasaan aku dirobek robek bukan sehari dua tapi berpuluh puluh tahun, sampai aku rasa takut dengan kehidupan aku. cuma cara aku nak chill, aku cuba buat orang yang dekat dengan aku ketawa. ada la few people yang sudi lagi nak dekat dengan aku. eh rakan fb dikira tak? kira jela ye. aku suka update status dengan caption yang menggelikan hati orang yang baca. dengan harapan orang tak perasan aku ni sebenarnya dah totally broke down. Kat tempat kerja pun macam tu la aku cuba berborak dengan segelintir dari diorang yang aku rasa aku boleh masuk. Tak ramai pun takpe la sekurang2 nya aku masih boleh bercakap walaupun kebanyakan masa aku memilih untuk diam. so aku ambil kesempatan ni untuk buat diorang ketawa, konon macam aku ni pak badut la. aku kalau dengan orang yang aku selesa, aku boleh bergelak ketawa dan tak kering idea. ye, yang tak suka aku ada ja perhatikan aku dengan ekor mata dan gelak sinis diorang tapi aku cuba buat tak nampak. walaupun aku selalunya tewas, aku akan menangis juga dalam diam.
banyak lagi nak tulis tapi aku tak pandai buat ayat. ini pun aku rasa mcm celaru je ayat2 aku taip ni. Kejap skema kejap santai. sedar tak sedar dah sejam aku menaip. Mata pun segar bugar. Last but not least, aku nak cakap kt korang, low self-esteem sangat tak best. Kepada yang berjaya keluar dari kepompong kemurungan kehitaman kesedihan kesenduan hidup ni, aku ucapkan tahniah. doakan kami yang masih berusaha ni untuk keluar sama and join korang. Kami taknak jadi depresi, kami taknak dilabel gila, kami taknak mati bunuh diri (minta simpang la), paling penting, kami tak minta untuk hidup begini. Pada yang tak senasib, sentiasa encourage orang sekeliling. Jangan biarkan orang down disebabkan mulut kita. kalau nampak orang tu lain macam silakan jangan malu beri semangat. Mungkin kata2 semangat kau kurang power tapi percayalah the way korang approach dia tu pun dah buatkan dia bahagia sangat2 seolah-olah dapat boyfriend hensem macam Ibrahim Pasha. Ok bye korang. Salam semua.
– Nani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit