Kenapa Aku Tak Layak Jadi Imammu?

Assalamualaikum. Aku Harith (bukan nama betul). Aku sedih sangat. Dia dah block aku. Aku menangis teruk semalam sebab aku kena lupakan orang yang aku sangat cintai.

Hari ni aku moody, kepala aku sakit, berdenyut-denyut. Macam-macam aku fikir. Hati aku sakit sangat…. bagai dihiris-hiris.

Aku tak pernah macam ni. Tapi kali ni aku tewas dengan perasaan aku. Aku dah tak peduli yang lelaki harus kuat, lelaki juga menangis lelaki ada perasaan juga.

Aku jatuh cinta pandang pertama dengan dia. Kami berjumpa atas urusan kerja hanya beberapa kali. Aku tak tahu kenapa aku sangat tertarik dengan dirinya yang sangat muslimah tu, dia bukan jenis perempuan yang aku minat.

Aku sebenarnya suka perempuan bergaya, yang bermekap, yang jenis pakai heels tu. Tapi dia, dia perempuan muslimah yang berjubah, kadang berbaju kurung, mekap pun tak pakai. Tapi dia ayu, sopan santun, dan cantik tak perlu mekap hanya bedak je kot.

Dia juga sangat-sangat menjaga pergaulan dan tak sewenangnya pandang lelaki secara sengaja. Walau sekadar bercakap atas urusan kerja, dia tak akan pandang kita pun. Ini kali pertama aku sukakan perempuan muslimah macam ni.

Sudah 4 tahun dia dalam hati aku, dalam 4 tahun tu aku cuba berkenalan lebih rapat dengan dia. Dia tahu perasaan aku, dia tahu aku sangat mencintai dia, tapi dia tak pernah bagi aku peluang.

Dia tahu aku angau, gila, sakit dll kerana rindukan dia, kerana sangat mencintai dia, Ya! aku yang sangat mengharapkan secebis kasih sayang dari dia… dia tahu semua tu tapi dia hanya suruh aku move on.

Macam-macam usaha aku buat untuk menangi hati dia. Aku selalu bagi dia surprise gifts, selalu orderkan dia makanan favourite dia, sambut birthday dia dll. Dia hargai apa yang aku buat untuk dia, aku tahu sebab dia ucap terima kasih, dia terharu je dengan apa aku buat.

Dia tak ada sesiapa yang istimewa pun tapi dia reject aku berkali-kali. Tak terkira banyaknya dia reject aku dalam 4 tahun ni. Aku bukan nak ajak dia buat maksiat, aku nak halalkan dia. Tapi dia cakap dia masih tak bersedia untuk berumahtangga.

Semalam kawan baik dia beritahu aku yang dia dah bersedia untuk berkahwin.. keluarga, kawan-kawan dia semua tengah giat mencari calon suami untuk dia.

Ya Allah aku ni dia tak nampak ke???? Bila aku tahu, aku mesej dia offerkan diri aku untuk entah ke berapa ribu kali dah kot, dia cakap sila move on.

Bila aku tanya kenapa aku tak layak buat dia, dia hanya cakap aku baik sangat-sangat tapi dia tak rasa aku jodoh dia. Lepas tu dia block aku.

Kenapa dia tak nak bagi aku peluang langsung???? 4 tahun aku kejar dia……. kawan-kawan dia dah pujuk dia untuk aku tapi dia hanya diam, dia cuma cakap aku sangat baik. Salah ke jadi baik???

Aku tahu dia crush lama dengan seseorang dari zaman sekolah dia. Lelaki tu alim sejak zaman sekolah lagi, lelaki tu seorang ustaz sekarang. Tetapi lelaki tu dah kahwin. Dia tak kenal rapat pun dengan crush dia tu.

Dia memang suka lelaki ada gaya ustaz, dan dia nak suami daripada lelaki yang belajar agama, yang bersekolah agama macam dia. Bagi dia aku tak layak.

Ya, saya tahu saya tak alim, saya tak ada gaya ustaz. Saya bukan dari sekolah agama. Tapi saya pun orang islam, saya pun solat. Saya pun ada pakej lengkap ciri-ciri suami yang perempuan nak juga.

Saya boleh imamkan awak. Saya belajar agama juga, saya reti semua doa-doa, saya hafal surah-surah juga… saya tak jahil.

Saya dah hafal sebelum kenal awak lagi surah yassin, al mulk, al kahfi, al waqiah contohnya.. .saya pun tahu hukum-hukum semua tu. Kalau ada yang saya tak reti pun saya boleh belajar lagi.

Saya dari keluarga orang baik-baik, awak dan kawan-kawan kita semua kenal keluarga saya, keluarga awak pun kenal saya.

Saya boleh lindungi awak, saya boleh didik anak-anak. Saya ada kerja tetap, rupa saya pun not bad ramai perempuan lain try juga, tapi saya nak awak seorang je. Tolong la terima saya….

Dia ada dalam page ni, harap dia baca dan semoga Allah bukakan hati dia untuk bagi peluang pada aku. Tolong kawan-kawan pujuk dia terima aku. Terima kasih.

– Harith (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Kalau dia adalah jodohmu, tak kan berubah sampai bila2,
    Kalau dia bukan jodohmu, jodoh kamu berdua akan sampai masa diketemukan jua.. Mungkin jauh lebih baik dari apa yang kamu mimpikan.
    Doa dan redhalah dengan apa yang telah ditentukan buatmu.

  2. Allahu… Bang, istighfar banyak-banyak. Abang terlalu mengejar cinta manusia ni. Perihal perempuan tersebut, dia dah tolak niat abang bertahun-tahun. Boleh jadi dia dah solat istikharah dan jawapannya bukan abang. Sebab itu dia tolak. Soal jodoh, bukan sekadar ohh orang tu baik dan aku juga baik mesti dia akan jadi jodoh aku. Tidak. Bukan begitu cara Allah aturkan jodoh.
    Saya faham abang kecewa tapi perasaan tak boleh dipaksa. Namun, saya doakan yang terbaik untuk abang dan perempuan tersebut.

  3. Berlapang dadalah dengan ketentuan-Nya.. Allah aturkan yang terbaik untuk hamba-Nya.. selalunya manusia ni ibarat kanak-kanak kecil yang mahukan apa yang kita mahu -sedangkan mungkin yang kita suka itu tidak baik untuk kita dan sebaliknya. Adik Harith tahu agama, fahami agama juga.. soal hati orang lain jangan dipaksa!

  4. Awak sendiri tulis yang awak suka perempuan bergaya, bermake up, pakai high heels n so on. Saya bukan nak judge awak tapi boleh jadi perasaan awak pada perempuan muslimah tu hanyalah sekadar rasa kagum dengan keunikkan diri dia. Risau bila dah halal terus nampak dia selekeh. Tak ada seri, tak beraura seperti perempuan yang awak mahu.

    Tentang perempuan tu, saya rasa dia dah solat istikharah minta petunjuk Allah. Sbb itu jawapan dia tetap sama biarpun bertahun-tahun awak kejar dia. Awak tulis, dia pelajar sekolah agama kan? For sure dia tahu apa yang perlu dibuat bila ada isu tentang jodoh ni.

    Berkenaan dia ada crush pada orang lain, itu hak dia sebagai manusia sbgmana hak awak jatuh cinta pada dia. Setidaknya dia tahu, perasaan tak boleh dipaksa dan dia pun xda dekati crush dia yang dah menikah tu. Malah, dia usaha cari jodoh dia.

    Nasihat saya sebagai netizen tak berbayar, jodoh ni tak semestinya orang dekat. Apa yang ada di depan mata tak semestinya Allah takdirkan berjodoh. Awak hormatilah keputusan dia. Hati manusia ni dalam genggaman Allah, jika benar dia jodoh awak, jadilah ia. Jika awak berkorban jiwa raga pun, kun fayakun Allah tetap kata tidak, hasilnya tetap tidak.

    Saya doakan moga awak cepat sembuh dari kesakitan hati yang terluka. Allahummaamiin.

  5. Move on je lah.
    Tak guna kejar orang yang dah tak nak.
    Untung jadi perempuan baik, lelaki pun ikhlas nak kan dia.
    Kalau kamu pun lelaki baik, nanti kamu jumpa orang yang layak untuk kamu.
    Jangan keterlaluan mengejar. Ada jalan lagi baik mungkin.
    Macam ni lah dunia. Bila kita dah beria, kita rela terima, orang tak nak. Yang orang dah ikhlas sangat2 nak, orang tak suka.

  6. Cer cari girlfriend lain. Acah2 move on. Mesti tetiba dia rasa tercabar. Selama ni awak yang asyik kejar dia kan. Lagipun,orang yang dia suka tu, x suka dia pun. Sekali sekala pompuan camni kena langgar dinding baru tersedar dengan realiti.

    • Jangan nasihat bukan-bukan. Kang kawan ni pi buat betul-betul dah jadi kes rebound relationship plak. Tak pasal-pasal anak orang lain jadi mangsa acah-acah move on dia.

      To Harith, nangislah sebanyak-banyaknya. Lepas tu, bangkit dan move on. Allah nak didik kamu cara berlapang dada dan nak kamu cintakan DIA lebih dari kamu cintakan perempuan tu.

  7. Teringat kisah zulaikha dan Nabi Yusuf, saat dia mendambakan cinta seorang manusia, kejarlah dia akan cintanya tapi tak pernah dia peroleh cinta itu. Terus, dia alihkan cinta itu kepada yang Hak, kepada Pemilik Segala Mahkluk, Sang Rabb menitipkan rasa kasih dalam hati makhlukNya :)

    Pesan saya, kalau awak nak someone yang begitu begini first doa. Yang kedua, layakkan diri awak untuk orang tersebut. Contoh, awak nak wanita yang boleh menjaga dirinya ketika mana dia berada di satu2 tempat maka awak juga perlu berusaha untuk menjadi seperti orang sedemikian. Awak nak isteri yang tinggi ilmu agama, maka awak usaha lah untuk menambah ilmu agama awak juga.

    In sha Allah, doa dan usaha. Boleh jadi si dia sekadar persinggahan dalam perjalanan awak menemui orang yang betul

  8. Dia mmg tak suka la tu weii. 4 tahun kau kejar dia pun dia reject je. Kerja satu ofis ke? Ada perempuan mmg menyampah dgn lelaki dok terkejar2 kt dia. Pernah tak kau slow down kejap n ignore dia/tak layan dia. Apa reaction dia? Dia cari kau tak? Ke dia pun buat senyap jer..kalau senyap tu.. faham2 la.. Dia mmg tak nak.

    Dah.. g la pujuk hati tu. Boleh nak sedih gini.. Tapi kena bangun balik la. G la cari hobi baru.. jumpa org baru..cari environment baru. Lupa kan dia ya. Bazir masa kau je berharap dgn org yg tak nak kt kau ni..

  9. Dek JODOH tuh mudah dek.

    Kalau jodoh kau tak perlu sengsara duka lara keluh kesah buang masa luah perasaan berkarangan panjang.

    Kau bagi sepatah ucapan hai pon boleh lekat kalau dia jodoh.

    Dah kena reject angkat kaki. Baik kau nikah pompuan free hair, bergaya,pandai make up letupan ikut cita rasa kau tuh.

    Kau sedih kena reject sebab ego kau ja.
    Kau BUKAN cinta pon awek muslimah tuh

    Takut lepas kahwin kau bosan.
    Bini sama tak menarik tak pandai bergaya untuk kau.

    Move on.

    Hargai perempuan yang hargai kau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *