Kenapa Aku Jauhkan Diri Dari Masjid?

Hai, nama aku Mukhriz (nama samaran). Ini sekadar luahan hati aku.

Masjid sepatutnya menjadi tempat yang paling disukai umat Islam, tempat berkumpul, tempat saling bertanya khabar, beribadat, mendapat ilmu. Aku dari kecil selalu ke masjid sebab ayah aku orang masjid. Aku pun suka sebab rasa tenang dan damai.

Sampai bila makin besar, masjid bukan lagi menjadi tempat ibadat bagi aku. Tapi tempat penderaan. Aku didera secara emosi, mental dan fizikal oleh seorang insan yang bernama ayah di dalam masjid itu sendiri.

Ayah aku orang kuat dakwah tabligh. Tabligh dan masjid dua nama yang tak boleh dipisahkan. Segala aktiviti mesti dibuat dalam masjid.

Setiap kali lepas subuh sebelum pergi sekolah aku wajib duduk sekali mesyuarat tabligh. Lepas asar pulak akan ada majlis ilmu taalim bacaan hadith. Aku masih okay.

Aku tiap hari join dengan gembira. Setiap hari sabtu akan ada majlis iktikaf wajib bagi jemaah tabligh. Aku pun kena join. Setiap hari Rabu malam pulak akan ada mesyuarat.

Yang aku teringat suatu hari Rabu aku berkeras dengan ayah aku nak balik sebab dah lewat malam, waktu tu ayah aku masih bersembang dengan kawan2 dia.

Aku umur dalam 11-12 tahun waktu tu. Aku bagitau merengek berapa kali aku nak balik, last sekali dia tampar aku depan kawan2 dia.

Sejak didera sekali dia mula addicted untuk sergah dan pukul aku. Dia akan pukul aku time aku sorang2 dengan dia sebab aku sorang anak laki and dia tau mak aku akan halang kalau dia pukul depan mak aku. Dan kebanyakan masa aku dengan dia adalah di masjid.

Beberapa tahun kemudian, aku meningkat dewasa. Aku perlu ikut dia keluar jemaah 40 hari di masjid-masjid sekitar kawasan Selangor. Ini bermakna 40 hari aku tak boleh balik rumah kena duduk masjid.

Umur aku ketika tu 14 tahun. Dan ketika duduk dengan dia bersama jemaah lain dia banyak dera aku secara mental, tampar dan cubit aku.

Kadang dia halang aku call mak aku sebab aku akan report apa yang dia buat. Punca? Sebab perkara kecik, kadang sebab aku tengok henfon or nak mesej mak aku atau kadang aku letih tak dapat ikut program dia.

Umur aku 15. Dia lepaskan aku suruh keluar dengan jemaah lain tanpa dia. Aku berseorangan keluar ke tempat orang.

Ahli jemaah aku ada perokok, perogol, drug addict, dan macam2 lagi. Malah waktu aku keluar aku diganggu secara seksual di dalam surau waktu aku tidur sampai aku lari nangis masuk dalam tandas. Ada yang tunjuk muka orang yang dia rogol sampai dapat anak.

Umur aku 17, aku dimalukan dalam surau sekolah aku. Aku sekolah berasrama penuh. Sebelum ni yang aku cerita aku keluar jemaah semua waktu cuti sekolah. Di sekolah asrama aku, ada program hafazan berkumpulan.

Aku masih ingat aku dimalukan apabila ada ustaz jerit hafalan aku teruk, maki aku sambil ambil sejadah pukul kepala aku. Waktu tu dalam surau ada hampir seratus orang lebih pelajar tengok aku. Jatuh maruah aku. Sebab kan kestu aku pindah sekolah duduk sekolah harian.

Habis spm ayah aku cadang aku keluar jemaah 4 bulan pulak. Memandangkan aku taknak kecewakan ayah aku, aku pun pergi keluar di masjid sekitar selangor.

Aku masih ingat aku mengalami keracunan makanan, muntah penuh dalam tandas, sampai aku rasa aku hampir mati, dan akhirnya dibawa warded ke hospital.

Hakikatnya ni bukan pertama kali aku dapat keracunan makanan masa keluar jemaah. Ia dah jadi perkara biasa walaupun aku tak mampu.Masjid menjadi tempat menyakitkan bagi aku, tempat yang mana aku didera, aku rasa hampir mati.

Bila aku dah lepas spm, masuk uni masa cuti aku, aku balik rumah. Dekat surau aku tiap kali lepas subuh ada majlis taklim baca hadith. Ayah aku selalu suruh aku depan orang ramai untuk jadi imam/ baca hadith, kalau aku tak buat dia akan mengadu dekat mak aku.

Kadang aku letih lepas solat aku balik, dia akan mengadu dekat mak aku, kadang dia sendiri marah depan2 dekat aku sampai mak aku tenangkan dia.

Sampai satu tahap aku tak pergi solat berjemaah sebab malu dengan layanan dia dekat aku. Aku seolah-olah pergi masjid untuk jadi hamba dia bukan hamba Allah.

Dia tanpa segan silu menunjukkan depan orang ramai yang aku milik dia sebab aku anak dia dan dia boleh arah aku buat apa saja.

Kadang aku sorok tepi dinding rumah sebab tak nak pergi. Akhirnya dia tahu dan aku dimaki lagi.

2019, aku didiagnos penyakit mental bipolar disorder. Aku taknak sentuh penyakit ni sebab aku dah cerita dulu cuma antara sebabnya mungkin ada kaitan dengan ini juga

Masa Covid19 merupakan masa yang paling aku bersyukur sebab aku ada alasan kukuh tak pergi ke masjid. Tapi itu pun dia suruh jugak aku pergi. Dekat surau tu akhirnya ada orang kena covid.

Berapa kali surau kami kena ambush dengan pegwai kesihatan tapi akhirnya lepas sebab ada orang dalam.

Lepas covid langsung aku tak jejak masjid melainkan solat jumaat. Aku dah jadi tawar hati, trauma dan minda aku seolah dirobek bila di masjid.

Orang akan cakap dan pelik kenapa aku susah sangat nak solat berjemaah, orang lelaki lebih afdal solat jemaah di surau. Especially ibu aku/ perempuan lain. Diorang anggap lelaki ni kewajipan solat berjemaah.

Aku nak tanya balik: kalau ikutkan afdal, wanita lebih afdal tidak bekerja, wanita lebih afdal menutup muka (berniqab), wanita lebih afdal keluar dengan mahram (tak boleh sorang), tapi kenapa ramai ja wanita yang buat?

Sebab tu islam ada rukhsah (keringanan). Islam ada banyak prinsip antaranya sadd zarai’ untuk halang kemudaratan lebih besar, ada maslahah yang perlu difahami. Tambah lagi aku yang didiagnos bipolar, antisosial, dan trauma.

Aku faham hubungan ayah aku dengan masjid bagai isi dengan kuku. Aku hormat dan aku hargai. Tapi lepas apa yang aku alami, aku dah jadi sangat trauma dengan masjid dan jarang orang nak faham sebab penderaan aku kebanyakannya di masjid.

– Mukhriz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Umi doakan muhkriz@bkn nama sebenar diberi kekuatan & ketabahan menghadapi ujian Allah swt. Umi bangga dgn Muhkriz waima bermacam onak duri dilalui dari umur kanak-kanak hingga dewasa tetapi tetap menjaga adab sebagai seorang anak. Umi tumpang simpati dgn apa yg Mukhriz lalui. Ia jadikan Muhkriz lelaki yg matang, baik latar belakang ilmu agamanya dan yg pasti jika Muhkriz berkeluarga nnt InsyaAllah, Muhkriz akan jadi ayah yg sangat penyayang, penuh impati, bertanggungjawab kerana Muhkriz tentu tidak mahu anak² Muhkriz melalui kisah silam seperti Muhkriz. Kekal jadi anak yg baik, insan yg berperibadi dan yg paling penting hamba Allah yg taat. Umi doakan Muhkriz didalam lindungan Allah swt dan kembali mengimarahkan diri ke masjid. Marah kita biar pd perangai manusia bukan pd rumah Allah. Akan ada balasan buat mereka. Semuga diberi hidayah oleh Allah. Terima kasih atas perkongsian. Moga ia membuka mata ibubapa diluar sana untuk lebih mendekati & memahami anak. Bukan sekadar menyuruh membuta tuli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *