Terima kasih untuk admin kalau confession aku disiarkan.
Sebelum aku start, aku mintak maaf kalau confession aku ni akan jadi offensive atau triggered sesiapa.
Aku Putri. Anak kedua dari 3 beradik. Aku sorang perempuan. Umur aku 23, aku baru habis degree. Aku tak kerja lagi sebab aku kena jaga babah dengan wan(nenek) aku. Babah aku ada sakit saraf yg buatkan dia tak boleh kerja. Abang aku 25, adik aku 20.
Sejak aku duduk rumah ni since bulan 12 tahun lepas, banyak aku pendam rasa. Kadang tu aku penat sangat. Tapi nak buat macam mana, aku je anak perempuan. Semua aku.
Since babah tak kerja, mama kerap overtime. Balik lambat. Yelah nak sara family kan. So sejak tu lah kerja kerja rumah( masak, kemas rumah, basuh baju) semua aku buat sorang. Ada orang akan cakap alah biasalah perempuan buat kerja rumah. Yes it is. Tapi bagi aku. Kadang aku penat sgt sebab abang dgn adik aku satu apa tak tolong. Yang diorang tau makanan dah terhidang depan mata. Bangun lambat. Adik aku belum kerja pun takdelah nak tolong aku jemur baju ke apa ke. Merayap je. Tapi mama babah sikit tak pernah marah. Tapi diorang pernah tengok tak aku penat ke apa hmm. Ada satu hari tu aku demam. Aku jarang sakit. Tapi kalau sekali sakit tu memang lembik la. Aku tak larat nak bangun. Babah dari ruang tamu (katil kat ruang tamu – babah bed ridden). Dari ruang tamu babah jerit panggil aku. Aku tengah mamai mamai sebab tidur kan. Aku memang tak larat. Dengan migraine lagi. Babah jerit cakap nak makan. Pagi tu mama memang tak sempat nak buat sarapan sebab rushing meeting. Aku panggil adik aku suruh belikan sarapan sebab aku tak larat nak masak. Adik aku tak bangun. Aku gagahkan juga masak sarapan, bubur wan, 3 jenis lauk untuk family. Settle bagi babah makan, aku cakap aku nak rehat tak sihat. Aku ingat babah paham la kan. Sejam lepas tu aku baru lelap kejap aku dengar suara babah bising bising cakap “tidur je kerja. Tu lah kerja kau”. Hmm terus aku bangun. Rupanya babah mintak tukar pampers. Adik aku tu boleh buat keras je tak dengar ke babah bising hmm. Aku penat. Jujur penat. Bila aku buat kerja orang tak nampak. Bila aku duduk kejap orang cakap aku tak buat kerja.
Selain daripada tu, aku selalu rasa macam aku tak dapat layanan sama rata macam abang dengan adik aku. Umur aku 23. Aku masih di umur yang nak berkawan. Nak keluar dengan kawan, tengok wayang sekali sekala, keluar makan kadang2. Tapi jarang aku dapat. Family aku ni ada rules untuk aku. Contoh kalau this week aku dah keluar hari rabu, so sampai 2 minggu akan datang aku dah tak boleh keluar. Duduk je rumah. Kadang tu bila kawan kawan aku (kawan sekolah) ajak keluar makan kat kedai tak jauh dari rumah aku pun babah tak bagi. Sebab aku anak perempuan katanya. Sudahlah. Bukan sebab aku anak perempuan. Sebab aku je yang buat kerja kat rumah tu. pernah sekali tu aku naik KL, balik lambat lah. Esok tu babah bebel cakap aku takde kat rumah, abang dengan adik tak layan babah panggil. Babah aku pun. Dari dia sihat. Kalau dah duduk tu, jadi malas nak bangun. Dan dia kejap kejap akan panggil. Kadang dia dah duduk kat sofa, nak bukak tv pun dia akan panggil aku. Belum part dah kat meja makan, nak sudu/ gelas pun panggil aku. Hmm. Tapi semalam paling aku sentap. Aku dah dekat sebulan tak keluar. Aku dari final sem dah cakap dengan member aku nanti aku balik je rumah, nak tengok Fast Furious 8 dengan dia bila dh keluar. Aku pun set lah keluar semalam. Member aku tu perempuan. Kira kawan dari kecik. Aku dah bagitau dari jumaat lagi kt mama dengan babah. Mula mula semua okay je. Mama memang tak kisah sebab mama tahu aku ni jarang dapat keluar. Bila aku keluar semalam tengah2 tengok wayang aku dapat whatsapp dari abang aku. Dia bebel cakap aku tak tukar pampers babah. Laaa. Sebelum aku keluar aku dah tukar. Mungkin babah buang air lagi. Lepas je tengok wayang tu aku balik dalam pukul 10.30malam. Aku balik je abang aku sound cakap babah bising marah2 cakap aku kerja berjalan je, keluar je. Hmmm salah ke aku nak keluar sekali sekala. Aku cuma nak tengok wayang je. Tapi bila abang dengan adik aku. Keluar hari hari balik 2,3 pagi pun takpe. Ye diorang laki. Tapi aku bukan mintak balik 2,3 pagi. Aku cuma nak keluar kejap je. Sebelum pukul 11 aku mesti sampai rumah. Sebelum keluar aku dah siap dah semua kerja rumah. Pernah sekali aku tengah teman kawan aku beli barang hantaran kahwin dia, babah call. Terjerit jerit “kau kat mana. Tak reti balik. Agak agak la berjalan. Takde rumah ke?”. Masa tu baru lepas maghrib. Aku start keluar pukul 4 masa tu hmm. Aku jadi turn off mood aku. Aku nangis sebab kawan aku betul betul sebelah aku. Dia dengar babah jerit. Aku pernah suarakan kat mama. Mama cakap mama dah slowtalk dengan babah biar lah aku keluar sesekali. Bukan lama. Tapi babah tak nak paham. Dia pikir aku ni perempuan, aku kena jawab semua kerja kat rumah. Adik aku ke abang aku ke tak payah sentuh apa kerja pun kat rumah tu.
Kadang tu aku rasa nak kerja je. Nak keluar dari rumah ni. Sewa rumah. Bukan sebab aku tak larat jaga rumah, jaga babah. Tapi sebab penat buat sorang sorang. Tapi bila aku cakap nak kerja pandai lah babah buat muka sedih cakap takde siapa nak jaga lah apa lah. Aku tak risau sangat nak kerja sebab gaji mama besar. Cukup untuk sara satu family aku. Aku jaga rumah ni pun dapat allowance dari mana tiap tiap bulan. Tapi bukan duit yg aku nak. Aku cuma nak rasa tak dikongkong. Bukan aku mintak keluar hari hari. Tapi cukuplah izinkan aku keluar sesekali tanpa marah marah. Bukan aku keluar dating pun. Hmm. Kawan kawan aku yang nak keluar dengan aku semua kena jumpa babah dulu supaya babah percaya aku keluar dengan perempuan. Aku dah 23, tapi aku tak dapat rasa bebas macam kawan aku. Bukan bebas sosial. Tapi bebas untuk aku ada masa untuk diri aku. Bila part adik aku , abang aku. Semua boleh. Aku ni? Semua tak boleh. Hmm kadang aku terfikir aku ni kat zaman bila yang anak perempuan darjat dia dipandang rendah hmmm. Dibezakan dengan anak lelaki. Aku bukan nak aibkan babah ke apa. Tapi aku sedih sangat.
Aku tak tahulah sampai bila babah nak treat aku macam ni. Kadang aku rasa macam orang gaji. Jujur cakap. Bila mama cakap nak ambik maid, babah marah cakap apa guna ada anak perempuan hmmm. Aku pun nak ada kerjaya, nak berkawan. Kenapa mesti anak lelaki boleh, anak perempuan tak boleh hmm
Again. Sorry kalau confession aku offensive. Aku cuma luahkan apa yang aku rasa. Aku dah tak tahan sampai rasa nak nangis je hmm. Aku harap one day aku akan free. Kadang rindu zaman belajar. Kalau belajar dulu, masa duduk rumah sewa, aku nak pergi mana semua boleh je. Asalkan aku inform mama. Sekarang? Hmmm. Sabar je lah dengan nasib aku ;(
– Putri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit