Assalamualaikum semua. Aku perempuan. Aku pekerja swasta di salah sebuah tempat yang dirahsiakan. Aku cuma nak meluah sikap parents aku yang buat aku terasa hati.
Since aku baru nak memulakan career di tempat baru, jadi aku memang banyak kena adapt dengan banyak benda, termasuk nak cari tempat tinggal or rumah sewa since parents aku tak trust untuk aku drive ulang alik (tempat kerja and rumah possible untuk ulang alik).
So, secara ringkasnya, aku jumpa la rumah sewa. Dekat la. tak sampai 30mins dari tempat kerja. Tapi aku stress.
Kenapa eh bila time kakak aku kan, nak menyewa takde pun sibuk pegi tengokkan rumah sewa. Even rumah sewa kakak aku pun parents aku tak pernah pergi.
Tapi time aku, beria dia pegi tengok kawasan, beria borak semua dengan jiran.
Bila aku tanya kenapa, dia kata kakak aku tu ganas sikit. Aku jenis lembut. Aku sedih.
Kenapa sebab tu je dorang tak percaya aku? Kenapa susah sangat dorang nak lepaskan aku? Banyak aku pendam selama ni bila tak dilepaskan macam mana kakak aku dilepaskan.
Ni secara ringkas luahan hati aku. Harap ada yang sudi bagi nasihat dan pendapat..
– BEAR GIRL (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Allahu… Bersyukur banyak2 dik sbb ada family yang peduli pada adik.
awak anak kesayangan dia. saya pun mcm ni, bila sy dh berkahwin, baru berkurang diaorg buat mcm tu. Layan jer perangai diaorg dgn sabar n enjoy. Sebab tak lama diaorg dgn kita. neh…terbaik…..you are lucky
Aku ni sama je macam akak kau dik. Parents tak pernah datang selama 6 tahun hidup merantau. Semua akak buat sorang2. Rasa tersisih tu takyah cakap la. Kau patut bersyukur parents kau ambil berat pasal kau. Dorang bukan rasa kau lemah atau tak pandai berdikari tapi dorang peduli pasal kau. Kau beruntung jadi anak kesayangan tau. Jangan fikir dari sudut negative je. Kalau kau dah ada anak nanti kau pon akan buat benda yang sama macam yang parents kau buat
sama dgn saya..
saya merantau tak ada pun mak ayah saya datang melawat
lagi masa sakit waktu belajar pun tak ada ahli keluarga datang melawat..
memang sayu sangat..
PEDULI tu tanda sayang orang pd awak. Maknanya apa? Maknanya, awak tu anak yg mak ayah syg la. Dorg risau klau ada apa2 jadi pd awak, jiran dorg dh kenal. Png brtegur. Mgkin dlm sembang2 tu, ada siap pesan minta tolong tengok2an. Bertuah tau awak ni. Tp Angah faham, awak rasa mcm prgerakan awak trlalu diperhatikn walau awak dh besar. Jgn mcm tu. Bersyukur je lah. Org tua ni mmg akan rasa risau bila anak gadis dia yg lawa tu tinggal jauh dari mata. Lg2 zaman skg ni, byk brlaku pmbunuhan yg mangsa trdiri dari anak2 gadis yg masih muda. Yg bunuh, kbyakkn org yg dikenali. Terutama teman lelaki. Hati2 lah dlm brkawan tu. Nk kluar rumah jgn lupakn senjata bg umat Islam iaitu Ayatul Qursi. Moga sentiasa dilindungi Allah ke mn jua awak pergi.
betul tu, nanti walau dh tinggal sendiri, lagi2 perempuan, kena bagi tauk kita pergi mana dgn siapa, ingat, org tua kita masih ada hak kat kita selagimana belum kahwin. Semoga dipermudahkan bagi adik dlm segala hal, dan sentiasa dilindungi oleh Allah
Bukan dorang x percaya..tp lbih kepada risau nak lepaskan ank lg2 yang jenis lembut. Untung dik awk dapat mak ayh camtu. Cuba tanya akak awk, mngkin di sudut hati dia mngkin cemburu skit mak ayah korang risaukan awak lebih. Mngkin laaa.
Takyah sedih2 dik. Kira ok la tu mak ayh still boleh bg duk rumah sewa dr benarkan awk ulang alik lg jauh.