Kenapa Aku Ini Teruk Sangat?

Salam semua… Entah kenapa fikiran dan hatiku terganggu dengan kisah-kisah masyarakat yang diketengahkan di media sosial… Boleh tak kalau aku tak payah ambil tahu…

Tapi, aku tetap terambil tahu bila masuk ke akaun media sosial. Dia auto saja keluar walaupun tak dicari… Begitulah fikiran ni, dia ada saja memikirkan perkara yang tak perlu difikirkan…

Yang sedihnya… Bila aku tertengok status atau story atau apa yang terbit sendiri di hp aku tentang orang yang berjaya, hebat, kreatif, cantik, kaya….

Aku akan terfikir, mereka luar biasa… Rezeki mereka… Dan aku, teruknya…

Wajarkah aku nak singkap kenapa aku ni teruk sangat. Adakah aku buka aib sendiri… Mustahil aku nak buka aib sendiri… Tapi, kenapa zaman fitnah ni manusia suka buka aib orang…

Jika ada masalah suami isteri, keluarga, kerja, jiran, jenayah… Bagi pihak tertentu dan berkuasa buat kerja dulu bukan warganet yang tak dikenali…

Bukan tak boleh cerita buruk orang yang jahat itu tapi tidak perlu tunjuk satu dunia, melainkan selepas perkara itu telah disabitkan salah bolehlah diberitakan untuk pengajaran, peringatan bahkan lebih baik identiti mangsa dan pesalah dikaburkan. Jangan tidak pasti kongsi.

Untuk cerita teruknya aku… Aku akan kaburkan identiti aku… Gila aku nak tunjuk siapa aku. Malulah keluarga aku keturunan aku…

Aku nak cerita sebab aku memang ada masalah teruk yang melampau ni dan aku rasa luahkan secara maya ni mungkin sedikit sebanyak mengurangkan teruk aku ni yang dah terbeban makan diri…

Nampak tak, aku yang sangat teruk ni, yang penuh dosa ni….

Jika ada yang buka aib buruk aku pergi sebarkan di media sosial dikecam dilaknat sedangan aku perlu bina pengaruh dan maruah untuk aku ke hadapan membina diri dan mendaki kejayaan namun andai aib aku tersingkap agaknya aku akan jadi apa.

Keluarga aku akan rasa apa. Kejamnya mereka yang tak mahu memikirkan hal ini…

Berbalik pada apa yang aku teruk sangat ni… Tak perlulah aku buka semua… Satunya, aku tak pandai dan malas masak. Kalau umur aku ni belasan tahun boleh terima lagi… ni dah nak masuk 40.

Malas dia tu malas nak cerita. Tak pandai tu entahlah buntu saja… Pandang saja periuk, tapi tak mampu nak ambil… Beli bahan masak macam-macam tapi tak buat pun masakan viral tu sampai habis tempoh makanan tu…

Lepas tu tengoklah orang lain bukan main… Tak kalah. Yang 20an pun dah boleh buka kedai kek, buka restoran, cod sana sini.

Aku, kaku. Penyakit apa ni. Bukan aku tak tengok rancangan memasak bahkan boleh hafal resepi.. Nak buat tak pandai.

Itu satunya… Banyak lagi teruknya aku ni… Kalaulah orang tahu teruknya aku bab tak pandai masak ni… Pengsan.

Korang janganlah suka sangat cari dan buka aib orang dengan kongsi atau komen yang menikam. Mungkin suatu masa orang tu lagi baik dan hebat dari yang lain…

Benda yang paling baik adalah hati dan lidah namun benda yang paling buruk juga adalah hati dan lidah.

Jika kita selesa mengata orang… Takut sangat benda tu boleh terkena pada diri atau anak cucu… Doa yang baik-baik.

Benda buruk yang berlaku biasanya adalah dari salah sendiri termasuk salah angkara cakap besar kutuk orang.

Aku pernah jugalah kagum dengan orang ni… Lepas tu benda yang aku kagum tu jadi kaget. Bertukar rupa sekejap saja.

Moralnya jika kita suka sesuatu tu jangan lebih-lebih. Jika kita benci sesuatu tu jangan lebih-lebih. Benda tu boleh bertukar dan jika bertukar nak letak mana suka dan benci yang terlebih tu. Bodoh gitu saja.

Maaflah kalau ada yang tak faham cerita aku ni… Macam syok sendiri… Banyak cerita yang aku nak fokus untuk diketengahkan tapi tak pandai.

Pandai-pandailah korang fikir. Lepas tu komen sikit apa yang korang fikir tentang aku yang sangat teruk ni.

Namun, aku takut juga jika aku tak bersyukur… kurang bersyukur. Andai aku ada teruk dalam perkara itu masih ada perkara baik yang aku kurang bersyukur.

Bagaikan kufur nikmat… Sedih ni, jumpa dah kata kunci cuci hati iaitu istighfar, zikir, selawat… Tapi tak mampu lagi nak sampai seribu. Moga kita semua dapat amalkan kata kunci syurga ni…

Manusia yang Allah beri segala kemewahan kuasa dunia… Boleh lupa diri seperti firaun dan qorun. Akhirnya mati dalam hina. Jika sungguh mereka tu jahat nak mampus, sampai masa Allah tunjuk.

Sampai masa… Jika bukan di dunia akhirat. Syurga neraka kan ada. Ada ke yang nak tempah neraka, jika kamu syirik nerakalah tempatnya, jika ada iman walau sedikit Syurga akhirnya.

Aku yang banyak dosa ni masih mendamba Syurga Firdaus… Moga masih diberi kesempatan taubat dan berubah untuk husnul khatimah.

Sekian, syukran.

– BulanBintang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *