Assalamualaikum, Nama aku Aina, aku berumur lingkungan 27.. aku sekarang tak tahu nak cerita dengan siapa apa perasaan aku..
Aku dah berkahwin dengan seorang duda anak 3, usia perkahwinan aku baru 3 tahun.
Anak tiri aku sudah kematian ibu, jadi selepas aku berkahwin aku menjadi ibu mereka.
Aku dengan anak tiri aku tiada masalah aku tak pernah pukul marah atau tengking anak tiri aku, aku anggap mereka seperti anak aku sendiri walau aku tak mengandungkan mereka 9 bulan.
Aku tak ada pengalaman menjadi seorang ibu. Tiba-tiba menggalas tanggungjawab ini aku cuba jadi ibu yang baik dengan mereka,
Setiap kali aku gaji wang hasil aku aku tak berkira semua hari ulangtahun aku sendiri yang sambut walaupun ayah mereka tak ambil tahu.
Aku selalu fikir macam mana nak bahagiakan anak2 tiri aku. Sebab aku tahu suami aku sayang mereka.
Suami aku berumur 40 tahun, hanya bekerja kontrak buruh kasar dan aku sedang bekerja syarikat industri minyak dan gas kelulusan ijazah,
Aku bukan nak membanggakan pelajaran aku, cuma aku cuma nak korang tahu apa keadaaan dan status aku, Aku sentiasa tanya apa lagi aku tak cukup baik kah dengan anak anak tiri aku.
Dalam perkahwinan ni aku selalu mengemis kasih dan sayang suami aku. Suami aku setiap kali gaduh akan pukul aku.
Aku pernah melutut merayu rayu di tempat awam untuk tak tinggalkan aku. Untuk pengetahuan suami aku orang sabah.
Jadi setiap kali gaduh mulut dia hanya nak balik sabah tinggalkan aku. Gaduh hanya disebabkan perkara menuduh aku ni bila berkerja aku ni akan tinggalkan dia.
Macam macam aku buktikan pada dia yang aku tak seperti itu. Bila aku kerja suami aku menuduh aku ingin tinggalkan dia dan mencari lelaki yang kaya.
Sedangkan aku sangat sayang padanya. Aku bukan jenis perempuan mata duitan.
Aku terima apa adanya dia. Aku sedih sangat aku tak pernah pukul anak2 tiri aku.
Pergaduhan sering berlaku apabila dia merasa insecure dengan diri dia. Aku pernah kejar suami aku di jalan raya waktu malam dalam tempat gelap.
Sehingga aku mengetuk pintu rumah orang untuk meminta bantuan dari orang untuk menelefon suami aku, aku kerja sampai aku jatuh dalam keadaan hujan lebat. Bermacam aku menahan dipukul ditarik rambut.
Aku tak tahu kenapa aku lemah kenapa aku takut berdiri sendiri. Titik paling lemah bagi aku apabila aku dikoyakkan baju sehingga menampakkan aurat aku depan anak dia.
Malu dan kecewanya hati aku Allah sahaja tahu. Perkara itu terjadi apabila aku bertanyakan kenapa dia suka menuduh aku.
Aku tak berpuas hati kenapa perlu dia lakukan aku dengan tuduhan itu. Aku sangat menjaga pergaulan aku.
Aku kecewa dengan diri aku seba lemah. Korang berikan aku semangat apa yang perlu aku buat.
– Aina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Awak memang lemah. Kenapa mesti merendahkan maruah diri demi duda tu. Sepatutnya dia berterima kasih kerana awak menerima dia dan anak2 instant tu. Ni lelaki yg tak tau bersyukur dan tiada keyakinan diri sebab pekerjaan awak lebih tinggi darinya. Ugutannya nk balik Sabah tu hanya menakutkn awak sbb dia lihat awak sayang mati dgnnya. Awak yg biarkn diri dipijak dan ditindas sbb sayang awak salah orang. Tiada rugi klu awak tinggalkn dia sebab tiada keuntungan pun bersuamikan dia. Awak semak balik kebaikannya dan jika tiada awak educated kan buat la keputusan terbaik untuk diri awak dan fikir sampai bila makan hati dan diabused oleh laki.
Salam puan. Nasihat saya. Usahakan pergi buat rawatan di darul syifa. Itu saja yang boleh saya katakan. Moga Allah beri kesembuhan buat puan.