Kenapa Ayah Aku Tak Macam Orang Lain?

Assalamualaikum. Aku Melly berumur 20 an. First of all terima kasih dekat admin sebab sudi share dan aku mintak maaf sekiranya kisah aku ni tak menarik sebagaimana yang diharapkan.

Kenapa ayah aku tak macam lain?

Yes, dari kecik ayah tak tekankan sangat didikan agama dalam family kami. Senang cerita, kena pandai pandai sendiri.

Solat? pun kena pandai pandai sendiri. Takde macam ayah orang lain, dia yang kejutkan solat, jadi imam, bagi tazkirah dekat keluarga dan sebagainya. Solat pun on off. Kalau jalan jauh tu jangan harap la nak berhenti untuk solat. Melainkan nak charge battery (hisap rokok) or pergi toilet.

Aurat? Takde pun ayah aku suruh ‘Mely, pakai tudung’ ‘ Mely, pakai sopan sikit’. TAKDE. Tapi masa tu aku tak ambil kisah pun pasal ni. Sebab dah terbiasa. Jadi anggap semua tu tak penting. Kebanyakan Ibu aku akan bagi nasihat.

Masa sekolah menengah ayah aku suruh aku ambil aliran sains, katanya aliran agama ni macam tiada hala tuju. Aku pun tak faham dengan pemikiran ayah aku masa tu. Jadi untuk adil aku memilih untuk masuk kelas sains agama.

1. Panas baran

Ayah aku seorang yang panas baran. Kalau dia marah memang aku lebih suka pekakkan telinga dan berkurung.

Sebab? Ayat ayat yang keluar dari mulut dia buat aku sakit hati (boleh bayangkan sendiri carutan, makian dan seangkatan dengannya) aku malas nak mention dalam ni. Kurang pahala puasa nanti.

Kadang tu dengan budak pun kalau dia dah marah, memang kena sembur situ jugak. Kesian kan? Kalau dia tak puas hati dekat kedai ke apa situ jugak dia sound tanpa rasa malu.

2. Kaki tidur @ pemalas

Aku tengok kerja kerja rumah banyak Ibu aku yang buat. Nak nampak ayah aku jenguk ke dapur untuk bantu Ibu memang hampir tak nampak. Sedangkan Ibu aku pun sudah tua dan tak larat nak buat semua benda.

Dalam erti kata lain, family aku ni jugak macam perempuan diperhambakan oleh lelaki. Ayah aku yang dia tahu tidur, nak buat kerja rumah jarang sekali. Aku kesiankan Ibu aku. Sakit sakit pun masih gigih kena buat kerja rumah.

3. Susah nak terima pandangan orang lain

Ayah aku memang susah nak mengaku kesalahan dia sendiri. Dia akan anggap dia yang betul, orang lain semua salah. Macam macam la dia berhujah nak tegakkan benang yang basah tu.

Kadang tu aku geram jugak, bila aku bersuara aku akan kalah. Sebab dia takkan berhenti bercakap. So, aku ambil keputusan untuk berdiam diri, biarkan dia cakap sorang sorang sampai bosan dan berhenti sendiri.

Jujur aku bukan seorang anak yang baik, sebab selalu tertinggikan suara dekat ayah aku disebabkan sikap dia yang macam tu.

Cukup tu jela yang aku nak sampaikan tentang ayah aku yang tak berapa sedap dibaca sebagai gambaran, jadi tak perlu aku add list yang lain. Aku sebagai anak agak kecewa dengan didikan dan sikap ayah aku sendiri yang macam tu.

Perasaan kecewa, sedih, marah tu semua aku rasa semasa zaman sekolah. Aku stay asrama since form 1 sampai form 5 dan sekarang aku belajar di sebuat ipta dan masih stay kolej. So aku duduk berjauhan dengan family aku.

Nak kata dengan sikap ayah aku yang tak ambil peduli tu, kalau nak buat jahat kat belakang, mudah sangat. Tapi aku je tidak mahu buat begitu. Then, aku memilih untuk sambung bidang agama selepas SPM.

Sebelum sambung tu memang ayah aku tak bagi. Tapi aku fight jugak dan tetapkan pendirian aku untuk ambil bidang tu dan alhamdulillah Allah rezekikan aku dalam bidang tu sampai sekarang.

Semakin dewasa ni banyak perkara aku belajar, aku cuba bersangka baik dengan apa yang jadi dalam family aku dan aku tak suka untuk cari kebahagiaan family aku dengan bandingkan dengan family orang lain.

Apa aku buat?

Aku redha dengan ujian ni, dan aku rasa aku perlu buat sesuatu. Mungkin ambil masa tapi percayalah hati kita ni Allah yang pegang. Lambat atau cepat Allah pasti bantu.

Bila aku dekat rumah aku cuba untuk tunjuk contoh yang baik, jaga solat, aurat, bantu ibu aku dll. Kalau berjalan jauh aku akan suruh ayah aku untuk berhenti untuk solat.

Lama kelamaan alhamdulillah ayah aku pun terikut untuk jaga solat cumanya subuh agak liat tapi dia still bangun even lewat sikit.

Hikmah PKP sepanjang Ramadhan ni aku try ajak ayah aku solat teraweh berjemaah. Walaupun kadang tu tak cukup pun 8 rakaat. Takpe, slow2.

Kan tadi aku cakap ayah aku seorang yang panas baran. So aku akan elakkan untuk buat dia marah. Kalau dia marah, aku akan senyap dan cuba slow talk biarlah dia nak dengar atau tak.

Ayah aku suka main phone mak aku untuk dengar lagu dekat youtube (dia tak pandai guna smart phone sangat) So dia akan skrol je dekat youtube tu tanpa search.

Jadi dari situ, aku subscribe channel ceramah banyak2 yang kelakar tapi ada isi macam Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim dll.

So dari situ, ayah aku akan tengok je apa yang muncul. Haha. Macam tu jugak dekat facebook aku buat benda yang sama. Like page2 yang bermanfaat untuk ayah aku jumpa dan baca even sekilas lalu.

Aku juga memilih untuk share ibadat yang besar ganjaran kalau amal dekat ayah dan ibu aku masa tengah santai2 tengok tv, time makan. Contoh solat dhuha, mengaji ke, solat sunat sebelum subuh ke. Alhamdulillah sekarang ayah dan ibu aku amalkan walaupun bukan selalu.

Cuma nak cakap apa pun keburukan dalam keluarga kita cuba cari nilai kebaikan. Ayah aku pemalas, aku cuba bantu Ibu aku.

Walaupun dia macam tu, dia rajin jalan pergi kedai, so aku akan mintak tolong dari dia beli bahan untuk aku buat macam2 dan bila makan bersama aku akan share apa yang patut. Ayah aku panas baran tapi dia tak pernah naik tangan dekat kami. Alhamdulillah.

Ayah aku tak didik kami macam orang lain, aku tahu kenapa ayah aku macam tu sebab ayah aku start kerja dari tingkatan tiga lagi dan tokki dan tokwan aku meninggal pun awal. Jadi no wonder la didikan agama tu tak terserlah dalam diri dia.

Macam mana pun ayah kita, please jangan salahkan dia dan cuba jaga diri sebaiknya walaupun dia tak ajar atau suruh. Kalau bukan diri sendiri, nak harapkan siapa lagi.

Sebab aku yakin seteruk mana ayah ibu kita dia tetapkan nak yang terbaik untuk anak dia. Cuma dia tak tahu macam mana caranya. Jadi sebagai anak, kena mudahkan kerja dia dan berusaha untuk buat kebaikan agar ianya menjadi saham akhirat untuk Ibu bapa kita.

Apa yang aku tak berhenti buat sampai sekarang, DOA. Aku terus doa supaya Ayah dan Ibu aku diberikan hidayah, keampunan dan semoga mereka masuk Syurga. Aku harap kalian pun buat perkara yang sama terutama dalam Ramadhan ni. InshaAllah doa mustajab.

Last but not least, berhenti untuk bandingkan life kita dengan orang lain. Bersyukur dengan apa kita punya, walaupun kita hidup di bawah langit yang sama hakikatnya life kita sekarang dan pengakhirannya takkan sama.

Sebab tu ayah aku tak macam orang lain :)

Yang Benar,

– Melly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *