Kenapa Aku Tinggalkan Group Whatsapp

Korang ada grup whatsapp family kan? Grup korang best tak? Selalu kongsi info yang berfaedah dari sumber yang sahih? Banyak dapat ilmu baru hasil perkongsian di grup?Selalu kalau korang kongsi sesuatu,ada yang respond tak,cukup sekadar dengan icon ok..atau semua buat tak tau?

Grup whatsapp family belah suami aku sangat annoying.Ada yang bila kita ucapkan selamat ulangtahun,tahniah atas kejayaan ,cakap terima kasih pun takada..tapi whatsapp dah baca..boleh pulak post video entah apa apa..
Ada yang lain hari hari dok kongsi gambar anak anak dia,dengan caption syok sendiri,”cantikkan saya harini” , “saya memang comel kan”, ” saya pakai baju baru harini”.. Eh perlu ke nak bagitau hari hari,anak orang lain pun comel pe.Lepas tu bila takde yang respond,boleh pulak tanya tak tengok ke gambar anak kita ni,kenapa tak puji..Aduhaiiii perlu ke sampai macam tu.Ko tak tau ke yang orang menyampah,malas nak layan sebab tu takde yang respond,semua diam,sebab kalau ada yang tegur,kang ko kecik hati..
Ada yang hari hari tanya sarapan apa hari ni,lunch apa harini,dinner apa harini,lepas tu suruh selfie,bila ada yang respond cakap sarapan sekian sekian,boleh pulak nak tanya kenapa sarapan tu aje,tak beli yang lain ke,tak masak ke..lepastu bandingkan pulak yang dia selalu sarapan macam macam,mesti ada lauk itu ini utk lunch,minum petang kek mesti ada..stok lauk mesti ada seafood bla bla ..tak makan ikan murah murah,sardin..
Eh perlu ke semua tu ko nak canang.Aku pun makan hebat juga,makan kat hotel kadang2, minum air segelas RM 18,tapi tak perlu la nak canang dan banding bandingkan sapa yang makan lagi hebat.Takperlu nk persoalkan selera orang,cara orang masak,apa yang dia masak dan makan..takperlu..budaya dan cara hidup kita tak sama..belajar menghormati cara gaya hidup orang lain..

Ada lagi yang cek in mana mana nak bagitau,padahal setakat pergi giant je..tak kisah la kalau nak share,tapi perlu ke tanya “harini korang tak jalan mana mana ke bawak anak anak” kesiannya duduk kat rumah aje tak keluar jalan jalan,kitaorang memang wajib tiap minggu keluar jalan jalan” alahai kak oiii setakat pergi giant nak menunjuk bagai..lain lah kalau kau pergi short vacation,minggu ni pergi KK,minggu depan pergi Langkawi,minggu lagi satu pergi Kuching..boleh la nak cakap macam tu.
Ada yang lain bila orang tengah bercakap pasal resepi nak masak kek gula hangus,tak pasal pasal post benda lain yang tak penting pun,biasanya post gambar anak la..apa salahnya ko biarkan orang berbual kejap,atau ko acah acah la tanya sikit pasal resipi kek tu sekadar nak berbual,dah abis cakap pasal resepi kek,barulah ko post gambo anak ko tu..iskkhh..selalu sangat potong orang tengag berbual..kan tak manis macam tu.
Ada yang lain bila dia kongsi takpe,kalau perlu respond kita respond,kalau tak perlu tak payah komen apa apa.Ni tidak..Bila time kita share something,contoh harini share pergi tengok wayang,boleh pulak dia bagi respond ” alaaa,takada anak lagi boleh la nak berkepit berdua aje” Eh eh..kita pergi jalan pun bukan mintak orang belanja,perlu ke nak bagi komen macam tu.

Macam macam perangai dan kerenah kan bila bercakap pasal grup whatsapp.Mungkin ada yang cakap,kalau kita lihat dari sudut positif,maka postiflah yang kita nampak,dan sebaliknya,tapi macamana pula kalau memang takada satu yang positif pun yang kita boleh nampak..atau mungkin ada yang kata kita perlu berlapang dada bila membaca sesuatu yang dikongsi,tapi macam mana pula kalau memang tak ada satu pun yang boleh buat kita berlapang dada..lagi sakit hati baca ada la..

Memang itu cuma grup whatsapp saja,tapi perlu juga ada adabnya.Bukan sebab kita tak bercakap berdepan depan,tak bermakna kita boleh share,respond atau tulis sesuatu ikut sedap kita aje. Kalau tak ada benda baik yang nak dikongsi,diam pun tak apa..tapi disebabkan aku banyak berdiam lah aku dikatakan sombong,tak nak bergaul..Dah tu ko rasa aku nak respond macam mana kalau semua post syok sendiri,sekali dua ok lagi,kalau hari hari aku memang meluat dan tak boleh dah nak terima.Mungkin perlu ada sedikit common sense bila berbual,jaga perasaan orang lain.

Aku pun ada join grup whatsapp yang lain,tapi cara gayanya taklah macam grup yang satu ini. Untuk ahli ahli grup family ku sekalian,jadilah orang yang berperasa sedikit sesama kita..jangan syok sendiri..Aku pun dah left grup tu dengan alasan uninstall whatsapp ..taknak rasanya join lagi..aku tak boleh nak ubah cara orang lain,itu mungkin cara mereka,menegur secara baik juga bukan satu pilihan yang bagus,kang aku dicop macam bagus..haha..

Mana yang baik datangnya dari Allah,mana yang buruk adalah dari kekhilafan aku sendiri..moga boleh dijadikan ingatan untuk kita semua.

– Rosemawar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit