Untuk part I, (https://iiumc.com/kenapa-aku-masih-hidup/).
Hai assalamualaikum semua hari ini aku nak sambung sedikit berkenaan posting “kenapa aku masih hidup”.
Pertama sekali aku nak berterima kasih kepada pembaca yang sudi mendoakan segala kebaikan untuk aku dan adik beradik.
Untuk makluman, sebenarnya aku perempuan cuma aku tak tulis detail pasal bola tu, aku main bola jaring guys.
Yang kedua nya, punca aku selalu balik kampung adalah disebabkan aku masih mempunyai empat orang adik beradik yang masih bersekolah.
Hubungan kami adik beradik tersangatlah rapat jadi kadang-kadang time gaji aku memang akan balik kerana aku risau akan kesihatan dan kebajikan adik-adik aku. Aku pun dah menyewa jauh dekat KL dan ada kereta sendiri.
Aku tahu adik-adik aku tak berpeluang untuk keluar rumah even untuk jalan-jalan ambil angin and makan sedap-sedap.
Jadi bila aku balik, aku akan bawa adik-adik aku berjalan dekat kawasan rumah aku belanja mereka makan. Allah saja yang tahu betapa happynya aku boleh tengok adik-adik aku happy!
Aku tahu dekat rumah memanglah mak selalu beli makanan tapi ayah aku yang habiskan makanan tu jadi kesian kat adik-adik aku kan.
Lagipun sekarang mak ayah aku dah tua pun jadi adik-adik aku yang empat orang tu memang tak merasa lah kena belasah macam kita orang bertiga dulu.
Cumanya mental juga sebab memang dorang hari-hari kena marah maki semua la. Reason nombor satu aku balik rumah bukan disebabkan mak ayah aku tapi disebabkan adik-adik aku sahaja.
Cakap pasal support, aku sedih sebab mak aku ada tanah dah habis bayar loan, dan dia memerlukan khidmat peguam untuk settlekan dengan bank dan pejabat tanah tapi langsung tak nak bayar,
Aku sebaliknya semua urusan pendaftaran, mak aku suruh bayarkan. Ni bukannya company aku hmm dan aku pun bukan ada duit nak uruskan hartanah dia so aku buat tak tahu saja lah.
Haritu masa aku balik kampung, aku tengok mesin basuh rosak tapi ayah aku buat tak tahu saja. Mak aku basuh semuanya pakai tangan.
Dahlah family ramai basuh pakai tangan pula. So kami adik beradik pun sikit sikitlah kumpul duit bagi mak.
Sebenarnya kesian juga dekat mak sebab walau macam mana pun mak adalah orang yang tanggung kami adik beradik dari kecil bersendirian.
Kakak aku pun selalu pesan kat kami adik beradik, bagi saja apa yang mampu jangan bagi apa yang tak mampu so at least kita dah jalankan tanggungjawab kita semua sebagai anak-anak supaya kat akhirat nanti dah lepas.
Tentang mak ayah tu biar dia orang, itu antara dia dengan Tuhan tapi yang penting kita dah jalankan tanggungjawab kita sebagai anak.
Bila jumpa adik beradik di kampung, dari dulu aku memang terangkan dekat adik-adik supaya belajar sungguh-sungguh. Sebab kalau nak ubah nasib, dapatkan keputusan yang cemerlang dan keluar dari rumah mak ayah bina hidup sendiri.
Bukan kita nak menderhaka tapi at least tak adalah kena tunjal kena marah kena maki kat rumah.
Lagi satu, aku nak minta korang semua doakan aku untuk mendapatkan pekerjaan lain yang lagi baik sebab aku dah setahun kerja di firma guaman dekat KL ni tapi cuma aku seorang lawyer dan tak ada staf.
Bos aku pun bagi arahan dari rumah saja tapi aku kena handle lima department which is aku sangat-sangat tak okay.
Dekat ofis aku kerja hari-hari sorang-sorang. Aku tak ada team dan aku buat semua sendiri tanpa guidance. Tapi alhamdulillah aku ada kawan-kawan masa study dulu yang sangat membantu.
Lagipun, kalau aku duduk ofis ni lagi lama dan sorang-sorang, dahlah dekat rumah sewa pun aku sewa sorang saja. Nanti lagi teringat kisah kat kampung. Haha.
Nak cakap pasal kawan-kawan, ada ramai kawan tapi aku kan tak percaya kan orang jadi takkan aku nak cerita benda-benda macam ini dekat dorang kan. Majority pun dah kawin.
Plus, takut benda tu pun akan makan diri balik jadi lagi baik aku simpan sendiri. Tapi alhamdulillah aku dikelilingi orang yang baik-baik dekat sini cumanya aku lagi selesa cerita dekat sini saja.
Alhamdulillah aku jumpa pasangan dan plan untuk mendirikan rumahtangga. Dia lelaki yang sangat baik dan tak mengambil kesempatan dan selalu memberikan kata-kata semangat dekat aku.
Masa aku kena buang kerja pun sama-sama tolong aku cari kerja. Dia dengan aku dari zero.
Cumanya, dia duda ada anak dan mak ayah aku macam biasa lah pandang rendah dekat orang macam tu.
Tapi, bagi aku nilai diri seseorang takkan berubah just because kau seorang duda ataupun janda sebab tak ada siapa kat dunia ini yang kahwin untuk bercerai. Yang penting nilai diri dan kebaikan dalam diri orang tu.
Kalau korang perasan, abang aku kahwin dengan janda, kakak aku jadi janda dan aku kahwin pula dengan duda. Adik adik empat orang tu tak tahulah.
Mungkin Tuhan nak tunjuk dengan cara ini dekat mak ayah aku yang sebenarnya orang yang mereka hina bukanlah orang yang teruk dan diorang juga manusia biasa.
Memang mak ayah aku pandang harta sangat-sangat. Siapa yang kahwin dengan anak dia kena kaya, kerja bagus, cantik/ handsome dengan harapan mereka boleh tumpang kesenangan tu.
Tapi bagi aku benda ini sangat tak patutlah. Kalau aku kahwin dengan menteri pun, itu duit laki aku bukan duit aku.
Okeylah apa pun semua, doakan aku dapat kerja yang lagi baik dan setimpal gaji okay. Aku tengah update resume ni.
Doakan aku jadi peguam yang berjaya dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Aku juga nak wish you guys all the best in life. Wassalam.
– Arissa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit