Kenapa Aku Rasa Tak Happy?

Hi pembaca semua, ya.. Seperti tajuk yang kalian baca. Aku tak happy. Sebab apa? Aku rasa kalau aku cakap sebab apa mesti ada yang kata aku tak bersyukur.

Tapi ini lah apa yang aku rasa sekarang dan tujuan aku meluahkan di sini ialah aku tak ada tempat untuk aku luah perasaan aku. Aku takut family & kawan akan judge aku.

Kenapa aku tak happy? Aku mula rasa tak happy dengan hidup aku lepas aku dapat anak.

Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa stress sangat bila ada anak ni.

Tidur aku dah tak cukup, aku nak buat aktiviti harian aku semua dah terjejas, bilik aku habis bersepah, baju-baju dah tak sempat nak lipat, masak? Lagi lah tak sempat.

Baby aku jenis suka mengempeng, nak susu selalu, lepastuh menangis. Aku jadi rimas, serabut. Aku tak tahu berapa lama aku kena hadap fasa ni. Aku dah letih mental & fizikal dah. Aku tak happy, sumpah aku tak happy.

Suami aku? Dia bekerja, jadi dia dapat jaga baby kejap-kejap je lepas balik kerja, selebihnya dia banyak spend masa dalam bilik tidur.

Oh ya, aku dengan baby tidur ruang tamu. Lebih mudah sebab senang nak buat susu & nak tukar pampers semua. Kalau dalam bilik sempit dan ruang agak limited.

Aku takut nak minta bantuan suami aku sebab aku fikir dia mesti penat lepas balik kerja sedangkan aku suri rumah sepenuh masa, tak bekerja. Jadi aku biarkan sahaja kalau dia nak rehat dalam bilik.

Tapi aku, aku akan jadi lemas, rimas bila setiap kali baby aku berjaga.

Aku jadi resah gelisah bila dia dah start bangun tidur, buka mata, lepastuh mula lah aku rasa nak menangis sebab aku tau aku mesti akan rasa stress balik. Hati aku mula berdebar-debar. Kenapa ya?

Kenapa aku tak boleh rasa happy macam orang lain bila ada anak? Kenapa aku tak boleh rasa semua tu? Normal ke perasaan ni? Tolong aku.

Tolong aku. Aku nak happy, aku nak bahagia semula. Aku lemas dengan perasaan ni. Tolong aku.

Aku perlukan sokongan moral kalian..

– Ms B (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Ms B, sekarang bukan Ms lagi ya tapi Mrs…seorang ibu (& isteri) yang bertuah dikurniakan/dipinjamkan oleh Allah seorang anak yang tidak dia minta lahir di dunia ini. Jika tak cukup tidur, semasa baby tidur, maka puan pun tidurlah juga.. kebiasaannya baby yg minum susu formula lagi lama kenyang & lama tidurnya berbanding yang menyusu badan. Pemikiran lapuk yg mesti tidur lena tanpa gangguan selama 8 jam tu – tlg lupakan… dapat 2, 3 jam sekali lena pun dah memadai. Ini takkan berterusan berlaku, sehingga anak 2, 3 tahun sahaja. Puan boleh download apps utk ikuti perkembangan baby seperti Baby+ & AsianParent. Boleh kongsi pengalaman dgn ibu2 lain esp yg berdepan masalah yg lagi kritikal. Rasa happy kita bukan bergantung kepada sesuatu yg tiada tapi apa yg kita ada terlebih dahulu – ini sifat qanaah klu tak silap. Puan mungkin tak bergaul dgn orang sgt maka saya syorkan puan sendirian bawa baby ke taman permainan utk lihat anak2 lain bermain, boleh bersembang dgn ibu-bapa lain, boleh tolak stroller utk dptkan cahaya matahari pagi serta udara yg segar juga. Baby akan lebih penat & mudah lena bila balik ke rumah. Jika takut panas, boleh pergi ke Lotus cthnya – jalan2 sahaja…sebelah pagi tak ramai orang. Treat yourself dgn secawan kopi atau donut! Happy lah puan dgn seadanya insya-Allah…dan jgn lupa juga lakukan perancangan keluarga jika belum bersedia

    • Rad ni macam pengarang majalah parental je.. hehe.. ringkas dan padat…

      kpd Ms. B, sy pernah alaminya dan perasaan rimas tu mmg real… awak cuma tak cukup tidur tu.. minta la husband jaga masa weekend, awak boleh tdo sepuas2nya.. consider second child bila 1st baby ni dah pandai makan, g toilet sendiri.. kalau tak mmg tak habis2 rimas ni hehee.. All the best to you babe!

  2. sis di atas, pergi download kiddocare. you hire for a day ke few hours ke, pastu you pergi spa or anywhere you found relaxing and have your own free time. reset balik your mind and body. you sounded burnt out. tu je sebenarnya. you need to take a break.

  3. Biasa la normal jaga baby memang mcam tu kena bijak handle masa semua.. tak cukup tdo rehat memang tak happy la..mintak la tolong dgan suami tu bincang sama2 jangan senyap je cakap cakap cakappp dengan suami penderma sperma ko tu..

  4. Sis confessor. Fasa ni cuma sekejap. Tapi please consider to take 5 from your burnt out ni. Takut pape jd luar sedar pulak (post partum depression). Jgn takut mintak tlg husb to participate utk jagakan anak kejap walau dia baru blk keje. Tu anak dia jgk. He needs to know how to care his own child jgk. If u enable him to lepas tgn, nnt smpai bila² pm dia tak reti jaga anak sndri. Takyah me time lama² pn takpe. Dapat dlm 2 3 jam utk refresh blk diri tu. Tak pegi keluar window shopping pn takpe. Mcm ada sis td ckp..hire kiddocare 2 3 jam..awak dok dlm bilik main phone, tido, baring². Ok je. Buat la cara awak mcm mana pn utk tame the fire in you. Semoga urusan sis dipermudahkan. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *