Assalamualaikum admin.
Minta jasa baik untuk siarkan confession saya. Dan saya minta izin untuk membahasakan diri sebagai “aku”.
Aku seorang pendidik, gred 41 di sebuah Kolej Vokasional. Baru nak masuk dua tahun posting. Tak sah jawatan pun lagi.
Pagi ni I had an argument with one of my colleage, yang mana sama posting dgnku tapi aku awal tahun dan beliau akhir tahun. Umur sama je haaaa. Bezanya beliau lepasan universiti luar negara, aku pula lepasan universiti pendidikan yg antik tu.
Sekarang beliau mengajar matapelajaran opsyen beliau sahaja tanpa perlu mengajar subjek lain. Aku? Disebabkan opsyen aku penuh, maka aku diarahkan untuk mengajar matapelajaran vokasional yang tak pernah aku pelajari, 16 jam seminggu, atas kekangan kekurangan pensyarah (atas paper je, gred masih DG, jgn risau guru2 sekalian) course tersebut.
Ok. Berbalik pada argument aku dan kawan aku ni, yang bernama Senah. Senah ni seorang yang tak pernah tak merungut tentang kerja. Ya. Setiap hari pagi petang siang dan malam ada sahaja status whatsapp beliau mengatakan beliau penat kerana kerana kerja pengurusan lagi banyak dari mengajar.
Aku kata la memang tu la realiti guru. Sebab parents aku pun pendidik, dan kedua-duanya masih berkhidmat sebagai guru di sekolah menengah kebangsaan di kampung halaman aku. Jadi aku tak terkejut pun kalau kata mengajar tu cuma 10% dari keseluruhan kerja. Nak merungut? Parents aku dari dulu tak bagi aku jadi cikgu sebab benda semua ni, so aku takde alasan untuk merungut sebab ni pilihan aku.
Dan pagi ni kawan aku tu merungut lagi, semasa kitorg menunggu pelajar habis perhimpunan bersama MPP. Kawan aku kata, dia jadi cikgu sebab nak balik awal, cuti panjang. Dia jadi cikgu sebab nak masuk kelas, keluar kelas relax je.
Aku macam terkejut gila. Eh kalau macam tu baik tak payah kerja guru kerajaan, bukak je pusat tuisyen sendiri. Haaa jar kat rumah. Lg senang.
Kat sini (KV) kami bekerja mengikut waktu pejabat, Isnin hingga Jumaat. Di KV pun, tiada jaminan cuti sama macam cuti sekolah selain Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Ok takpe la. Tapi si Senah tu bising la, dia kata taknak ajar KV, nak ajar sekolah harian, pukul 2 dah balik. Aku sound je la dia, kata mak ayah aku ajar SMK je, balik hari2 pukul 5++ sebab meeting hampir hari2, kalau tak dgn PPD, dgn pengetua.
Kadang aku terfikir. Dia jd cikgu ikhlas ke x? Dah la kerap mc. Kata tak sihat, tp kat IG tengok elok je lepak kat shopping mall. Takpela, tu maybe bukan haritu, saja dia nak throwback.
Ke aku je yg passion dgn kerja aku? Penat memang la penat, mengajar 3-5jam sehari dlm kelas yg sama kot, gila kau tak penat membebel kat muka yg sama, pastu budak tido. Tapi aku penat time tu je la. Bila budak buat keje, datang meja aku tanya mana tak paham, aku semangat balik. Kelas kadang pukul 2-5, memang aku ni taraf cikgu dari langit la kalau aku kata budak tak ngantuk dengar lecture 3 jam berderet.
Tapi dah kita yang pilih kerja ni kan? Patitnya sebelum pilih cita2 tu, study dulu apa yang akan jadi. Ke dia banyak tengok drama melayu cintan cintun cikgu cikgi yang tunjuk kepit buku masuk kelas budak behave?
Dan benda ni buat aku teringat confession sape ntah baru2 ni. Yg mentua pilih menantu ke apa ntah tu. Kata nak menantu cikgu/pensyarah sebab senang cuti. Aku ni cikgu a.k.a pensyarah KV pun aku tak nampak bayang cuti lagi ni. Cuti bulan 12 pun kami tak nampak ada ruang utk cuti kalau dilihat pada takwim KV yg BPTV keluarkan.
Adik-adik, kalau rasa nak jadi cikgu sebab nak balik awal, hentikanlah cita-cita tu.
Mak bapak kalau rasa anak perempuan kene jadi cikgu sebab ada masa dengan keluarga, hentikahlah. Mak ayah saya larang saya jadi cikgu sebab taknak saya jadi macam diorang. Tapi saya ni degil banyak, so tanggung sendiri.
Tambahan. Kalau rasa tak boleh posting jauh, takpayah jadi cikgu jugak. Jadi cikgu ni pelbagai risiko kena hadap. Belum masuk kereta kene calor. Eh.
– Peah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit