Kenapa Aku Rasa Sunyi?

Persoalan yang aku selalu tertanya. Kenapa aku rasa terlalu sunyi? Walaupun aku sudah sibuk kan diri kerja.

Macam biasa rutin aku. Pagi angkut ikan atas pasar, tukang cuci pinggan kedai makan, menyiang ikan, potong sayur, dan repair2 di workshop.

Senang cerita macam macam lah.

Semenjak dua menjak ni aku rasa macam kosong. Melukis pun rasa macam dah tak seperti dulu. Kadang rasa benci pun ada.

Kalau dulu balik dari isyak masjid aku dah mula tak duduk diam. Aku akan bersiap untuk pergi kerja upah cuci pinggan kedai makan.

Tapi sekarang selepas isyak aku akan duduk di ceruk diding masjid banyak termenung. Kadang aku menangis tapi aku tak tahu kenapa aku menangis.

Kalau waktu subuh di masjid ketika tunggu bilal azan aku tak sedar sudah iqamat. Aku kadang tak tahu kenapa tiba2 aku jadi macam bodoh.

Selesai subuh kalau nak pergi pasar kerja angkut ikan aku jadi macam kosong sangat2.

Nak kata sedih aku tak sedih pun tapi tu lah aku jadi macam kosong dan sunyi.

Senang cerita aku ni macam tak ada perasaan. Kalau aku tiba2 mengalir air mata aku tak tahu apa yang aku sedih.

Kalau aku sibuk kan diri kerja ni pun kadang dalam kepala duk bising.

Sampai bila aku nak kerja macam ni. Kalau persoalan tu dah mula bermain dalam kepala aku dah start aku berasa sedih.

Ada sekali bulan mei ni hari lahir aku.. Aku beli kek, lepas tu pergi MCD beli burger konon nak belanja diri sendiri, nak hargai diri sendiri. Kemudian nyanyi sorang2 happy birthday to me.

Mula tak ada orang dekat situ, tiba2 ramai duk tengok aku. Aku malu aku terus blah dari kedai MCD tu, malu sangat. Tadi masa masuk tak ada orang pun di MCD.

Adakah aku masih lagi tak boleh move on? Setiap kali mak dan ayah makan lauk aku masak, mereka selalu tegur terlebih garam kadang terkurang garam.

Kadang kalau aku aku cuba nak baca quran selepas maghrib pun tiba2 aku tak tahu apa yang aku sedih aku jadi menangis sorang sorang.

Aku nak bercerita dekat kawan aku tak ada kawan rapat sini. Nak bercerita dengan orang tua sini takut nanti diaorang gelak.

Entah lah…. aku teringat aku pernah luah di confessions ni dan hari ini aku pun menulis lah apa yang aku rasa.

Kadang aku rasa bersalah dekat diri aku. Nak berumah tangga macam orang lain tapi diri sendiri tak ada kerja tetap hanya sekadar kerja upah.

Kadang nak bagi hadiah dekat mak ayah tapi, tak mampu macam anak orang lain yang berjaya.

Kadang cemburu tengok orang lain yang berjaya berpendapatan tetap.

Untuk cemburu itu terus menguasai aku akan buka youtube dengar lagu raihan kadang lagu rancak. Tapi tu lah sekejap.

Kadang nak berjalan pun aku malu aku akan tunduk tak nak tengok orang.

Entah lah…..aku harap ada sinar nanti…

Doakan aku ya semua…

– AMY (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. awak..sy nk cakap sikit..walaupun sy ada kerja tetap tpi perasaan sy macam awk..awk tau setiap masa sy akn termenung jauh.. sy juga selalu berasa cemburu sebb rakan sebaya sy jauh lebih berjaya.. suda berumah tangga dan mempunyai anak..mempunyai kereta dan juga rumah.. sy pun sama..walaupun ada kerja sederhana masih blum ada kereta dan suma tu. cari pasangan dengan harapan sebagai teman meluahkan perasaan malah khianati sy..sy malu sgt2..semoga ada harapan yg bahagia untuk kita dua juga ..amin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *