Kenapa Aku Membujang?

Terima Kasih admin kerana sudi kongsikan luahan hati saya.

Nama saya Ryu (bukan nama sebenar) umur 29 tahun bulan 10 2020 ini. Saya nak berkongsi sedikit kisah hidup saya. Saya masih bujang dan pernah bertunang sebelum ini, sekarang saya bekerja sebagai polis diraja Malaysia.

Alhamdulillah, saya kini memiliki ekonomi yang agak stabil sedikit, ada rumah sendiri (saya sewakan untuk tambahkan sedikit pendapatan), ada kereta dan ada motor.

Saya tahu kekayaan tidak boleh diukur dengan barang-barang material, akan tetapi kini ramai orang yang berpandangan semua itu adalah lambang kebahagiaan.

Mungkin anda bertanya, ekonomi sudah stabil kenapa tak kahwin? Atau lupakan jak la kisah lama, perempuan bukan seekor berlambak lagi diluar sana.

Hahaha, rasa geli pula bila di tanya soal kahwin ni. Bukan aku tak nak kahwin tapi serik da diperlakukan macam orang tiada perasaan ini. Sebab itu buat masa sekarang aku memilih untuk menjadi bujang.

Tipulah kalau aku tidak suka kahwin, lagi-lagi dengan orang yang dicintai kan hehehe. Kenapa aku serik cari pasangan dan memilih untuk menjadi bujang buat sementara waktu.

Hehehe ceritanya macam begini, aku masih mempunyai ibu-bapa yang sudah tua untuk dijaga, kami adik-beradik ada 7 orang, 3 orang perempuan da kahwin ikut laki mereka. Jadi buat sementara waktu aku nak fokus berbakti kepada orang tuaku sementara mereka masih ada.

Sebab lainnya kerana kerana sudah serik dipermainkan perasaan oleh orang yang tidak menghargai. Aku bertunang sebelum ini atas pilihan keluarga, Yup pasti para pembaca budiman sudah dapat meneka dengan siapa aku bertunang sebelum ini kan.

Pilihan keluarga sudah semestinya orang terdekat. Ya dengan sepupu belah bapa aku. Aku bertunang dengan sepupu sekali. Maksudnya bapa aku sebagai anak sulung, pilih anak kepada adik beradik bapa aku juga. Sepupu sekali.

Setelah meminta persetujuan dari aku, yang ketika itu baru setahun dua aku bekerja sebagai kakitangan polis, dan setelah berbincangkan dengan keluarga dari pihak perempuan dan merekapun bersetuju.

Maka termeterailah janji antara dua keluarga untuk mempersatukan dua hati menjadi satu melalui ikatan pernikahan yang sah.

Pihak keluarga perempuan meminta hantaran sebanyak 25k selama setahun setengah, namun aku tidak mampu mengumpul wang 25k secepat itu disebabkan terdapat komitmen lain. Sehingga terpaksa meminta tunda serta tarikh baru untuk bernikah.

Dipendekkan cerita genaplah dua tahun lebih kami bertunang, wang 25k pun da dapat aku sediakan, bahkan aku sengaja lebihkan sampai 30k untuk menampung jika berlaku sebarang kemungkinan.

Mama akulah orang yang paling gembira ketika itu. Maklumlah anak sulung mereka nak berkahwin sudah.

Ops sebelum terlupa nak bagitau, budaya kat tempat aku ini memang suka meminta hantaran ikut kelulusan perempuan, lagi-lagi jika sudah bekerjaya hmmm jangan haraplah nak dapat 5-10k tu.

Pada pandangan aku, boleh tahan cantik juga tunang aku ni. Dia sudah ada kerjaya sendiri sebagai seorang ustazah di sebuah sekolah agama didaerah kelahiranku.

Mungkin sebab itulah makcik, pakcik (ibu-bapa dia) aku minta hantaran 20k. Well sudah ada kerjaya sendiri, Ustazah lagi tu.

Pendek kata saham akhirat sudah semakin jelas untuk dimiliki. Entahlah kenapa masa itu aku berfikir yang tudung labuh sebagai lambang kealiman dan kewarakan seseorang. Ishhh bodohnya aku masa tu kalau di fikirkan balik hahahaha

Semakin dekat hari pernikahan semakin berdebar-debar rasanya, tidak sabar da nak kahwin. Dapat bini alim ustazah. Aku juga tidak berhenti berdoa semoga majlis kami dipermudahkan.

Masa tu aku sering mengoogle dan belajar dari tok guru youtube cara terbaik melafaz akad supaya tidak tersasul. Sekali tu aku terbuka juga edagan yang melucukan semsa akad nikah hahaha. Excited punya pasal.

Pada hari pernikahan,

Semua persiapan telah 100% full dilaksanakan, tinggal ijab kabul sahaja lagi. Ketika duduk menunggu juru nikah, juru kamera juga telah bersedia.

Kawan-kawan satu tempat kerja datang memeriahkan, sanak saudara dari jauh maupun dekat datang bertandang memakai wangi-wangian semerbak untuk bersama meraikan hari bersejarah kami.

Aku perasan adik perempuan dia berbisik sesuatu kepada makbapa tunangku (pada ketika itu). Seolah-olah terdapat sesuatu masalah besar mereka hadapi. Namun aku lupakan sejenak untuk bergembira dihari pernikahanku.

Aku dapat melihat wajah kegusaran dari pihak pengantin perempuan, namun aku masih berbaik sangka. Juru nikah telah tiba, akan tetapi pengantin perempuan tidak kunjung tiba.

Masa itu aku mula panik, aku berfikir kenapa bakal biniku tidak keluar dari rumah di hari pernikahan kami ini (kami bernikah dimasjid kebetulan masjid lebih kurang 500 meter dari rumah pengantin perempuan).

Aku berbisik bertanya kepada orang ditepiku kenapa pengantin perempuan belum tiba, dia kata pengantin perempuan hilang dari rumah (menurut lahjah daerah kelahiranku).

Aku rasa nak pitam bila mendengar bisikan orang tadi. Aku bingkas dan bertanya berkenaan masalah yang dihadapi, aku cuba kuatkan hatiku menerima berita itu, aku harapkan berita itu tidaklah benar sama sekali.

Malangnya berita itu benar, pengantin perempuan lari mengikuti kereta proton dengan seorang lelaki yang aku tidak kenali.

Ya siapa tidak kecewa diperlakukan demikian, tipulah kalau aku mampu tersenyum ketika itu, dengan harapan makbapa aku yang nakkan anak sulung mereka berkahwin.

lepas itu sanak-saudarai datang dari tempat jauh, rakan sekerja lagi, wang hantaran 25k yang aku usahakan kumpul untuk menghalalkan dia, persiapan yang telah dia buat oleh keluarga perempuan menggunakan wang 25k.

Tipu la kalau aku mampu hadapi semua itu, mengalir juga air mataku dibuatnya. Cuma itu cerita 5 tahun yang lalu. Kenapa aku tulis semula, sebab pada tarikh inilah 4/10/2015 kita hampir bernikah. Bukan aku tak nak move on. Aku da move on pun sebenarnya.

Tapi macam manalah caranya aku nak lupakan kenangan terbesar dalam hidupku dihancurkan oleh seorang perempuan yang aku sanyangi, cintai dan kasihi.

Lagi-lagi perempuan itu merupakan sepupuku dan lari masa majlis pernikahan dengan lelaki lain yang aku tidak kenali (sekarang ni kenal sudah).

Aku menangis? Sudah tentu aku menangis, aku ingatkan aku seorang jak menangis, mak aku juga menangis, adik perempuan aku juga menangis pada ketika itu. Masalah ini tidak berakhir di sini.

Apabila bapa aku menuntut ganti rugi RM25k yang sudah mereka belanjakan untuk pernikahan itu. Sehingga kini hanya 5k sahaja mereka dapat selesaikan.

Bukannya aku nak berkira, lagi pula dengan keluarga sendiri. Akan tetapi sakit dihatiku tu tidak terbalas jika RM25k mereka tidak dipulangkan semula.

Aku seringkali berbincang dengan bapaku untuk berbaik dengan pakcikku (adik beradik bapaku)

Kerana semenjak dari peristiwa tu, keluarga kami dengan keluarga ex-tunangku (sekarang da jadi bini orang) tidak pernah bertegur. Tak tahu pula jika pernah mereka bertegur ketika ketiadaanku di kampung tu.

Kadang aku terfikir, jika dia sudah ada orang lain kenapa bersetuju bertunang dengan aku? Kenapa awalnya seperti bersetuju bernikah sehingga persiapan telah 100% siap baru lari dengan lelaki lain. Tidak terasa bersalahkah buat orang begiru.

Aku masih bujang hingga kini. Kalau ex-tunang balik kampung yang ketika itu aku disitu, ternampaklah mereka bertiga dengan anak yang aku kira 3-4 tahun umurnya. Comel juga anak buahku ni hahaha.

Aku pernah bertanya kepada sepupu sepapat aku, suami kepada ex-tunang aku tak ada kerja, kerja jadi kereta sapu jak.

Aku tak nak fikir lebih-lebih da. Aku memohon jak kepada Allah semoga dikurniakan seorang wanita yang baik dan solehah, daripada aku tetap membujang nanti ex-tunang aku fikir aku tak laku pula, hahaha.

Tak ada la, hahaha. Aku doakan jak mereka bahagia, sebelum terlupa doakan aku moga bahagia pula ya hehe. Ikhlas dari encik Abam polis.

– Ryu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *