Kenapa Aku Pernah Bertahan Dengan Penagih

Assalamualaikum.. Tajuk tu sebenarnya aku rujuk pada diriku. Aku ada pengalaman 10 tahun hidup dengan bekas suami dan ada lima anak…

Maka, aku ada masa berfikir kenapa aku sanggup dan mampu bersabar untuk terus hidup dengan lelaki yang mengambil dadah.

Aku harap keluarga aku tak tahu cerita ini. Aku tak mahu buka aib sesiapa. Aku nak saja lupakan cerita lama, tak perlu dikenang… Tapi, aku rasa mungkin ada orang yang mahu membaca cerita begini untuk direnung ikhtibar.

Sabar atau bodoh aku yang pertama. Selepas bernikah maka kami hidup sebilik. Maka dia ada satu beg galas, yang bila aku cek…. Aku terjumpa benda aneh. Bekas hisap syabu… Waktu ni tabu, tak tahu benda apa itu. Aku tak terus selidik…

Maksudnya, dia dah hisap sejak zaman bujang… Benda tu tak nampak sangat dia macam penagih. Tapi dia ambil. Cuma, yang aku perasan ada waktu setiap bulan dia jadi murung. Tak pergi kerja, diam atau mudah marah. Dia kerja sendiri.

Waktu tu aku risau, susah hati kerana ingatkan dia ni ada masalah mental seperti kemurungan… Tapi beberapa hari selepas tu dia ok boleh buat kerja dan banyak cakap. Mungkin dia dah dapat benda tu.

Sikap dia buruk sebab pengotor dan tak ada adab. Sabar dan bodoh aku yang kedua. Aku hadap saja sikap ni. Dia berak tak pam kemudian puntung rokok buang dalam tandas. Aku bebel juga tapi aku pam dan cuci tandas.

Dia boleh kencing tepi pokok bunga dan lebih sakitkan hati kencing sambil berdiri sebelah batas sayur. Bukan tak tegur tapi mungkin inilah perangai orang ambil dadah.

Bab tak ada adab tu… Dia tak suka bercakap dengan keluargaku… Kemudian kata keluargaku sombong pulau dia. Pernah kami naik kereta dengan ayahku, ayahku buka macam-macam topik dia diam saja. Buat tak layan. Lama-lama orang malas nak sembang.

Dia nampak macam pendiam. Tapi jumpa orang tak kenal boleh sembang panjang pula. Dulu aku sangka baik, tapi aku rasa inilah kesan dadah. Kelakuan dan fikiran tak berapa betul.

Kemudian orang begini disarankan rujuk bahagian psikiatri tapi jika puncanya dadah… Sabarnya doktor, jururawat menerima pesakit begini…

Keluarga yang ada anak dadah pun mahu lepas tangan. Jika ada tempat nak terima mahu ditempatkan saja di sana. Tapi, cuba kita lihat ahli keluarga kita. Adakah kita sanggup buang mereka jika mereka terjebak sebegini…

Mungkin mereka hisap dadah kerana pengaruh kawan atau tekanan hidup… Kita tidak boleh cepat menghukum mereka jahat. Tapi nyata banyak kes jenayah teruk yang melibatkan orang dadah.

Jika mereka banduan dadah. Kita jangan pulaukan mereka jika benar mereka berubah tak ambil dah.

Jika mereka sanggup tebal muka jadi ahli masjid. Jangan pula cepat dituduh pencuri jika hilang barang… Jika ada bukti serahkan pada pihak berkuasa jangan cepat dihukum sendiri boleh makan diri.

Aku boleh bersabar hidup dengannya mungkin sebab dia bukan kaki pukul dan aku ada duit sendiri. Aku layan dia pun ala kadar.

Dia selalu keluar berminggu tak balik aku malas ambil tahi sebab komunikasi tahap negatif. Dia tak cerita hal dia aku pun suka berahsia seperti duit bank aku dan anak-anak.

Jika aku keluar makan dengan dia boleh sakit hati. Pernah aku ditengking di kedai makan hanya kerana dia tanya aku mana tandas dan aku jawab tak tahu.

Waktu itu aku rasa bodoh. Aku lihat ada mata memerhati dengan simpati kenapa suaminya marah isteri dengan masalah bodoh itu.

Aku selalu sedih kecewa dan fikir cara nak bercerai tapi aku teruskan sabar lagi. Dari anak satu sampai berderet… Sabar.

Dan sabar aku ada batasnya juga. Aku fikirkan anak-anak tak boleh terus hidup dengan melihat perangai buruk ayahnya. Yang tak solat, yang berkawan dengan kaki dadah, yang selekeh.

Pernah dia jemput anak sekolah dengan sangat selekeh. Rambut tak bersikat, tak mandi. Aku tengok orang lain elok kemas walaupun kerja angkat sampah.

Kenapa aku sabar…. Sebab dia masih bagi duit belanja. Dia buat kerja rumah. Keluarga dia baik.

Sampai akhirnya aku mengadu pada abangnya dia ambil dadah dan ketum. Abangnya kata ketum bagus untuk beri tenaga sebab dia ni kerja buruh binaan.

Dadah pula semua orang biasa ambil, pemimpin dan orang kaya pun ada yang ambil. Nanti boleh berubah. Macam tahi saja jawapan. Akhirnya aku bagai dipulau oleh keluarganya yang baik ini kerana aku suka mengadu buruk laki.

Aku sedihla tengok kawan lelaki aku budak dadah. Bukankah sikap kita dipengaruhi oleh kawan. Orang kampung tahu dia penagih aku pun risau jika AADK tangkap.

Aku dan anak juga malu nanti. Akhirnya aku sedarkan diri aku mampu hidup tanpa dia. Aku boleh jaga anak ikut cara aku. Aku nak anak aku bebas dadah. Aku nak anak aku cemerlang tanpa tergugat dengan keadaan ayahnya.

Bila aku minta cerai mudah saja dia ceraikan. Kemudian nak rujuk memang taklah aku nak patah balik. Dah patah hati.

Bila keluarganya tahu aku tak mahu kembali rujuk mereka anggap aku derhaka. Bila dia kata aku yang minta cerai keluarga dia kata aku tak cium bau Syurga.

Mungkin mereka tak tahu sikap sebenar anaknya ini… Isteri lebih kenal suaminya dari ibubapanya…

Tapi, aku pesan pada dia. Tolong jaga ibuayah tu baik-baik. Kita ni tak ada apa yang beharga melainkan ibubapa tu. Mereka dah tua, hormat mereka, bantu mereka.

Kita kena redha dah tak ada hubungan lagi. Aku takut dia gila talak takut dia gila. Syukur dia boleh terus hidup sendiri… Dia tetap ayah anak-anakku. Aku doa dia akan jadi insan yang lebih baik jumpa jodoh lain barangkali.

Sekarang dia ikut saudara dia keluar tabligh. Saudara dia yang ikram ajak dia. Jadi kita faham kenapa ada orang tabligh yang kurang baik bukan sebab salah kumpulan itu tapi individu…

Nak kata cemburu dengan keluarga orang lain.. Tidak juga kita ada bahagia tersendiri. Aku kini bahagia dengan anak-anak. Amanah dan anugerah. Moga aku mampu terus sabar dan makin kuat demi mereka. Cukuplah derita itu.

Segala kebaikan dan kejayaan dari Allah Tuhan yang Maha Pengasih. Hidup ini sementara untuk diuji. Renungi surah Al-Mulk.

Terima kasih.

– Janda Bahagia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Beruntung awak dia mudah lepaskan. Saya bersabar dah 13 tahun, dh berkali2 minta dilepaslan tp dia tak mahu. Naik turun mahkamah, fasakh semua saya buat tp saya gagal.. Kesian anak2 membesar dgn melihat perangai ayahnya yg suka maki hamun sana sini. Melihat saya bergaduh dgn ayahnya hampir setiap minggu. Hdp saya tak permah bahagia, saya bersabar sbb anak2. Anak lelaki saya pernah cakap, kalau mummy tak nak kaga dady tak apa la, biar dia saja yang jaga. Hakikatnya dia tak tau apa yang berlaku.. Saya tak nak pisahkan mereka adik beradik 😭 Tp saya derita..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *